Oleh pada 21 Apr 2018 kategori

kru dibubarkan hanya gimik ini kenyataan norman 1

Kredit foto: suria.my

Ketua kumpulan KRU, Datuk Norman Abdul Halim menegaskan pembubaran kumpulan trio itu tidak ada kena-mengena dengan gimik untuk melariskan tiket Konsert Gergasi KRU 25 yang dijadualkan berlangsung bulan hadapan di Istana Budaya.

Sebaliknya, Norman berkata, ia dibuat bertujuan membuka ruang kepada ketiga-tiga anggota dalam memberikan komitmen penuh terhadap perancangan masa depan masing-masing.

"Pengumuman yang dilakukan ini bukannya gimik untuk lariskan tiket kerana bagi kami setiap yang bermula pastinya ada penghujungnya.

"Kalau nak dikatakan pembubaran ini adalah untuk lariskan tiket adalah tidak benar kerana tiket konsert kami yang bakal berlangsung itu telah dijual sebanyak 80%," katanya kepada portal Astro Gempak.

Beliau membuat kenyataan tersebut di majlis sidang media tergempar ‘Gergasi’ KRU yang berlangsung di Impiana Hotel KLCC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam masa sama, kata Norman, kumpulan adik-beradik itu telah menyelesaikan misi perjuangan mereka dalam bidang muzik, sekaligus tiada apa lagi yang hendak dicapai pada masa mendatang.

kru dibubarkan hanya gimik ini kenyataan norman 2

Kredit foto: Instagram KRU

"Sebenarnya tiada apa lagi yang kami mahu capai atau kejar kerana KRU sendiri sudah mengecap pelbagai sejarah manis dalam kerjaya seni.

"Kami sudah melalui pelbagai fasa dan inilah fasa penutupnya dalam kerjaya seni sebagai anggota kumpulan KRU," katanya.

Konsert Gergasi KRU 25 bertempat di Istana Budaya akan berlangsung pada 4 hingga 6 Mei ini.

Tiket boleh didapati di laman sesawang www.kruarena.com.


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)