sekurang kurangnya masih ada suami jangan merungut nora

Kredit foto: Instagram Nora

Penyanyi Nora Ariffin akui sering melihat para isteri merungut tentang suami mereka dan perkahwinan yang dilalui.

Pelantun lagu Di Persimpangan Dilema ini merasakan tidak wajar bagi kaum isteri hanya melihat kekurangan suami, sebaliknya haruslah sama-sama memperbaiki diri sebagai sebuah pasangan.

"Saya selalu lepak bersama kawan-kawan dan topik utama adalah tentang suami masing-masing. Macam-macam hal, complain dan tak puas hati.

"Saya hanya tersenyum dan kata sekurang-kurangnya korang semua masih ada suami, bersyukurlah dan jangan hanya melihat kekurangan.

"Perbetulkan diri kita, muhasabah diri kerana kita juga banyak kekurangan dan buang ego," tulisnya.

Kenyataan itu dikeluarkannya menerusi Instastory di akaun Instagram peribadinya.

Dalam pada itu, Nora mengingatkan para isteri bahawa dalam sesebuah perkahwinan itu, baik suami mahupun isteri tiada yang sempurna.

Beliau berharap mereka yang mendirikan rumah tangga agar reda dengan baik buruk pasangan masing-masing.

"Peringatan buat semua wanita, tidak ada isteri atau suami yang sempurna, namun dia adalah jodoh kita. Kita kena terima baik dan buruk mereka.

"Kena ada reda suami dan reda Allah. Bayangkan kalau satu hari nanti dia pergi buat selama-lamanya," katanya.

Terdahulu, suami Nora, Allahyarham Johan Nawawi menghembuskan nafas terakhir pada 24 Mac 2017.


tags : , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)