Kredit foto: Instagram Nora Ariffin
Hari ini, tanggal 9 April adalah hari yang begitu bermakna buat penyanyi Nora Ariffin kerana merupakan hari ulangtahun perkahwinannya yang ke-25.
Bagaimanapun, penyanyi tersebut dalam kenyataannya meluahkan perasaan sayu kerana jangka hayat hidupnya bersama arwah suami, komposer Johan Nawawi yang hanya mampu bertahan selama 25 tahun.
Dedah Nora, dia dan suami sepatutnya berada di Kota Mekah untuk mengerjakan umrah.
Kenyataan tersebut dibuat menerusi laman Instagramnya beberapa jam yang lalu.
Ini luahan penuh Nora:
Kredit foto: Instagram Nora Ariffin
9 April 1992, hari pertama bergelar isteri abang. Tahun lepas kita sambut di Bali, abang suka dan nak pergi lagi. Tapi tahun ini kita rancang nak mengerjakan umrah sempena 25 tahun perkahwinan dan abang nak pakai tuxedo serta duet lagu Hanya Satu. Bagaimanapun, Nora, 43, redha dengan suratan takdir kerana tahun ini dia tidak lagi dapat meraikan hari perkahwinan mereka. Hakikatnya hari ini abang dah tak ada. Abang pergi tinggalkan I buat selama-lamanya. Tak pernah terfikir abang akan pergi begitu cepat. Selama 24 tahun kita tak pernah berpisah lebih dari dua minggu. Tapi kita hanya merancang, Allah penentu segalanya. Allah lebih menyayangi abang. Dia lebih tahu dan dia ambil abang terlebih dahulu supaya tenang di taman syurga yang lebih indah dari dunia ini.
Sumber: Instagram Nora Ariffin
Tambah Nora lagi, suaminya turut berpesan supaya dia sentiasa kuat dalam menjalani kehidupan demi anak-anak mereka.
I akan ingat pesan abang. I janji kena kuat demi untuk menjaga peninggalan abang itu. Zuriat-zuriat kita, mereka juga rindukan papa. Semoga kita sekeluarga dapat bertemu lagi disyurga.
Sumber: Instagram Nora Ariffin
Terdahulu, Johan menghembuskan nafas terakhir pada 24 Mac lalu di Ramsay Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya, Selangor kerana serangan jantung.
Kredit foto: Instagram Nora Ariffin