Sekiranya anda seorang perokok, pemetik api jenama Zippo bukanlah jenama yang asing. Dengan reka bentuk yang menarik diperbuat daripada besi dan tahan lama, ianya pasti menjadi pilihan sekiranya anda berkemampuan. Maka tidak hairanlah harga lebih mahal daripada pemetik api biasa yang boleh dibeli serendah RM1 dikedai runcit.

Selain kegunaannya, pemetik api Zippo kini menjadi barangan pengumpul barangan oleh penggemarnya. Jenama ini terus menjadi simbol kebanggaan Amerika Syarikat sehingga kini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Idea Pemetik Api Zippo

Jenama Zippo diasaskan oleh George G. Blaisdell di Bradford, Pennsylvania pada tahun 1932. Pada satu hari, beliau melihat seorang rakannya yang menghadapi kesukaran menggunakan pemetik api miliknya yang dihasilkan oleh sebuah syarikat di Austria.

zippo history

pengasas pemetik api zippo

Beliau dapati pemetik api tersebut sukar digunakan selain terpaksa menggunakan kedua-dua belah tangan untuk menghidupkan api. Walaubagaimanapun, ada ciri menarik pada pemetik api itu - ianya kalis tiupan angin.

Beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk mencipta semula pemetik api tersebut agar lebih kecil dan paling penting, boleh digunakan hanya dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. Kerangkan pemetik api tersebut juga diperbuat daripada besi agar ianya lebih tahan lama.

Jenama "Zippo" adalah idea asal beliau. Beliau menggemari sebutan daripada perkataan "zipper" lalu mengubahnya sedikit kepada "Zippo" agar kelihatan lebih unik dan moden.

Pemetik Api Pilihan Tentera Amerika Syarikat Ketika Perang Dunia Ke 2

Perang Dunia Ke 2 adalah antara faktor yang menyebabkan jenama ini terus terkenal. Pada ketika itu, pemetik api ini menjadi pilihan kebanyakan tentera Amerika Syarikat kerana kerangkanya lebih tahan lama dan kecil, serta sangat mudah digunakan.

pemetik api zippo perang vietnam

Pada 1941, Zippo telah menghentikan jualan kepada orang awam sebaliknya memfokuskan kepada jualan untuk pihak tentera Amerika Syarikat sahaja. Dengan permintaan banyak daripada askar-askar yang berjumlah ratusan ribu orang, ianya membolehkan prestasi syarikat Zippo terus stabil dan berkembang naik.

Ketika perang hampir tamat pada 1945, Zippo kembali membuka semula jualan kepada orang luar. Antara strateginya pada ketika itu adalah memperkenalkan rekaan pemetik api yang unik, maka lahirlah Zippo Car, iaitu pemetik api berbentuk kereta.

zippo car

Barang Terkumpul

Kini, pemetik api Zippo menjadi buruan pengumpul barangan jenama ini. Rekabentuk pemetik api yang dihasilkan kini kini hampir sama tetapi apa yang membezakannya adalah corak dan rekaannya. Maka tidak hairanlah, harganya kadang-kala boleh mencecah ratusan malah ribuan ringgit bagi koleksi pemetik api yang sangat unik dan sukar didapati.

muzim zippo

Diseluruh dunia juga, terdapat persatuan peminat jenama ini dimana mereka akan berjumpa untuk bertukar-tukar idea dan berjual-beli pemetik api jenama ini. Selain itu, pemetik api Zippo juga amat berbaloi walaupun harganya lebih mahal kerana setiap pemetik api didatangkan dengan jaminan seumur hidup!

Terdapat juga Muzium Zippo di Bradford yang menempatkan ribuan rekabentuk pemetik api Zippo. Disini, anda boleh melihat pelbagai rekaan Zippo seawal 1933 dan juga rekabentuk-rekabentuk yang sangat unik dan sukar dijumpai.

Kredit:

  1. Zippo.com
  2. WikiPedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)