sejarah pulau pinang jalan yahudi

Bagi mereka yang bukan dari berasal dari Pulau Pinang (Penang), sudah tentu anda tidak mengetahui tentang perkara ini.

Malah, terdapat juga warga tempatan negeri ini tidak mengetahui tentang wujudnya Jalan Yahudi, yang mana kini telah ditukar kepada nama Jalan Zainal Abidin yang terletaknya Pejabat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan Menara UMNO.

Yang menjadi persoalan adalah apa yang menyebabkan jalan tersebut dinamakan dengan nama Jalan Yahudi. Jika kita singkap kembali sejarah, orang Yahudi telah wujud di bumi Pulau Pinang semenjak tahun 1700-an lagi.

jalan yang dikenali sebagai jalan yahudi satu ketika dahulu

Menurut sumber, sejumlah kaum Yahudi pernah hidup secara terbuka di negeri Pulau Pinang sehingga ke penghujung tahun 1970-an. Mereka juga pernah mendiami tempat-tempat lain di negara ini terutamanya di Negeri Sembilan dan Melaka.

Orang Yahudi Malaysia terdiri daripada keturunan Yahudi Sephardi yang tinggal dalam kalangan orang Kristang (orang Serani atau kacukan Portugis dan Melaka), Yahudi Mizrah (majoritinya adalah orang Yahudi Baghdadi), Yahudi Cochin dari India dan Yahudi Ashkenazi.

Sejarah Yahudi di Malaysia

Pertembungan pertama di antara Yahudi dan penduduk Malaya bermula pada abad ke-9 di sungai Lembah Bujang. Yahudi Malaysia boleh ditemui dengan mudah pada abad ke-18 di Melaka.

Melaka merupakan lokasi pertama dan terbesar yang dijadikan perkampungan orang Yahudi dalam sejarah Yahudi Malaysia.

orang yahudi 2

Kedatangan orang Yahudi Baghdadi di Pulau Pinang mungkin berlaku ketika penghujung abad ke-18 ketika pelabuhan yang diperintah oleh British sedenga membangun dan menarik keluarga pedagang Yahudi seperti Sassoons dan Meyers dari India.

Berlakunya juga penghijrahan penting Yahudi dari wilayah Uthmaniyyah Baghdad akibat daripada penganiayaan gabenor Dawud Pasha, yang memerintah dari tahun 1817 hingga tahun 1831.

Orang Yahudi Baghdadi pertama yang diketahui namanya yang mula menetap di Pulau Pinang adalah Yehezkiel Aaron Manasseh.

Dia berhijrah dari Baghdad pada tahun 1895 dan mendakwa menjadi satu-satunya Yahudi yang mengamalkan pegangannya di Tanah Melayu selama 30 tahun sehingga selepas Perang Dunia Pertama.

Namun statistik pada tempoh yang sama menunjukkan gambaran yang agak berbeza. Komuniti Yahudi di Tanah Melayu dipindahkan ke Singapura ketika diserang Jepun di mana sebahagian daripadanya dibunuh dan dikebumikan di sana.

Terdapat juga komuniti Yahudi Armenia di Pulau Pinang namun ia hampir lenyap apabila tamat Perang Dunia Kedua. Selepas perang, sebahagian besar daripada mereka berhijrah ke Australia, Singapura, Amerika Syarikat dan Palestin (ketika Israel mula ditubuhkan).

Pada tahun 1963, terdapat kira-kira 20 sahaja baki keluarga Yahudi yang masih ada di Malaysia. Kini, terdapat kira-kira 100 orang Yahudi yang merupakan pelarian dari Rusia didakwa berada di Malaysia.

Tapak perkuburan Yahudi di Pulau Pinang

kubur yahudi di pulau pinang 491

Dan sekumpulan kecil daripada jumlah ini terdapat di Pulau Pinang, termasuk tanah perkuburan Yahudi di Georgetown (di persimpangan Jalan Yahudi).

Kawasan perkuburan yang berkeluasan 3,538 meter persegi ini dianggap yang tertua di Malaysia di mana ukiran batu nisan menunjukkan tarikh terawal pada tahun 1805 dan yang paling terkini pada tahun 2011, kubur Yahudi yang terakhir di pulau itu.

Terdapat kira-kira 107 kubur di mana kebanyakannya dalam bentuk kubah segitiga, menyerupai ossuari yang biasa dijumpai di Palestin. 

kubur yahudi di pulau pinang 3

kubur yahudi di pulau pinang 2

gambar kubur yahudi di pulau pinang

gambar kubur yahudi di pulau pinang 3

Perkuburan ini adalah satu-satunya tapak yang ditubuhkan semata-mata untuk komuniti Yahudi yang sangat kecil dan berkembang di Semenanjung Malaysia.

Satu-satunya gereja Yahudi di Pulau Pinang, yang terletak di 28, Nagore Road, dibuka pada tahun 1929 tetapi telah ditutup pada tahun 1976 kerana komuniti ini tidak lagi dapat memenuhinya.

gambar kubur yahudi di pulau pinang 2

Rujukan:

1. Sharpshooter

2. SIOE MING SING

3. Table Mag



Hakcipta iluminasi.com (2017)