Oleh pada 18 Mar 2018 kategori

sejarah patung figura aksi 445

Bagi anda yang memiliki hobi mengumpul patung figura aksi, adakah anda tahu sejarah dan asal-usul disebalik koleksi-koleksi patung ini? Kali ini kami akan kongsikan kepada anda serba-sedikit pengetahuan mengenai asal-usul bagaimana wujudnya patung figura aksi yang menjadi kegemaran individu lelaki dewasa ini.

Di Malaysia, patung figura aksi kebanyakannya hanya diminati oleh peminat-peminat animasi, komik, filem dan juga individu yang belajar di dalam bidang 'kreatif multimedia'. Kalau tak percaya, cuba cari rakan anda yang berkelulusan 'kreatif multimedia' sama ada mereka memiliki koleksi patung figura aksi ataupun tidak. 

Jadi selepas anda mengikuti artikel ini, anda bolehlah bermain teka teki sejarah atau menceritakan kepada rakan-rakan anda mengenai sejarah patung figura aksi ini. 

sejarah figura aksi pertama di dunia

Patung figura aksi diperbuat daripada plastik,aluminium,tanah lain dan beberapa jenis bahan lain lagi. Patung tersebut direka berdasarkan watak dari filem, buku komik, permainan video atau program televisyen mengikut saiz skala yang diminati. Patung figura ini biasanya dipasarkan kepada pengumpul dewasa dan kanak-kanak lelaki.

Asalnya Hanya Untuk Kanak-Kanak

Kajian mendapati walaupun sebenarnya tujuan utama wujudnya patung figura aksi adalah sebagai permainan kesukaan kanak-kanak lelaki. Walaupun ia sering disasarkan permainan kepada kanak-kanak, namun ia telah mendapat penerimaan luas oleh pengumpul dewasa yang menjadikan watak figura aksi ini sebagai salah satu hobi mereka.

Patung figura pada masa kini akan direka dengan lebih terperinci untuk memenuhi kriteria watak-watak tersebut. Antara watak yang digemari para pengumpul adalah watak superhero seperti watak Batman, Wonder Woman, Spider Man, Suria Perkasa Hitam, Ultraman atau pelakon filem Star Wars.

Patung figura aksi ini berdiri sempurna di rak-rak kedai mainan yang akan jatuh ke tangan kanak-kanak dan peminat mainan untuk membuat koleksi peribadi. 

antara koleksi peminat figura

Patung Figura Pertama Di Dunia

Jika anda salah seorang peminat patung figura aksi, maka anda perlu berterima kasih kepada watak pertama yang muncul iaitu patung Barbie. Sejarah anak patung Barbie yang megah itu muncul pada tahun 1959 yang menjadi trend kepada kanak-kanak perempuan di seluruh dunia.

Populariti Barbie sebagai anak patung gadis cantik menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk pengeluar mainan yang lain mencuba menghasilkan sesuatu idea baru untuk kanak-kanak lelaki yang akan menjadi popular setanding dengan patung Barbie.

Seorang lelaki yang bernama Stan Weston telah menemui satu idea untuk menghasilkan anak patung askar dengan pelbagai pakaian seragam dan aksesori tentera seperti senjata, kereta kebal dan jet pejuang.

stan weston pencipta figura aksi pertama di dunia

Sejarah Patung Figura lelaki Pertama

Stan Weston berjaya menjual ideanya kepada syarikat pengeluar mainan gergasi iaitu Hasbro pada harga $ 100,000 di Toy Fair 1963. Pada tahun 1964, wujudlah patung aksi figura yang dikenali sebagai G.I. Joe yang menjadi debut utama. Patung figura aksi G.I Joe ini menampilkan susuk tubuh yang tegap dengan mempunyai 21 bahagian bergerak dan saiz patung adalah 12 inci tinggi.

sejarah patung figura aksi pertama

G.I. Joe pada asalnya mempunyai pakaian seragam yang mewakili tentera darat, tentera laut, tentera udara dan marin Amerika Syarikat. Oleh kerana mainan itu semakin popular, ia juga telah dihasilkan untuk pasaran negara-negara lain di seluruh dunia dengan pakaian seragam yang mewakili angkatan tentera masing-masing.

Watak G.I. Joe masih menjadi salah satu watak aksi popular sehingga ke hari ini. Ia juga pernah direkodkan sebagai patung mainan lelaki yang masyhur  di dalam Main Hall of Fame pada tahun 2004. Menurut satu tinjauan yang dijalankan oleh Muzium Kanak-kanak Indianapolis, G.I. Joe dipilih sebagai mainan yang paling popular yang diminati sejak abad lalu.

hall of fames gi joe action figure

Krisis Minyak Memberi Kesan Pada Patung Figura

Patung figura aksi yang moden bersaiz lebih kecil berbanding patung aksi G.I Joe yang pertama iaitu setinggi 12 inci. Saiz patung yang lebih kecil itu mula diperkenalkan pada tahun 1970-an ketika berlakunya krisis minyak di seluruh dunia yang telah menyukarkan sedikit untuk mendapatkan bekalan bahan mentah yang telah memaksa untuk para pembuat patung figura aksi untuk menurunkan angka saiz itu menjadi kira-kira 3.75 inci.

Kenner Products merupakan syarikat yang mengambil tindakan mengecilkan skala patung figura aksi watak-watak yang membintangi filem Star Wars iaitu pada tahun 1976. Koleksi Star Wars sangat popular pada waktu ini dan sentiasa menjadi koleksi para peminatnya.

patung figura artis kurt cobain

Pada hari ini, kebanyakkan patung figura aksi ini boleh didapati dalam pelbagai jenis watak yang dikehendaki. Diantaranya adalah watak-watak yang popular bukan sahaja dalam siri kartun, rancangan televisyen dan filem. Malah, terdapat watak patung figura aksi yang berasal dari bintang sukan, pemuzik dan juga ahli politik.

Angka-angka pengumpul figura aksi semakin ramai sehingga anda boleh berkongsi dan juga bertukar koleksi patung yang anda minati. Sesetengah patung figura aksi yang diminati itu boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. 

Bagaimana Dengan Figura Gundam?

Patung figura gundam yang pertama dihasilkan adalah sekitar tahun 1978. Ini bermaksa koleksi patung figura Askar / G.I Joe dihasilkan lebih awal berbanding patung figura Gundam. Gambar di bawah ini adalah antara figura gundam yang terawal dikeluarkan. Model ini dipanggil RX-78-2 GunPla Gundam dikeluarkan pada tahun 1980.

patung figura gundam terawal dn pertama di dunia

Apa-apa pun tak kisahlah model mana yang dikeluarkan terlebih dahulu atau sebaliknya. Yang penting, kini kita boleh menghasilkan patung figura kita sendiri menggunakan Pengesan 3D dan juga 3D Printer. Canggih bukan?


tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)