Oleh pada 23 Jul 2017 kategori

Alat mainan merupakan satu benda yang pasti kita inginkan semasa kecil. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka lebih cenderung untuk memiliki koleksi mainan seperti robot, kereta mainan dan alat mainan tentera. Bagi kanak-kanak perempuan, mereka lebih minat kepada anak patung dan permainan yang berunsur masakan.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat alat mainan yang sungguh mahal? alat mainan ini bukanlah alat mainan yang sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak untuk bermain, tetapi ia adalah khusus untuk penggemar atau pengumpul koleksi alat permainan yang antik dan limited edition.

7. Original G.I. Joe 12" (RM860,000)

BESARKAN TEKS     A-  A+

figura aksi berkonsepkan tentera merupakan salah satu konsep yang terkenal bagi pengumpul koleksi alat-alat mainan yang mahal. Alat mainan ini dicipta oleh Don Levine pada tahun 1963 dan ia telah dijual dengan harga 200,000$ (RM857240) kepada seorang pengumpul dari Amerika. Kini, alat mainan ini berada di Muzium Geppi di Meryland.

6. Gundam Fix Platinum Toy Robot (RM1,100,000)

gundam fix platinum toy robot

Gundam Fix Platinum Toy Robot telah dihasilkan pada tahun 2007 oleh seorang designer dari Jepun yang bernama Ginza Tanaka. Robot kecil ini hanya setinggi 12.5cm namun memiliki berat sebanyak 1.4 kilogram. Hal ini demikian kerana 89 bahagian robot tersebut diperbuat daripada platinum asli, manakala mata robot tersebut diperbuat daripada 0.15 karat berlian.

5. Nintendo Wii Supreme (RM2,100,000)

nintendo wii supreme

Rangka Nintendo Wii Supreme ini telah disaluti dengan emas 22 karat seberat 2.5 kilogram, manakala butang utamanya diperbuat daripada berlian asli. Menurut laporan, Stuart Hughes telah mengambil masa sebanyak 1 tahun setengah untuk menyiapkan Nintendo Wii Supreme. Stuart Hughes merupakan orang yang teelah menghasilkan iphone termahal di dunia.

4. Cubism Style Barbie (RM2,400,000)

cubism style barbie

Barbie merupakan anak patung yang digemari kanak-kanak perempuan semasa mereka kecil dan menjadi teman untuk mereka bermain masak-masak. Namun, barbie yang termahal di dunia ini lebih elok disimpan dengan baik kerana harganya yang sangat mahal. Rantai yang dipakai anak patung ini diperbuat daripada berlian asli.

3. Gold Rocking Horse (RM5,500,000)

gold rocking horse

alat ini dicipta oleh pereka Jepun yang bernama Ginza Tanaka. Beliau menghasilkan alat mainan ini sempenta tribute kepada kelahiran putera Jepun, Hisahito, pada tahun 2006. Alat ini telah disaluti dengan emas dan beratnya dianggarkan hampir mencecah 40kg.

2. The Masterpiece Cube Rubik’s Cube (RM6,430,000)

the masterpiece cube rubik s cube

Rubik's cube merupakan alat mainan berkonsepkan puzzle yang paling terkenal. Pada tahun 2009, mainan ini telah terjual sebanyak 350 juta unit di seluruh dunia. Alat mainan ini yang termahal digelar "The Masterpiece Cube Rubik’s Cube" dan telah dihiasi dengan batu berlian asli. kiub rubiks ini berfungsi dengan sempurna seperti kiub rubiks yang normal. Setiap bahagian kiub ini dihiasi dengan batu berlian 185 karat.

1. Steiff Louis Vuitton Teddy Bear (RM9,000,000)

steiff louis vuitton teddy bear

Patung beruang yang termahal di dunia bukanlah patung beruang yang terkenal di seluruh dunia iaitu "Teddy" yang dimiliki oleh Mr. Bean. Namun, ia merupakan patung beruang bernama "Louis Vuitton bear" yang dihasilkan oleh syarikat mainan berpangkalan di Jerman. Ia telah dijual dengan harga Rm9juta kepada seorang warga Korea bernama Jessie Kim. Patung beruang ini telah lengkap dihiasi dengan pakaian berjenama LV dilengkapi dengan beg tangan yang mahal. Kini, patung beruang ini diletakkan di muzium di Jeju, Korea Selatan.

Sumber rujukan :

financesonline.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)