steskop

Apabila memperkatakan tentang imej sebagai seorang doktor, kita pastinya terbayangkan stetoskop yang biasanya diganrung oleh para doktor di leher mereka. Stetoskop sudah menjadi satu kewajipan bagi seorang doktor terutamanya yang bekerja di klinik kesihatan dan di bahagian pesakit luar.

Stetoskop adalah alat perubatan akustik untuk mendengar "bunyi" dalaman haiwan atau badan manusia. Perkataan stetoskop ini berasal dari gabungan 2 perkataan bahasa Yunani iaitu stethos (dada) dan scopos (pemeriksaan).

Maka, secara bahasa mudahnya stetoskop adalah alatan perubatan untuk melakukan pemeriksaan pada dada manusia untuk memeriksa kadar pernafasan dan degupan gantung. Ianya membantu para doktor untuk membuat diagnosis awal keadaan pesakit sebelum membuat pemeriksaan lanjut.

Stetoskop yang biasa kita lihat pada zaman sekarang biasanya mempunyai resonator berbentuk cakera kulit yang akan diletakkan atau ditekapkan pada kulit pesakit dimana ianya mempunyai tiub yang akan bersambung dengan earpiece yang akan dimasukkan ke dalam telinga doktor yang membuat pemeriksaan.

Sebelum kewujudan stetoskop

teknik percussion

Teknik percussion

Stetoskop dicipta oleh seorang doktor dari Perancis bernama René Laennec pada tahun 1816. Lalu, sebelum kewujudan stetoskop, bagaimanakan para doktor melakukan diagnosis seperti ini terhadap pesakit?

Sebelum kewujudan stetoskop, para doktor akan melakukan pemeriksaan sebegini secara manual iaitu teknik yang digelar perkusi dan auskultur (percussion and auscultation).

Mengikut kaedah ini, doktor akan memukul dada (secara perlahan) menggunakan hujung jari dan kemudiannya meletakkan telinga mereka rapat dan menyentuh dada pesakit. Perkara seperti ini sudah tentulah akan mewujudkan ketidak selesaan kepada doktor dan pesakit yang berbeza jantina.

Selain itu, pemeriksaan manual seperti ini kurang tepat memandangkan dalam sesetengah keadaan doktor yang melakukan pemeriksaan mungkin tidak dapat mendengar degupan jantung dan pernafasan dengan jelas terutamanya terhadap pesakit yang mempunyai masalah obesiti. Penggunaan stetoskop ternyata sekali dapat mengelakkan masalah seperti ini.

Ilham penciptaan stetoskop

stetoskop terawal

Stetoskop terawal ciptaan René Laennec

Seperti yang dinyatakan di atas, penciptaan stetoskop ini dikreditkan kepada René Théophile Hyacinthe Laënnec, seorang ketua doktor di Hospital Necker. Sama seperti sebahagian besar doktor pada ketika itu, beliau amat mahir dengan teknik percussion dan auscultation untuk membuat diagnostik awal kepada pesakit.

Walau bagaimanapun, beliau masih belum berpuas hati dengan ketepan hasil diagnostik menggunakan kaedah ini. Selain itu, beliau masih mencari solusi untuk ketidakupayaan pakar perubatan untuk menggunakan kaedah ini pada golongan obes.

Selain keadaan tidak selesa antara pesakit dan doktor berlainan jantina, beliau juga tidak menggemari keadaan yang dianggap menjijikkan apabila terpaksa membuat pemeriksaan pada pesakit yang tidak menjaga kebersihan diri mereka. Ianya tentulah kurang selasa apabila terpaksa meletakkan telinganya rapat pada dada pesakit.

ren laennec

Terdapat satu peristiwa menarik pada tahun 1816 yang telah memberikannya ilham untuk mencipta alat perubatan yang dikenali sebagai stetoskop ini. Pada hari kejadian, beliau mempunyai temujanji dengan seorang wanita yang dipercayai mempunyai masalah jantung.

Walau bagaimanapun, kerana masalah yang tidak dapat dielakkan beliau telah keluar lambat dari rumahnya. Keadaan ini memaksanya untuk menggunakan jalan pintas untuk menuju ke hospital. Jalan pintas yang digunakan ini telah membawanya melintasi kawasan taman permainan.

Kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang bergelak ketawa sambil bermain disitu. Namun, ada satu perlakuan mereka yang telah menarik minatnya dan memberinya ilham kepada penciptaan stetoskop. Beliau terlihat sepasang kanak-kanak sedang bermain dengan sebatang kayu panjang.

rekabentuk stetoskop awal

Revolusi perubahan stetoskop

Apabila seorang daripada kanak-kanak tersebut meletakkan hujung kayu berdekatan telinganya, seorang kanak-kanak lagi yang berada di penghujung kayu yang satu lagi akan membuat beberapa bunyi ketukan. Bunyi ini kemudiannya akan dapat didengari oleh kanak-kanak yang meletakkan hujung kayu berhampiran telinganya itu.

Walaupun perlakuan kanak-kanak tersebut nampak biasa sahaja, ia mempunyai penjalasan dari segi sains yang sangat menarik. Ketukan yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut akan menghasilkan getaran yang lebih mudah bergerak melalui medium pepejal.

Dalam pepejal, molekul-molekulnya berada sangat antara sama sama lain (jika dibandingkan dengan cecair dan gas). Kesan getaran yang dilakukan akan lebih mudah disebarkan kepada molekul-molekul lain berhampiran dengannya. Disebabkan itulah kanak-kanak yang meletakkan telinga berdekatan hujung kayu dapat mendengar ketukan dengan jelas walaupun kedua-dua kanak-kanak tersebut berada jauh antara satu sama lain.

Eksperimen terhadap pesakitnya

sejarah stetoskop 630

René Laennec amat kagum dengan apa yang baru dilihatnya dan ingin mencuba mengaplikasikannya pada pesakit yang mempunyai temujanji dengannya itu. Beliau telah menggulungkan sehelai kertas menjadi bentuk silinder dan meletakkan satu bhagian kertas tersebut rapat pada dada pesakitnya.

Beliau amat kagum dan terkejut dengan percubaan pertama kalinya itu. Menurutnya, beliau dapat mendengar degupan jantung pesakitnya dengan lebih jelas. Beliau kemudiannya telah membuat beberapa kali penambahbaikan pada kaedah tersebut antara tahu 1816 hingga 1819 sehingga dapat menghasilkan model stetoskop yang dianggap terbaik buatnya.

Penciptaan alatan perubatan dikenali sebagai stetoskop ini membolehkannya menjadi doktor perubatan pertama yang berupaya mengesan dan membuat diagnosis terhadap bronchiectasis, emphysema, pleurisy hemorrhagic, pneumothorax dan infarct paru-paru.

Walaupun stetoskop mengalami beberapa perubahan besar daripada segi berat, kualiti akustik dan reka bentuk, prinsip asas penggunaannya tetap sama sejak awal penciptaannya dan kini merupakan alat diagnostik yang diterima secara meluas dan penting dalam bidang perubatan

Kredit: 

  1. PBS News
  2. Wikipedia


Hakcipta iluminasi.com (2017)