Bagi wanita yang bertudung, alat pengering rambut merupakan satu keperluan untuk mengeringkan rambut yang basah sebelum memakai tudung. Memakai tudung ketika rambut basah mestilah dielakkan agar rambut tidak berbau kepam. Penggunaan tuala juga kurang efektif kerana rambut masih akan lembap dan tidak kering sepenuhnya.

Wanita pada masa kini harus bersyukur kerana pengering rambut yang ada pada masa kini sudah bersaiz kecil dan sangat mudah digunakan. Mereka hanya perlu menyambungkan plugnya ke sumber tenaga elektrik dan menghidupkannya.

Generasi awal mesin pengering rambut

Cuba bayangkan anda mengeringkan rambut menggunakan mesin vakum yang ada sekarang. Adakah ianya berkesan untuk mengeringkan rambut? Mungkin. Adakah ianya praktikal? Tidak.

Pada masa dahulu, membasuh rambut sememangnya sesuatu perkara yang menyusahkan. Kebiasaanya, berjam-jam masa diambil untuk memastikan ianya kering. Seorang pendandan rambut dari Perancis, Alexandre Godefroy mendapat idea bagi menyelesaikan masalah ini.

Pada tahun 1888, beliau telah mencipta satu alat pengering rambut yang pertama. Mesin tersebut bersaiz besar dimana pelanggan akan meletakkannya di atas kepala seperti memakai topi keledar. Walaupun mesin ini bukan mesin mudah alih, ianya berfungsi dengan baik sekali.

mesin pengering rambut awal

Mesin tersebut juga dicipta dengan aliran udara yang mencukupi agar rambut pengguna tidak terbekar. Rekaannya ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai pereka menghasilkan mesin dan alat pengering rambut yang lebih kecil.

Menjelang 1920-an, sudah terdapat mesin pengering rambut mudah alih yang dilengkapi dengan elemen pemanasan dan kipas. Walaupun diklasifikasikan sebagai mudah alih, generasi awal mesin pengering rambut ini masih lagi susah digunakan dan terlalu berat untuk dipegang. Mesin pengering rambut pada ketika itu juga kurang efisyen, hanya menggunakan 100 watts berbanding mesin pada masa kini yang mampu mencecah 2000 watts.

Seperkara lagi perlu dirisaukan adalah isu keselamatan. Rekabentuk mesin pengering rambut generasi awal ini meletakkan motor pada bahagian luar mesin dan terdapat risiko kepada pengguna untuk terkena renjatan elektrik apabila terkena air. Banyak kes kematian akibat terkena renjatan elektrik dilaporkan.

sejarah mesin pengering rambut

Pada peringkat awal juga, mesin pengering rambut juga diiklankan sebagai alat untuk membunuh kutu di kepala. Oleh itu, ianya mendapat perhatian pengguna yang tidak mempunyai banyak masa untuk membasuh rambut dan membersihkan kepala daripada kutu.

Pengenalan mesin pengering rambut ini juga mempunyai kesan sampingan. Kerana rambut lebih mudah dibasuh dan dikeringkan, maka wanita terutamanya lebih kerap mambasuh rambut mereka. Hal ini seterusnya meningkatkan peningkatan jualan shampoo rambut di pasaran.

servis mengering rambut di salon

Lama-kelamaan, pihak pengeluar berjaya meningkatkan jumlah watt dan menghasilkan mesin pengering rambut yang lebih ringan. Menjelang 1960-an mesin pengering rambut yang lebih ringan dan diperbuat daripada plastik sudah diperkenalkan. Motor mesin ini juga telah diletakkan di bahagian dalam yang lebih tertutup.

Peningkatan piawaian keselamatan

Sekitar 1970-an, inovasi mesin pengering rambut lebih tertumpu kepada peningkatan piawaian keselamatan. Pihak Consumer Product Safety Commission dari Amerika Syarikat telah memperkenalkan satu peraturan yang wajib diikuti oleh setiap pengering rambut yang dijual secara komersil.

Pada 1991, undang-undang di Amerika Syarikat telah mewajibkan mesin ini mempunyai wayar bumi dan fius bagi mengelakkan sebarang kemungkinan terkena renjatan elektrik. Hasilnya, kes kematian akibat renjatan elektrik daripada mesin pengering rambut telah dapat dikurangkan pada abad pertengahan ke 20 daripada ratusan kes kepada hanya 4 kematian setiap tahun.

Kini, pelbagai jenis variasi alat pengering sudah terdapat di pasaran. Terdapat juga mesin pengering rambuyt yang didatangkan dengan teknologi inovasi terbaru termasuk kebolehan menetapkan suhu dan kelajuan angin mator. Terdapat juga mesin yang berkemampuan mengurangkan cas statik di rambut dan memecahkan molekul air untuk masa mengering rambut yang lebih cepat.

Kredit:

  1. The Atlantic
  2. ABC News
  3. Curious History

tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)