Gambar hiasan : babak dari filem lu langsi lu mati

Ke mana sahaja anda pergi di seluruh Malaysia, hampir semua mengenali nama ini. Sebut sahaja Tiga Line atau nama sebenarnya iaitu Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah, pastinya 3 warna iaitu merah, hijau dan kuning bermain di minda.

Diasaskan oleh YM Ayahanda Abdul Hamid yang menetap di Batu 7 3/4 Simpang Empat, Langgar Alor Setar, Kedah, kini pertubuhan ini mempunyai ramai anggota di seluruh Malaysia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun terkenal, namun tidak begitu ramai yang mengetahui apakah sebenarnya pertubuhan ini dan juga fungsi pertubuhan ini dalam masyarakat di Malaysia.

Sejarah PEKIDA menurut pertubuhan ini

Dengan tujuan untuk menyatukan orang Melayu Islam yang dilihatkan goyah dan seperti berpecah-belah pada ketika itu, maka pertubuhan ini ditubuhkan.

Fahaman politik yang berbeza dikatakan punca utama kepada berlakunya perpecahan ini.

Menurut sumber, orang Melayu di Batu Pahat dan Muar  bergabung di bawah satu kumpulan bernama Gerakan Muhamadiyah, diketuai oleh Dato Panglima Kiyai Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim.

Lebih dikenali sebagai Kiyai Salleh, beliau memimpin pertubuhan yang terhasil dengan sasaran utama iaitu menghalang orang Melayu daripada terpedaya dengan fahaman komunisi dan mengikut parti tersebut yang dipimpin oleh Chin Peng.

Antara nama-nama yang dicadangkan untuk pertubuhan ini pada mulanya termasuklah Pergerakan Muhamadiah, Pergerakan Fatiha, Pergerakan Selempang Merah, Pergerakan Fissabillilah dan PEKIMA.

Namun semuanya gagal didaftarkan sebagai pertubuhan yang sah.

Menjelang tahun 1982, PEKIDA berjaya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang sah, ketika Malaysia berada di bawah pemerintahan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4.

Ia dilakukan di Sungai Petani, Kedah di bawah nama Pertubuhan Kebajikan Islamiah Darulaman.

Cuba memahami rangkaian PEKIDA, Sophie Lemiere yang merupakan seorang pengkaji dari Perancis menyentuh berkenaan dengan pertubuhan ini dalam buku suntingannya yang terbaru berjudul: "Misplaced Democarcy: Malaysian Politics and People".

Dalam bab "Gangsta & Politics in Malaysia", iluminasi.com kongsikan penemuan Sophie Lemiere berkenaan dengan PEKIDA melalui soalan-soalan lazim.

Bagaimana bermulanya PEKIDA?

kontroversi boy iman bukan ayahnda pekida 3 line

PEKIDA didakwa bermula sebagai Tentera Sabilullah, berdasarkan artikel yang diterbitkan dalam jurnal Asian Almanac pada tahun 1978. Pertubuhan ini dianggap sebagai sebuah "pertubuhan jenayah" yang menggunakan agama sebagai dasar, dan dibubarkan pada tahun berkenaan.

Selepas terbubar, pertubuhan ini dihidupkan semula oleh ahlinya sebagai PEKIDA dan Angkatan Sabilullah.

Namun selepas dikaitkan dengan parti-parti politik dan dituduh sebagai kumpulan pengganas, Angkatan Sabiullah pula dibubarkan dan kali ini oleh kerajaan.

Ada juga khabar angin mengatakan bahawa organisasi ini ditubuhkan selepas berlakunya tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, sebagai tanda mengenang peristiwa berdarah itu.

Namun menurut Sophie, dia percaya bahawa ia cuma satu mitos.

Kenapa nama Tiga Line disamakan dengan PEKIDA?

logo pekida

Nama julukan Tiga Line merujuk kepada warna 3 warna rasmi logo pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu ini.

Warna-warna tersebut adalah merah, kuning dan juga hijau.

Terdapat maksud bagi setiap warna-warna ini iaitu merah yang mewakili darah atau kesetiaan, kuning iaitu raja dan juga Islam bagi warna hijau.

Siapa anggota PEKIDA?

pekida malaysia tiga line ayahanda long tiger boy imans

Dianggotai oleh individu tanpa mengira status, PEKIDAterdiri daripada rakyat Malaysia dari perinkat bawahan sehingga golongan ternama.

Mereka termasuklah ahli perniagaan, pegawai kerajaan, ahli politik dan juga pegawai tentera.

Malah, golongan artis juga tidak terlepas daripada menjadi anggota PEKIDA.

Penyertaan oleh golongan wanita agak rendah dan keanggotaan bermula seawal usia 17 tahun dan ke atas.

Siapa yang memimpin PEKIDA?

unnamed 690

Sambut raya berpakaian pendekar. Kredit foto Astro Awani

Ahli dan para pengikut PEKIDA yang diberi gelaran "paduka" dianggap sebagai pewaris legasi dan memiliki kelayakan yang tertentu.

Sejak tahun 2006 selepas kematian PLB (nama dirahsiakan) terdapat dakwaan bahawa berlaku krisis kepimpinan yang mana membentuk pecahan kepada kumpulan serpihan seperti geng 77 yang disebut sebagai "double seven" dan juga geng 36.

Pecahan ini mempunyai pecahan kumpulan tidak berdaftar yang menggunakan nama lain serta logo berbentuk haiwan seperti logo naga dan harimau.

Bagaimana bentuk pangkat dalam PEKIDA?

contoh kad dan stiker pelekat pekida

Contoh kad ahli yang sah. Kredit foto Sinar Harian

Bagi mana-mana organisasi, hierarki menunjukkan siapa yang lebih berkuasa.

Sama seperti organisasi lain, PEKIDA bermula dengan ahli biasa. Selepas ahli biasa, PEKIDA mengkategorikan ahli-ahlinya dengan pangkat-pangkat tertentu, termasuklah "abang" dan juga "ayah".

Bagi pangkat abang, terdapat 4 tahap bermula dari abang kawasan, abang cik, abang ngah dan juga abang long. Ia merujuk kepada pangkat dalam ahli keluarga yang biasa digunakan dalam masyarakat Melayu.

Di atas pangkat abang adalah kekanda, yang berada di bawah pangkat ayahanda.

Pangkat yang tertinggi dalam PEKIDA dikenali sebagai Paduka.

PEKIDA dikatakan terlibat dengan samseng? 

pekida bukan samseng 2

Terdapat dua jenis dalam PEKIDA iaitu entiti sah yang dirujuk sebagai "putih" dan juga kumpulan samseng bawah tanah (underground) digelar sebagai "merah" (tidak sah). (Berdasarkan laporan malaysiakini)

Bagi PEKIDA, organisasi ini wujud dalam dua jenis 

PEKIDA mempunyai dua bentuk iaitu entiti sah dirujuk sebagai “putih” dan kumpulan samseng bawah tanah digelar “merah”.

Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa terdapat dua kumpulan Melayu yang aktif iaitu pecahan daripada PEKIDA, menurut laporan Bernama.

Perkara ini didedahkan oleh kementerian ini dalam kempen pembasmian kongsi gelap pada tahun 2014.

Akan tetapi, PEKIDA menafikan hal ini dan mendakwa bahawa mereka langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan aktiviti haram yang melanggar undang-undang:

"Bukan semua anggota putih aktif dengan merah, seseorang itu mungkin menjadi aktivis sesuatu NGO namun tidak mempunyai kaitan dengan samseng. Dengan kata lain, bukan semua anggota PEKIDA terlibat dalam aktiviti jenayah namun ramai juga yang melihat kepada peluang perniagaan daripada rangkaian pertubuhan ini yang luas,".




Hakcipta iluminasi.com (2017)