Empayar Turki Uthmaniyah (Ottoman Empire) bertahan selama 623 tahun dari 1299 hinggalah 1922, menguasai kawasan yang sangat luas di sekitar Laut Mediterranean.
Pada masa yang berlainan ketika kewujudannya selama lebih 6 abad, empayar ini pernah menguasai kawasan di sepanjang Lembah Sungai Nil dan Pantai Laut Merah.
Kuasanya juga tersebar di utara ke Eropah, hanya berhenti kerana mereka gagal menakluki Vienna. Ke barat daya, pengaruh Empayar Uthmaniyah turut sampai sejauh Morocco.
BESARKAN TEKS A- A+
Penaklukan oleh Empayar Uthmaniyah mencapai kemuncak pada sekitar tahun 1700, pada ketika pengaruh empayar meliputi kawasan yang paling luas sepanjang kewujudannya.
Fakta Ringkas Tentang Empayar Turki Uthmaniyah
Sumber Foto: bushido-wolf-97.deviantart.com
- Diasaskan pada tahun 1299.
- Penaklukan diganggu oleh Timur the Lame (Tamerlane) - 1402 hingga 1414.
- Kesultanan Uthmaniyah dihapuskan pada November 1922.
- Bahasa Rasmi: Turki.
- Bahasa Minoriti: Albania, Arab, Assyria, Bulgaria, Croatia, Jerman, Greek, Hebrew, Itali, Kurdish, Parsi, Somali dan lain-lain.
- Bentuk Kerajaan: Kerajaan Berkalifah. Kuasa sekular dipegang oleh Sultan, yang menerima nasihat daripada seorang wazir utama. Kuasa berkaitan agama terletak pada Khalifah.
- Agama Rasmi: Islam Sunni.
- Ibu Negeri: Sogut (1302-1326), Bursa (1326-1365), Edirne (1365-1452), Constantinople (kini Istanbul: 1453-1922).
- Kawasan Taklukan Ketika Kemuncak: sekitar 5.2 juta kilometer persegi iaitu pada tahun 1700. Antara negara yang dikuasai termasuklah Greece, Bulgaria, Mesir, Hungary, Macedonia, Romania, Jordan, Palestin, Lubnan, Syria, sebahagian tanah Arab, dan sebahagian benua Afrika.
- Populasi: Dianggarkan lebih daripada 35 juta pada tahun 1856. Menurun kepada 24 juta ketika Perang Dunia Pertama akibat kematian.
Perluasan Kuasa Oleh Empayar Turki Uthmaniyah
Sumber Foto: goturkeytourism.com
Sumber Foto: commons.wikimedia.org
Empayar Uthmaniyah dinamakan bersempena Osman I. Tarikh lahir baginda tidak diketahui, dan baginda meninggal dunia sama ada pada tahun 1323 atau 1324. Baginda mentadbir sebuah wilayah kecil di Bithynia semasa hayat baginda. Bithynia adalah sebuah kawasan di barat daya Laut Hitam di Turki hari ini.
Anak Osman, Orhan berjaya menguasai Bursa di Anatolia pada tahun 1326 dan menjadikannya ibu negeri.
Anak Orhan, Sultan Murad I yang memerintah empayar ini sejak 1362 meninggal dunia pada tahun 1389 dalam Perang Kosovo. Peperangan ini membolehkan Empayar Uthmaniyah mendominasikan Serbia dan sebagai batu loncatan untuk meluaskan pengaruh ke Eropah.
Pada tahun 1396, tentera Uthmaniyah di bawah kuasa Sultan Bayezid I bertembung dengan tentera Salib di Kubu Danube di Nicopolis, Bulgaria. Tentera Salib berjaya ditewaskan, dan pengaruh Empayar Uthmaniyah berkembang melalui penguasaan wilayah Balkan.
Timur, seorang pemimpin berdarah Turco-Mongol telah menceroboh empayar ini dari timur dan mengalahkan Sultan Bayezid I dalam Perang Ankara pada tahun 1402.
Kekalahan ini mengakibatkan perang saudara dalam kalangan anak-anak Bayezid selama 10 tahun bagi merebut takhta. Empayar Uthmaniyah juga hilang penguasaan di wilayah Balkan.
Sumber Foto: northtexasdrifter.blogspot.my
Pertelingkahan dan perang saudara antara anak-anak Bayezid I akhirnya berjaya diselesaikan dan Empayar Uthmaniyah melalui Sultan Murad II berjaya menguasai semula wilayah Balkan antara tahun 1430 sehingga 1450.
Antara peperangan yang penting dalam sejarah empayar ini adalah Perang Varna pada tahun 1444 dengan kekalahan tentera Wallachian. Perang Kosovo Ke-2 pada tahun 1448 juga penting untuk Empayar Uthmaniyah.
Anak lelaki Sultan Murad II, iaitu Sultan Mehmed (Mehmed the Conquerer) berjaya mengalahkan Empayar Byzantin dan menguasai Constantinople (Istanbul) pada 29 Mei 1453 ketika berusia 21 tahun.
Pada awal kurun ke-15, Sultan Selim I berjaya meluaskan pengaruh Empayar Uthmaniyah ke Mesir sepanjang Laut Merah hingga ke Parsi.
Pada tahun 1521, Sultan Suleiman I (Suleiman the Magnificient) berjaya menguasai Belgrade dan menakluki wilayah di selatan dan tengah Hungary. Baginda cuba mengepung Vienna pada tahun 1529 namun gagal untuk mengambil alih bandar tersebut.
Pada tahun 1535, baginda berjaya menakluki Baghdad dan turut menguasai Mesopotamia dan sebahagian wilayah Caucasus. Beliau bekerjasama dengan Perancis melawan Empayar Roman di Hapsburgs dan bersaing dengan Portugal untuk menguasai Somalia dan Horn of Africa.
Kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah
Sumber Foto: youtube.com
Empayar Uthmaniyah mula goyah sejak permulaan Perang Dunia Pertama lagi. Empayar ini menyertai perang tersebut pada tahun 1914 bersama pihak Kuasa Pusat (Jerman, Austria-Hungary), namun tewas pada tahun 1918.
Akibat kekalahan tersebut, Empayar Uthmaniyah dipaksa menandatangani perjanjian damai, yang mana empayar berkenaan jatuh ke tangan Britain, Perancis, Greece dan Rusia.
Empayar Uthmaniyah berakhir secara rasmi pada tahun 1922 apabila Kesultanan Uthmaniyah telah dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah republik pada tahun berikutnya.
Mustafa Kemal Atatürk menjadi presiden pertama Republic of Turkey.
Rujukan: