Sekiranya anda pernah ke Pulau Pinang, besar kemungkinan anda mungkin pernah menaiki perkhidmatan feri ikonik yang menghubungkan bandar George Town di Pulau Penang dan Butterworth di bahagian daratan Semenanjung Malaysia.

Berbanding perkhidmatan feri lain di Malaysia, ianya sungguh unik memandangkan kegunaan utamanya adalah mengangkut kenderaan antara kedua bandar ini. Perkhidmatan feri ini telah beroperasi sejak tahun 1984, menjadikannya perkhidmatan  feri tertua di Malaysia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada mulanya perkhidmatan feri ini hanya bermula dengan kapal wap yang dikhususkan untuk penumpang sebelum kapal yang digunakan di ubahsuai supaya mampu membawa kenderaan pada tahun 1925. Dari tahun 1925. Perkhidmatan feri tersebut dikendalikan oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (dahulunya Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang), melalui anak syarikatnya, Penang Port Sdn Bhd.

Setelah pembinaan dua jambatan di Pulau Pinang, kebergantungan kepada perkhidmatan feri ini nampaknya semakin berkurang. Maka, baru-baru ini satu pengumuman dibuat bahawa perkhidmatan feri ini akan dikhususkan kepada perkhidmatan pengangkutan pelancong sahaja - tiada kenderaan lagi akan diangkut menggunakan feri ini pada satu tarikh kelak.

Bukan sahaja lokasi jetinya akan dipindahkan, perkhidmatan feri ini juga akan memfokuskan kepada pengangkutan pelancong sahaja. Sudah tentulah perkhabaran ini tidak disenangi bukan sahaja pelancong, malah penduduk setempat.

Persoalannya, mengapakah tindakan ini dilakukan?

Jumlah pengguna yang semakin merudum

rapidferry penang

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberitahu Dewan Rakyat bahawa hanya 200,000 kenderaan yang menggunakan perkhidmatan feri ini sementara 1.2 juta adalah pelancong.

Dengan itu, beliau menegaskan bahawa penggunaan feri yang lebih kecil (dipanggil catamaran) untuk pejalan kaki sudah cukup untuk mengangkut pengguna  antara dua kawasan ini. Sementara itu, bagi kenderaan pula boleh menggunakan dua jambatan sedia ada.

Satu ketika dahulu, 6 buah feri digunakan untuk membawa pelancong, kereta dan motorsikal Pada masa ini, hanya dua feri yang digunakan untuk membawa semua pejalan kaki, motosikal dan kereta.

Dua feri terakhir dibina masing-masing pada tahun 1975 dan 1981. Menjelang akhir tahun 2020, perubahan besar akan dilakukan untuk perkhidmatan feri nostalgia ini. Berikut adalah ringkasan perancngan yang akan berlaku pada tahun-tahun mendatang: 

1 Jan 2021 - 30 Jun 2022

  • Terminal Raja Tun Uda akan ditutup buat sementara waktu.
  • Operasi feri akan dipindahkan ke dermaga Swettenham.
  • Perkhidmatan feri hanya akan tersedia untuk pejalan kaki dan penunggang basikal.

1 Julai 2022

  • Pembukaan Semula Terminal Raja Tun Uda. 
  • Perkhidmatan feri akan tersedia untuk pejalan kaki, basikal, motosikal, dan kenderaan kecemasan.
  • Harga baru akan diperkenalkan.

Sejarah Perkhidmatan Feri Pulau Pinang

perkhidmatan feri pulau pinang

Perkhidmatan feri pertama antara Pulau Penang dan daratan Semenanjung Malaysia bermula pada tahun 1894. Perkhidmatan ini dimulakan oleh Quah Beng Kee, seorang usahawan dari Pulau Penang bersama dengan 4 orang adik-beradiknya yang membentuk sebuah syarikat bernama Beng Brothers.

Adik-beradik Quah Beng Kee berasal dari keluarga yang kaya. Bapa mereka yang berasal dari China, Quah Joo Moey berhijrah ke Pulau Pinang pada pertengahan abad ke-19.

Quah Beng Kee, dilahirkan pada tahun 1872, mendapat pendidikan di Penang Free School dan Roberts’ College di Calcutta, India. Beliau mengahwini anak perempuan Chew Choo Im, Kapitan Deli dari Cina di Sumatera yang diperintah Belanda dan dikurniakan 5 putera dan 2 anak perempuan.

Perkhidmatan Beng Brothers dikendalikan antara dermaga Kedah di pulau itu dan dermaga Bagan Tuan Kecil di Butterworth. Selain dari laluan utama ini, mereka juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan ke kawasan lain yang berdekatan seperti Teluk Ayer Tawar, Bagan Ajam, Bagan Luar, Simpang Empat, Bukit Tambun dan Kuala Kurau.

Oleh kerana kenderaan bermotor belum digunakan pada waktu itu, kapal yang digunakan hanya terdiri dari tiga kapal wap besar dan tujuh kapal wap yang lebih kecil. Beberapa tahun kemudian, pada tahun 1897, Quah Beng Kee membeli saham adik-beradiknya di Beng Brothers dan mula mengendalikan perkhidmatan feri di bawah syarikat miliknya, Syarikat Guan Lee Hin Steamship.

Ketika perniagaannya berkembang sejajar dengan permintaan penumpang dan kargo yang semakin meningkat, Beng Kee membuat keputusan untuk mengembangkan syarikatnya menjadi syarikat terhad dan menamakannya Eastern Shipping Company Limited.

Pertukaran pemilikan 

sejarah feri penang

Permulaan Perang Dunia Pertama pada tahun 1914 menyaksikan Kerajaan Negeri Selat menuntut pemilikan terhadap semua kapal wap tempatan termasuk yang dimiliki oleh Syarikat Perkapalan Timur Limited. Namun, kerana kesan perang yang terhad terhadap Tanah Melayu, pihak berkuasa melepaskan kembali kapal-kapal itu kepada pemiliknya pada akhir tahun yang sama.

Kemudian, Quah Beng Kee meneruskan kembali perniagaan perkhidmatan feri ini hingga tahun 1922 sebelum menerima tawaran yang lumayan dari Straits Steamship Company Limited Singapura untuk mengambil alih perkhidmatan feri antara dermaga Kedah dan dermaga Bagan Tuan Kecil. 

Akan tetapi, jangka masa pemilik baru ini tidak lama sebelum ianya bertukar tangan sekali lagi apabila Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang mula mengambil alih pada 1 Disember 1924.

Pengenalan perhidmatan feri untuk membawa kenderaan

feri pengangkutan

Pada masa itu, Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang menyedari pertambahan kereta yang berkembang pesat di Tanah Melayu dan hanya menunggu masa sebelum perkhidmatan pengangkutan kenderaan melintasi Selat Pulau Pinang diperlukan.

Kajian lanjut dijalankan di pelabuhan dan mendapati bahawa kedalaman air ketika air surut di dermaga Bagan Tuan Kecil tidak mencukupi untuk feri yang mengangkut kenderaan bermotor untuk beroperasi dengan cekap dan selamat.

Pada awal tahun 1928, jumlah penumpang dan kenderaan yang menggunakan perkhidmatan feri telah meningkat sehingga kapal yang lebih besar menjadi keperluan. Pesanan untuk dua kapal wap yang lebih besar kemudiannya telah dihantar kepada Lembaga Pelabuhan Singapura. 

Menjelang tahun 1970-an, pertumbuhan eksponen perkhidmatan feri akhirnya berkurang apabila Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak memilih idea untuk membina jambatan yang menghubungkan pulau itu ke daratan untuk meredakan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di terminal feri.

Perkhidmatan feri kehilangan kedudukannya pada 3 Ogos 1985 setelah Jambatan Pulau Pinang secara rasmi dibuka oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kapasitinya sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat pada masa itu.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Penang Foodie
  3. New Straits Times



Hakcipta iluminasi.com (2017)