Apabila anda hendak menghantar surat atau barangan ke mana-mana lokasi di Malaysia, dalam alamat penerima yang disertakan, poskod merupakan informasi wajib yang perlu ditulis. Di Malaysia, poskod adalah nombor 5 angka yang merujuk kepada sesuatu tempat yang bertujuan untuk memudahkan pengasingan surat atau barangan yang dihantar.

Di Malaysia, penggunaan poskod ini tertakluk dalam Undang-Undang Malaysia Akta 71: Akta Perkhidmatan Pos 2012.

Pengenalan Sistem Poskod

servis pos malaysia

Mengikut sejarah, Kesatuan Republik Sosialis Soviet adalah negara pertama yang menggunakan sistem poskod ini pada tahun 1932 tetapi kemudiannya dibatalkan penggunaanya pada tahun 1939. Ia kemudiannya digunapakai oleh negara-negara lain di seluruh dunia seperti Jerman, Argentina, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Kini, terdapat kira-kira 117 negara di seluruh dunia sudah menggunakan sistem poskod. Di Amerika Syarikat, poskod ini dipanggil sebagai zip code.  

Di Malaysia, penggunaan poskod pada awalnya adalah hasil cadangan M. Rajasingam yang pada ketika itu merupakan Pengarah Pos Malaysia pada tahun 1976 sehingga 1986. Pada awalnya iaitu pada tahun 1976, hanya alamat di Kuala Lumpur sahaja yang mempunyai poskod.

Hasil baktinya pada sistem pos di Malaysia, pada tahun 2014 M. Rajasingam telah dikurniakan darjah kebesaran Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran “Datuk”.

Menentukan Nombor Poskod

sistem poskod di malaysia

Sistem poskod di Malaysia terdiri daripada susunan 5 angka, dimana 2 digit yang pertama merujuk kepada negeri. Sebagai contoh (hanya menyebut beberapa negeri):

  • Kedah – 02xxx dan 05xxx hingga 09xxx
  • Perlis – 01xxx
  • Selangor – 40xxx hingga 48xxx dan 62xxx hingga 64xxx

Selain itu, terdapat sistem nombor khas dalam sistem poskod ini. Kediaman Menteri Besar atau Ketua Menteri akan menggunakan poskod xx502 sementara kediaman Sultan pula akan menggunakan poskod xx500. Sebagai contoh (sekadar menyatakan beberapa contoh):

  • YAB Menteri Besar Selangor – 40502
  • YAB Ketua Menteri Sarawak – 93502
  • DYMM Sultan Kedah – 05500
  • DYMM Sultan Selangor – 40500

Mencari Nombor Poskod

Apabila anda hendak menghantar atau menerima surat/barang, pastikan anda menyertakan sekali nombor poskod. Sekiranya anda tidak tahu nombor poskod, anda boleh melakukan pencarian di laman web poskod.com.

Penggunaannya sangat mudah. Hanya masukkan alamat atau nama kawasan anda dalam ruang carian dan kemudian ianyakan akan memaparkan nombor poskod anda.

Kredit: WikiPedia


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)