Jantung berhenti, darah mula menjadi sejuk dan seluruh anggota badan menjadi keras. Ia adalah tanda-tanda biasa seseorang manusia itu telah meninggal dunia. Di sebalik tanda-tanda jelas ini, pernahkah anda mendengar dakwaan bahawa rambut dan kuku seseorang itu akan terus tumbuh walaupun tidak bernyawa lagi?

Perkara ini telah menjadi buah mulut sesetengah orang sejak dari dahulu lagi. Ia bertambah popular apabila seorang penulis, Erich Maria Remarque, menulis mengenainya dalam buku berjudul All Quiet on the Western Front yang diterbitkan pada tahun 1929.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Remarque menulis bahawa dia melihat kuku dan rambut salah seorang sahabatnya yang meninggal dunia akibat gangren terus tumbuh walaupun mayatnya mulai membusuk. Walaupun dakwaan ini kedengaran pelik, ia masih diperkatakan sehingga hari ini.

Benar atau dongeng?

kuku dan rambut tetap tumbuh setelah mati

Sebenarnya, tidak banyak kajian sistematik yang dilakukan untuk mengukur perubahan harian kuku dan rambut bagi orang yang telah meninggal dunia tetapi Ia tidaklah begitu menghairankan.

Kita boleh mendapat jawapan melalui laporan yang disediakan pakar perubatan yang terlibat dengan mayat. Pakar bedah dan transplantasi juga berpengalaman dalam mengira tempoh masa pelbagai jenis sel yang berfungsi selepas kematian.

Sel-sel yang berlainan mati pada kadar yang berbeza. Selepas jantung berhenti berdenyut, bekalan oksigen ke otang akan terputus. Tanpa glukosa untuk terus hidup, sel-sel saraf biasanya mati dalam masa tiga hingga tujuh minit.

transplan organ

Ini menerangkan mengapa pakar bedah mesti mengeluarkan buah pinggang, hati atau jantung dalam masa kurang daripada 30 minit setelah penderma organ meninggal dunia dan perlu memindahkan kepada penerima dalam masa kurang daripada enam jam.

Sementara itu, sel-sel kulit pula hidup lebih lama. Sebagai contoh, sekeping tisu hidup yang ditransplantasikan melalui pembedahan masih boleh berjaya jika diambil dari individu yang meninggal dunia selepas 12 jam.

Fahami bagaimana kuku dan rambut tumbuh

definisi kuku

Secara purata, kuku kita tumbuh kira-kira 0.1 mm sehari. Kadar pertumbuhan ini akan semakin perlahan apabila usia semakin meningkat. Untuk membolehkan kuku manusia tumbuh, sel-sel baru perlu dihasilkan dan ia tidak akan berlaku tanpa glukosa. 

Lapisan tisu di bahagian bawah pangkal kuku yang dipanggil matriks germinal bertanggungjawab dalam menghasilkan kebanyakan sel yang membentuk bahagian kuku baru.

Sel-sel baru ini akan menolak sel-sel yang lebih lama ke hadapan, menjadikan kuku kelihatan memanjang di hujung jari. Bekalan glukosa akan terhenti apabila seseorang itu meninggal dunia dan ini menyebabkan pertumbuhan kuku terhenti.

folikel rambut

Proses yang sama juga berlaku bagi rambut. Setiap rambut yang terletak dalam folikel yang memacu pertumbuhannya. Folikel adalah kantung kecil (rongga) sempit pada tubuh yang mempunyai fungsi perkumuhan, perkembangan, atau perlindungan.

Pada dasar folikel terdapat matriks rambut, sekumpulan sel yang bercambah untuk menghasilkan sel-sel baru agar rambut semakin panjang. Sel-sel ini bercambah dengan cepat hanya apabila dibekalkan dengan tenaga.

Tenaga ini pula datangnya dari pembakaran glukosa yang memerlukan kehadiran oksigen. Apabila jantung berhenti mengepam oksigen dalam darah di sekeliling tubuh, bekalan tenaga juga akan kehabisan. Apabila ia berlaku, percambahan sel-sel yang memacu pertumbuhan rambut juga terhenti.

Penjelasan yang paling logik

mitos kuku dan rambut mayat

Walaupun jelas dakwaan ini satu mitos, mengapa ia masih menjadi bualan ramai untuk sekian lama? Sebenarnya terdapat penjelasan logik berdasarkan asas biologi mengapa ramai percaya bahawa kuku dan rambut terus tumbuh selepas seseorang itu meninggal dunia.

Sebenarnya, kuku dan rambut tidak tumbuh tetapi kulit di sekeliling mayat akan mula menjadi kering dan mengecut. Ini akan membuatkan kuku atau rambut kelihatan lebih panjang berbanding sebelum seseorang itu meninggal dunia.

perubahan badan setelah meninggal dunia

Kulit pada dagu orang mati juga akan menjadi kering dan mengecut, menjadikan janggut halus kelihatan lebih jelas dan menonjol. Disebabkan ini, ada sesetengah pengurus mayat akan menyapu bahan pelembap pada bahagian tertentu untuk mengelakkan kulit mayat menjadi kering (perkara ini tidak dilakukan oleh orang Islam kerana mayat segera dimandi dan dikafankan).

Dengan penjelasan ini, anda tidak perlu lagi memikirkan tentang dakwaan sama ada kuku atau rambut orang yang sudah meninggal dunia tumbuh atau tidak. 

Rujukan:

1. Adakah kuku dan rambut terus tumbuh walaupun setelah mati?

2. Fahami bagaimana kuku dan rambut tumbuh

3. Benarkah rambut dan kuku orang mati terus tumbuh?




Hakcipta iluminasi.com (2017)