Sebelum ini, kami pernah menulis serba sedikit perbezaan antara kawasan Artik dan Antartika. Kawasan Artik atau Kutub Utara merupakan sebuah kawasan yang luas dan meliputi beberapa buah tempat seperti Alaska, Tromso (Norway), Murmansk (Rusia) dan Salekhard (Russia).

Kali ini, kami ini berkongsi sejarah menarik mengenai Alaska dan bagaimana Amerika Syarikat boleh mendapat penguasaan ke atas kawasan ini yang menjadi perebutan suatu ketika dahulu. Menariknya, walaupun Amerika Syarikat terkenal sebagai sebuah negara besar penjajah pada ketika dahulu, pemilikan ke atas Alaska adalah melalui perjanjian pembelian daripada negara Rusia!

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pendudukan Rusia di Alaska

Pendudukan pihak Rusia di Alaska bermula apabila Grigory Ivanovich Shelikhov bersama syarikatnya Shelikhov-Golikov Company tiba di Pulau Kodiak pada tahun 1784. Syarikatnya menjalankan bisnes penjualan kulit binatang. Setibanya disitu, beliau membunuh beratus orang penduduk asal kawasan tersebut yang berasal dari etnik Koniag sebelum membina penempatan tetap orang Rusia yang pertama disana.

Menjelang 1788, penempatan tetap orang Rusia ini sudah mula berkembang di serata Alaska, menandakan penguasaan pihak Rusia di kawasan ini daripada penghujung 1700-an sehinggalah tahun 1867, tahun dimana ianya dijual kepada Amerika Syarikat.

Sebab Penjualan Alaska oleh Rusia

Walaupun Alaska merupakan sebuah kawasan yang luas, pihak Rusia akhirnya bersetuju untuk menjualnya kepada Amerika Syarikat atas beberapa sebab. Kos kewangan dan bantuan logistik ke atas Antartika menjadikannya satu liabiliti ke atas Rusia.

Selain itu, pada ketika itu Rusia sedang dibelenggu dibelenggu kemelut hutang selepas Perang Crimean (1853–56). Penjualan Alaska kepada Amerika Syarikat ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan hutang yang dihadapi mereka.

Selain itu, walaupun pihak Rusia mempunyai hubungan yang baik dengan etnik Aleut disana, pendudukan mereka ke atas Alaska ditentang oleh etnik Tlingit sehingga berlaku banyak konflik dan serangan ke atas pihak Rusia. Fokus kerajaan Rusia pada ketika itu yang lebih memfokuskan penguasaan ke atas negara-negara Asia menguatkan lagi alasan mengapa mereka perlu melepaskan dan menjual pemilikan ke atas Alaska kepada Amerika Syarikat.

Pemilikan Alaska oleh Amerika Syarikat

Pada 30 Mac 1867, pihak Amerika Syarikat akhirnya secara rasmi telah menandatangani perjanjian pembelian Alaska dengan pihak Rusia. Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Amerika Syarikat WIlliam Seward manakala pihak Rusia pula diwakili oleh Menteri Rusia ke Amerika Syarikat, Edouard de Stoeckl.

Mengikut perjanjian ini, Rusia secara rasminya menjual Alaska kepada Amerika Syarikat pada harga $7.2 juta atau bersamaan kira-kira RM30 juta. Pembelian ini ditentang oleh banyak pihak memandangkan harganya yang boleh dikatakan agak mahal pada ketika itu, selain ketidaktentuan pulangan modal memandangkan tiada sumber asli yang terdapat di Alaska.

perjanjian pembelian alaska

Berikutan pembelian ini, Alaska diletakkan di bawah pentadbiran  Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat dan dikawal rapi oleh pihak tentera Amerika Syarikat sehingga Jun 1877. Kebanyakan rakyat Rusia yang menetap di Alaska bukanlah penduduk tetap disitu dan telah kembali semula ke Rusia berikutan penjualan Alaska kepada pihak Amerika Syarikat.

Sementara itu, penduduk yang mengambil keputusan untuk terus kekal menetap di Alaska diberi pilihan untuk memohon kerakyatan Amerika Syarikat. Akhirnya pada tahun 1884, sebuah jawatan kuasa kerajaan ditubuhkan untuk mentadbir Alaska setelah kawasan tersebut diiktiraf sebagai sebuah daerah.

Pada 3 Januari 1959, Alaska akhirnya diangkat dan diiktiraf sebagai sebuah negeri yang ke 49 dalam kesatuan negara Amerika Syarikat. Dari segi geografi, Alaska merupakan negeri yang terbesar di Amerika Syarikat.

Alaska, satu kerugian atau keuntungan buat Amerika Syarikat?

jalan raya di alaska

Jawapan bagi soalan ini adalah ya dan juga tidak. 

Kajian-kajian terkini mendapati bahawa Alaska sebenarnya kaya dengan sumber-sumber asli seperti kayu, emas, tembaga dan minyak. Malah, ada pihak yang berpendapatan bahawa sumber-sumber ini mampu memberi pulangan produk negara kasar sebanyak $40 bilion atau lebih.

Walau bagaimanapun, ada pihak yang berpendapat bahawa keluasan Alaska yang sangat luas menyukarkan penguasaan penuh ke atasnya, selain meningkatkan kos logistik. Terdapat juga info mengatakan bahawa rakyat disana bebas mengambil 90% daripada keuntungan hasil bumi disana sementara Amerika Syarikat hanya mendapat 10% daripada keuntungan yang diperolehi.

Kredit:

  1. The Library of Congress
  2. Encyclopedia Britannica
  3. History.com
  4. The New York Times
  5. WikiPedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)