Kartun animasi seekor musang bernama Pinkfong telah menggemparkan industri muzik kanak-kanak begitu dahsyat sekali.

Watak berwarna merah jambu itu pertama kali bermula dengan lagu tular yang bertajuk "Baby Shark," yang baru-baru ini telah mencapai 2.4 bilion tontonan di YouTube dan mendahului carta muzik kanak-kanak di iTunes. 

bin jeong ceo pinkfong america

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bin Jeong : CEO Pinkfong cawangan Amerika

Pinkfong adalah jenama pendidikan kanak-kanak oleh SmartStudy, sebuah syarikat hiburan pendidikan Korea Selatan.

Saluran pendidikan mereka mempunyai lebih daripada 13 juta pelanggan, dalam bahasa yang termasuk Korea, Jepun, Sepanyol, Rusia, Mandarin, Thai dan Bahasa Inggeris.

Cerita yang dihasilkan sangat berwarna-warni, menyanyikan lagu-lagu dan tarian yang diwakili oleh serigala merah jambu bernama "Pinkfong".

Syarikat pembangunan produk global ini mempunyai lebih daripada 4,000 video, lagu, permainan dan aplikasi kanak-kanak.

Penciptaan Pinkfong

sejarah penghasilan pinkfong

Pinkfong dibentuk dengan penubuhan SmartStudy di ibu pejabat Seoul, pada Jun 2010.

Cawangan Los Angeles dengan beberapa pekerja dibuka pada tahun 2016 dan satu lagi terletak di Shanghai.

Ketua Pegawai Eksekutif cawangan Amerika Syarikat, Bin Jeong berkata nama itu dicipta dari watak musang berwarna merah jambu (pink), dan bunyi "fong" adalah kedengaran seperti "phone" (telefon). 

Tumpuan mereka adalah kepada kanak-kanak berumur 1 hingga 5 tahun. Menjelang 2015, syarikat itu telah mengeluarkan 520 aplikasi mudah alih dengan aplikasi asas pusat seperti "Pinkfong Nursery Rhymes".

ryan seungkyu lee ketua pegawai kewangan smartstudy

Ryan Seungkyu Lee. (Kredit: Korean Joongang Daily)

Ketua Pegawai Kewangan SmartStudy yang juga merupakan pengasas bersama syarikat ini, Lee Ryan Seung-Kyu mengatakan bahawa sajak-sajak kanak-kanak biasanya "perlahan dan tenang".

Oleh itu, mereka mula mencari lagu yang lebih baik untuk generasi baru melalui sebuah projek kecil, yang akan menarik perhatian di peringkat global.

Saluran YouTube "Lagu & Kisah Kanak-kanak Pinkfong!" dilancarkan pada 13 Disember 2011, dengan diwakili oleh seekor musang kartun berwarna merah jambu, seorang Putera dari planet Staria, yang diilhamkan oleh musang dalam buku klasik Perancis "The Little Prince" oleh Antoine de Saint-Exupéry. 

Penghasilan lagu Baby Shark

lagu baby shark

Lagu dan video tarian "Baby Shark" yang terkenal mempunyai lebih daripada 100 variasi dalam 11 bahasa yang berbeza, dengan yang pertama dikeluarkan di YouTube pada lewat tahun 2015.

Yang paling popular adalah yang dikeluarkan pada 17 Jun 2016, mempunyai 2.4 bilion tontonan di Youtube sehingga Mac 2019, adalah salah satu daripada 40 video paling Youtube yang paling banyak ditonton.

Ia juga mendahului muzik kanak-kanak carta di iTunes, Muzik Apple, Google Play dan Amazon. Video ini pertama kali menjadi sangat popular di Asia Tenggara pada musim panas tahun 2017.

Versi Korea, dengan lirik yang berbeza daripada bahasa Inggeris, popular di Korea Selatan tetapi dikritik kerana memberikan kata sifat kepada ahli keluarga ikan jerung tersebut.

Lagu-lagu itu menggambarkan Mommy Shark yang "cantik", Daddy Shark yang, Grandma Shark yang "baik hati" dan Grandpa Shark yang "cool".

Lagu asal "Baby Shark" adalah lagu kanak-kanak dari tahun 1900-an, atau sekurang-kurangnya dalam tempoh 20 tahun yang lalu dan dinyanyikan di perkhemahan musim panas dan di taman permainan sekolah, yang dikenali secara meluas di A.S. 

Untuk menghasilkan melodi Pinkfong yang rancak dan "catchy", SmartStudy mengambil lagu tradisional yang terkenal di A.S tersebut, memasukkan ayat berulang-ulang, kemudian menyempurnakan dengan muzik gaya K-pop.

Pasukan koreografi pula menghasilkan "tarian ikan jerung" yang mungkin kelihatan rumit untuk kanak-kanak, tetapi hakikatnya ia mudah ditiru oleh kanak-kanak, kerana generasi masa kini sudah terbiasa dengan video.

SmartStudy bekerja keras untuk meneruskan kejayaan Pinkfong dengan mencipta watak-watak baru, dan memperluaskan kandungan mereka untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas.

Mereka juga merancang untuk membawa "Pinkfong and Shark Family" versi muzikal ke Malaysia dan Singapura selepas kejayaan di Korea Selatan.

Produk lain Smart Study

pinkfong word power

Sebuah aplikasi pendidikan bahasa Inggeris, Pinkfong! Word Power, telah dikeluarkan secara global sebagai yang ketiga dalam siri fonik, pada 2 Februari, 2017, berikutan Pinkfong! ABC Phonics, dan Pinkfong! Super Phonics.

Seperti kebanyakan produknya, ia boleh dimuat turun di seluruh dunia di Google, Apple dan Amazon, dan boleh didapati di Korea, Jepun, Cina dan Sepanyol. 

Projektor mudah alih Pinkfong Beam (Edisi Bahasa Inggeris ) adalah pelancaran produk pengguna pertama jenama di pasaran AS di Mobile World Congress Americas pada 11 September 2017.

Ia juga boleh disambungkan ke TV, dan dilengkapi pen pintar, CD, DVD, buku lagu dan buku kerja. Pen pintar digunakan untuk mengesan teks yang secara automatik akan memainkan lagu atau cerita yang bersesuaian.

Rujukan:

1. ABC News

2. Korea Joongang Daily

3. Pinkfong




Hakcipta iluminasi.com (2017)