Oleh pada 21 Jan 2018 kategori

Sebelum ini penulis ada berkongsi tentang sejarah kitab Holy Bible. Dalam artikel kali ini, penulis ingin berkongsi tentang kitab suci umat Islam pula.

Al-Quran atau Koran menurut Barat adalah kitab suci bagi umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui Malaikat Jibril. Al-Quran adalah kalam Allah, yakni kata-kata Allah.

Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh lebih kurang 22 tahun, bermula pada sekitar bulan Ramadhan tahun 610 AD, hinggalah ke tahun kewafatan Nabi Muhammad S.A.W pada 632 AD. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ayat pertama yang diturunkan menuntut Nabi Muhammad S.A.W untuk membaca. Surah tersebut dikenali sebagai Surah Al-Alaq. Antara kandungannya adalah:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, 

surah al alaq dan maksudnya

Sumber Foto: amanz.my

Kompilasi Kitab Suci Al-Quran Di Bawah Penyeliaan Nabi Muhammad S.A.W.

kompilasi al quran di bawah penyeliaan nabi muhammad s a w

Sumber Foto: me.me

Pada waktu ketika Al-Quran diturunkan, Nabi Muhammad S.A.W. membuat pengaturan istimewa bagi memastikan ayat-ayat suci ini ditulis.

Walaupun baginda sendiri tidak boleh menulis mahupun membaca, baginda melafazkan ayat-ayat suci ini dan mengarahkan penyalin-penyalin menulis wahyu ini ke atas apa-apa bahan yang ada, termasuklah pada dahan-dahan pokok, batu, kulit dan tulang. 

Penyalin ini kemudiannya akan membaca semula penulisan tersebut kepada baginda bagi menyemak sekiranya berlaku apa-apa kesilapan.

Setiap kali ayat-ayat atau surah baharu diturunkan, Nabi Muhammad S.A.W. akan mengarahkan penyalin untuk menambah ke wahyu tersebut ke dalam teks sedia ada. 

Pada ketika kewafatan baginda, seluruh Al-Quran telah berjaya disalin sepenuhnya dalam bentuk penulisan. Namun, ia bukan dalam bentuk buku. Ianya direkodkan pada medium-medium yang berlainan, dan disimpan oleh para sahabat Rasul Allah itu. 

Kompilasi Kitab Suci Al-Quran Di Bawah Penyeliaan Khalifah Abu Bakr 

transkrip awal al quran semasa zaman khalifah abu bakr

Sumber Foto: en.wikipedia.org

Ketika baginda masih hidup dan selepas kewafatan baginda, adalah menjadi suatu kebiasaan untuk umat Islam pada ketika itu untuk menghafal ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan kerana masih belum wujud al-Quran dalam bentuk kitab seperti hari ini.

Nota: Mereka yang menghafal Al-Quran turut dikenali sebagai Al-Hafiz. 

Walaupun bukan semua umat Islam menghafal keseluruhan Al-Quran, terdapat beratus-ratus para sahabat baginda yang menghafal kesemuanya. Kebanyakan umat Islam pada ketika itu mempunyai rekod peribadi penulisan Al-Quran pada pelbagai bahan. 

10 tahun selepas Hijrah (632 AD), ramai daripada penyalin-penyalin dan mereka yang alim telah terbunuh Perang Yamama. 

Masyarakat meratapi kehilangan pejuang-pejuang Islam ini, namun mereka juga risau tentang pemeliharaan jangka panjang ayat-ayat Al-Quran. 

Menyedari bahawa kalam Allah ini perlu dijaga dengan baik, Khalifah Abu Bakr mengarahkan kesemua salinan Al-Quran dikumpul dan disusun. 

Projek ini telah diatur dan diselia oleh salah seorang orang penting dalam penyalinan sebelum ini, iaitu Zayd bin Thabit.

Proses penyusunan dan kompilasi Al-Quran daripada salinan-salinan sedia ada dilakukan dalam 4 langkah:

  1. Zayd bin Thabit akan mengesahkan setiap ayat melalui hafalan dan ingatan beliau sendiri.
  2. Khalifah Umar Al-Khattab juga akan mengesahkan setiap ayat melalui hafalan dan ingatan beliau sendiri. 
  3. 2 orang saksi perlu membuktikan ayat yang disalin sebelum ini adalah dengan kehadiran Nabi Muhammad S.A.W..
  4. Salinan ayat-ayat yang telah disahkan akan disemak dan disusun bersama salinan yang ada dalam koleksi para sahabat. 

Kaedah pengesahan dan penyemakan semula lebih daripada satu sumber telah dilakukan dengan berhati-hati.

Tujuan kaedah ini adalah untuk menghasilkan sebuah dokumen yang tersusun di mana keseluruhan masyarakat boleh membuat rujukan dan pengesahan sebagai sebuah sumber yang boleh dipercayai. 

Teks lengkap Al-Quran ini kemudiannya disimpan oleh Khalifah Abu Bakr dan diserahkan kepada khalifah berikutnya, iaitu Umar Al-Khattab.

Selepas Khalifah Umar Al-Khattab meninggal dunia, teks tersebut diserahkan pula kepada anak perempuan beliau iaitu Hafsah (balu Nabi Muhammad S.A.W.).

Kompilasi Kitab Suci Al-Quran Di Bawah Penyeliaan Khalifah Uthman bin Affan

kitab suci al quran yang berusia 1400 tahun lebih uthman bin affan

Sumber Foto: me.me

transkrip al quran zaman dahulu

Sumber Foto: islamicity.org

Apabila Islam mula tersebar ke seluruh semenanjung Arab, makin ramai orang mula memeluk agama tersebut, dan ada sebahagian daripadanya yang berasal daripada Empayar Parsi dan Byzantine. 

Ramai daripada mualaf (mereka yang baru memeluk Islam) ini tidak bercakap bahasa Arab kerana bahasa tersebut bukanlah bahasa ibunda mereka.

Ada juga yang boleh berbahasa Arab, namun dengan dialek tersendiri dan sebutan yang berbeza daripada kaum-kaum di Makkah dan Madinah. Disebabkan perbezaan ini, berlaku pertikaian tentang sebutan yang betul dalam pembacaan Al-Quran.

Khalifah Uthman bin Affan adalah individu yang bertanggungjawab memastikan bacaan Al-Quran dalam sebutan yang betul dan standard.

Langkah pertama yang diambil beliau adalah meminjam teks Al-Quran yang telah disusun sebelum ini daripada Hafsah.

Sebuah jawatankuasa penyalin yang diwujudkan sebelum ini telah ditugaskan untuk membuat transkrip-transkrip daripada salinan asal dan memastikan urutan surah yang betul. 

Apabila transkrip salinan asal ini selesai, Khalifah Uthman mengarahkan kesemua transkrip lain untuk dihapuskan bagi memastikan hanya satu standard Al-Quran digunakan oleh generasi mendatang. 

Al-Quran yang digunakan sehingga hari ini adalah daripada versi Uthmani. Kompilasi versi tersebut selesai dalam tempoh kurang daripada 20 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.. 

Tidak lama kemudian, terdapat sedikit penambahan dibuat dalam skrip bahasa Arab, iaitu penggunaan titik-titik dan tanda-tanda diakritik bagi memudahkan mereka yang bukan berbangsa Arab untuk membaca. 

Namun, teks dan isi Al-Quran tetap sama dan tidak pernah berubah walau sedikitpun sejak ia diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. oleh Malaikat Jibril daripada Allah S.W.T.. 

al quran dengan titik dan tanda 142

Sumber Foto: knowmuhammad.org

tips untuk memahami al quran 510

Sumber Foto: pinterest.com

Rujukan:

  1. santriuniversitas.blogspot.my
  2. thoughtco.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)