Oleh pada 27 Aug 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Nabil Ahmad

    

Pelawak Nabil Ahmad mendedahkan dirinya pernah ditimpa kemalangan ketika berkhidmat sebagai Mat Dispatch sewaktu usia 19 tahun.

Akibat kemalangan itu, Nabil berkata, dia terpaksa berpaut kepada sesuatu benda untuk berdiri sekiranya duduk dalam tempoh masa yang lama.

“Saya bermula dengan kerja di warung pada umur 15 tahun. Saya bersekolah tetapi pada masa itu saya tanggung diri saya sendiri. Yuran sekolah pun saya bayar.

“Kemudian dalam umur 16 ke 17 tahun saya bekerja di sebuah kedai nasi lemak. Selepas itu baru saya jadi dispatch.

“Pada umur 19 tahun saya baring selama setahun kerana mengalami kemalangan. Peha patah jadi saya sebenarnya cacat.

“Orang selalu pelik bila tengok saya masuk tandas OKU sebab mereka lihat saya di kaca televisyen nampak sempurna.

“Tapi sebenarnya orang tak tahu saya selepas membuang tak boleh bangun terus secara mendadak sehinggalah ke hari ini.

“Saya selepas duduk dalam tandas untuk waktu yang lama saya tak boleh terus bangun sebaliknya kena berpaut," katanya.

Beliau membuat kenyataan secara eksklusif dalam rancangan Rumah No 107 yang akan ke udara pada Jumaat ini.

Dalam pada itu, pengacara Meletop itu berkata, badannya telah dimasukkan besi susulan kemalangan yang dihadapi.

   

Baca: Biodata Nabil Ahmad

   

nabil cacat

Kredit foto: Instagram Nabil Ahmad

   

“Badan saya ada besi, bermula dari tulang pinggul saya sehingga bahagian tulang peha.

"Gigi depan saya juga palsu sebab gusi patah, itulah kemalangan yang berlaku sewaktu saya bekerja jadi mat dispatch,” katanya.

Episod baharu Rumah No 107 antara lain menampilkan Datuk AC Mizal sebagai tetamu jemputan.

Rancangan yang bersiaran di saluran Astro Warna pada setiap Jumaat itu dikemudikan pelawak Khir Rahman, Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan Vicha selaku hos.

   

Sumber berita: “Peha Patah Masuk Besi, Gigi Saya Palsu Sebab Gusi Patah” – Demi Kerja Jadi Mat Dispatch, Nabil Baring Setahun Sebab…

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)