Oleh pada 04 Apr 2017 kategori

Cerita bagaimana saya memeluk Islam ini adalah merupakan perancangan Tuhan dan kesan dari perancangan saya sendiri yang berlawanan dengan Islam.

Kita semua pasti ada perancangan. Saya ada perancangan, kumpulan kami dulu ada perancangan, dan Allah juga mempunyai perancangan. Namun, sebaik-baik perancangan, adalah perancangan dari Allah.

Ketika saya masih remaja, saya berjaya menarik perhatian satu organisasi besar yang mempunyai agenda jahat. Kebanyakan mereka merupakan bekas pekerja kerajaan. Ada juga yang masih bekerja dengan kerajaan. Apapun, mereka mempunyai agenda tersendiri iaitu untuk merosakkan pemikiran umat Islam. Apa yang saya sedar, ia bukan lah sebuah organisasi yang ditubuhkan kerajaan. Mereka hanya menggunakan jawatan dan kedudukan mereka dalam kerajaan (Amerika Syarikat) untuk merealisasikan impian mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Salah seorang daripada anggota kumpulan ini telah berjumpa dengan saya. Mereka tahu saya seorang yang bermotivasi tinggi, lantang bersuara dan penyokong kuat berkaitan hak-hak wanita. Dia memberitahu saya jika saya mempelajari kursus Hubungan Antarabangsa dengan penekanan kursus berkaitan hubungan Timur Tengah, dia akan memberi jaminan kerja kepada saya di Kedutaan Amerika Syarikat, Mesir. Dia mahu saya pergi ke Mesir dan menggunakan jawatan saya di dalam negara itu untuk mengepalai wanita Muslim seterusnya mendorong mereka untuk menyuarakan hak-hak sebagai seorang wanita.

muslim women

Bagi saya, ia sememangnya satu idea yang sangat bagus untuk memperjuangkan hak-hak wanita. Saya pernah melihat di kaca TV, bagaimana wanita muslim ditindas, dan saya berhasrat untuk membawa mereka keluar dari situasi tersebut. Dengan niat saya dan semangat yang berkobar-kobar, saya menyambung pelajaran ke peringkat kolej.

Saya belajar mengenai Al-Quran, hadis dan sejarah Islam. Saya juga mempelajari cara-cara untuk beramal cara Islam. Dalam proses ini, saya mendapat ramai kenalan dikalangan muslim. Ianya tidaklah begitu susah bagi saya. Setelah saya mempelajari banyak tentang Islam, saya berasa tertarik dengan mesej yang disampaikan Islam. Ia sangat masuk akal, dan sangat menakutkan bagi pendosa. Jadi, untuk mengatasi perasaan takutkan neraka (menurut Islam), saya belajar pula tentang Kristian. 

lecture class

Saya menjadi anak didik kepada seorang professor yang mempunyai reputasi sangat baik dan beliau mempunyai ijazah doktor falsafah dalam bidang Teologi dari Universiti Harvard. Saya dijaga dengan baik olehnya.  Tak diduga, rupa-rupanya beliau merupakan penganut agama Kristian aliran Unitarianisme yang mempercayai bahawa tuhan itu adalah satu. Bertentangan dengan kepercayaan Triniti. Jadi, beliau mempercayai bahawa Jesus itu merupakan seorang nabi.

Beliau cuba membuktikan teori ini dengan mengeluarkan kitab Injil dari sumber-sumbernya di Greek, Hebrew dan Aramaic. Beliau juga menjelaskan di mana perubahan Bible yang pernah dibuat umat terdahulu. Ketika beliau membuktikan perkara ini, beliau juga menunjukkan beberapa peristiwa sejarah yang mempengaruhi perubahan tersebut. Setelah tamat sahaja kelas, saya merasakan pegangan agama saya telah hancur luluh, namun saya masih belum bersedia untuk menerima Islam kerana jiwa saya masih memberontak.

mosque

Masa kian berlalu, saya meneruskan pembelajaran saya. Proses ini mengambil masa selama 3 tahun. Saya pernah bertanyakan kepada orang Islam mengenai kepercayaan mereka. Salah seorang daripada mereka yang ditanya oleh saya adalah seorang lelaki Muslim dari Persatuan Pelajar Islam. Alhamdulillah, beliau nampak minat saya dalam perkara ini, dan berusaha untuk mengajar saya mengenai Islam. Beliau akan mengajar saya mengenai Islam setiap kali beliau berpeluang.

Pada suatu hari, lelaki tersebut menghubungi saya. Beliau memberitahu bahawa ada satu kumpulan orang Islam datang melawat bandar di mana tempat saya tinggal. Beliau mahu saya berjumpa dengan mereka, dan saya bersetuju. Saya pergi berjumpa dengan mereka selepas waktu solat Isyak. Saya dibawa masuk ke dalam sebuah bilik yang mempunyai sekurang-kurangnya 20 lelaki di dalam bilik itu. Mereka memberikan ruang untuk saya duduk, dan saya berhadapan betul-betul dengan seorang Pakistan yang agak berumur.

syahadah

Mashallah, saudara ini sangat berpengetahuan luas berkenaan Kristian. Beliau dan saya berbincang serta berhujah mengenai kitab Injil dan Al-Quran sehingga masuknya waktu subuh. Ketika saat itu, setelah mendengar semua jawapan yang diberi oleh lelaki itu walaupun saya sudah ketahui melalui kelas Kristian di kolej saya, beliau melakukan satu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa kepada saya. Beliau mengajak saya untuk memeluk Islam.

Selama 3 tahun saya mencari dan membuat kajian tentang Islam, tiada siapa yang pernah mengajak saya untuk memeluk Islam. Saya pernah berdebat, dimarahi, bertengkar dan pernah juga dimaki-hamun, namun tidak pernah sekali diajak memeluk Islam. Jadi, selepas pelawaan beliau, saya tersentap. Saya menyedari itulah saat dan waktunya. Saya tahu ianya benar, dan saya perlu membuat keputusan. Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya, Allah membuka hati saya, dan saya menjawab, "Ya, saya mahu memeluk Islam,"

Dengan itu, lelaki Pakistan tersebut mengajar saya untuk menyebut kalimah syahadah, dalam bahasa Inggeris dan Arab.

Ketika saya menyebut kalimah syahadah, saya merasakan satu perasaan yang sangat aneh dan ganjil. Saya merasakan seperti sesuatu yang sangat besar dan berat diangkat dari dada saya, dan saya menarik nafas dengan kuat, seperti saya baru bernafas untuk kali pertama.

Alhamdulillah, Allah memberi saya satu hidup baru, permulaan yang bersih daripada dosa, peluang untuk saya ke syurga. Dan saya berdoa agar saya menghabiskan sisa-sisa hidup saya dan mati sebagai seorang Islam.

Ameen.

Diterjemah dari : AboutIslam.Net




Hakcipta iluminasi.com (2017)