Oleh pada 05 Sep 2017 kategori

alquran
Pada tahun 2008, sebuah filem pendek bertajuk "Fitna" telah diarahkan oleh Arnoud van Doorn, seorang ahli politik daripada parti anti-Islam di Belanda.

Filem yang berdurasi 17 minit tersebut menunjukkan motif Al-Quran yang seolah-olah mendorong umat Islam untuk membenci mereka yang melanggar ajaran Islam.

Filem tersebut memetik beberapa ayat daripada Al-Quran yang diselangi dengan keratan akhbar serta video menunjukkan keganasan dan kebencian oleh umat Islam.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mereka mendakwa Islam menggalakkan perkara buruk termasuklah tindakan keganasan, anti-semitisma (prejudis terhadap Yahudi), penindasan terhadap golongan wanita, keganasan dan penaklukan terhadap orang kafir dan menentang homoseksual.

Filem pendek ini mendapat kritikan dan menjadi kontroversi di seluruh dunia. Ramai umat Islam telah meluahkan rasa tidak puas hati dan berkata mereka tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan terhadap agama Islam.

Ia juga telah mendapat pendakwaan jenayah kerana ucapan yang berunsur kebencian.

arnoud van doorn 2

Arnoud van Doorn, Pengarah filem "Fitna"

Disebabkan ini, semakin banyak kumpulan anti-Islam wujud dan mengkritik umat Islam. 

Disebabkan reaksi yang hangat daripada umat Islam, penerbit filem ini, Arnoud van Doorn tergerak hati untuk mempelajari mengenai Islam dengan lebih mendalam.

Sebelum ini, beliau hanya mempunyai tanggapan negatif terhadap Islam dan berasakan penganut agama Islam terlalu fanatik dan tak boleh bertolak ansur. 

"Dalam Islam, kita menjaga antara satu sama lain dalam kemakmuran dan kesukaran. Ia memberikan ketenangan dalaman dan kebijaksanaan. Hidup ini bukan untuk duit dak harta benda semata-mata seperti yang dipegang oleh negara barat. Islam akan menguatkan dan menjadikan seseorang itu lebih baik," - Arnoud van Doorn

Bermula tahun 2012, Arnoud mula mendalami Islam. Beliau mempelajari Al-Quran dan juga membaca hadis-hadis serta sunnah Rasulullah S.A.W. Semakin banyak yang beliau baca dan pelajari, semakin sedar dan yakin beliau bahawa Islam adalah agama yang indah dan arif. 

arnoud van doorn 782

Setelah mendalami dan memahami agama Islam secara terperinci selama beberapa tahun, Arnoud van Doorn akhirnya membuat keputusan untuk memeluk Islam. Keputusan itu telah mengejutkan dunia lebih-lebih lagi di Belanda.

Beliau juga menasihati yang lain supaya buangkan prejudis terhadap Islam dan cuba untuk belajar apa itu Islam dan pasti akan sedar Islam adalah agama yang sebenar yang mempunyai sejarah dan standard yang tinggi.

arnoud van doorn 3

Arnoud kemudiannya menunaikan fardhu haji dan memberitahu bahawa ia merupakan hari-hari yang paling menggembirakan dalam hidupnya serta jika boleh, mahu menghabiskan hidupnya di Madinah.

"Ketika ini, saya berasa sangat menyesal kerana menyebarkan filem tersebut. Saya bertanggungjawab untuk membetulkan kesalahan yang saya telah lakukan," - Arnoud van Doorn

Susulan itu, beliau menyatakan kekesalannya kerana menerbitkan filem tersebut dan bagi menebus kembali kesalahannya itu, Arnoud telah mengumumkan akan menerbitkan sebuah lagi filem bagi menunjukkan ajaran sebenar yang dibawa oleh agama Islam dengan fakta yang lebih tepat mengenai Rasulullah S.A.W..

arnoud van doorn 4

2 tahun selepas memeluk Islam, giliran anak sulung beliau, Iskander Amien De Vries mengikut jejak Arnoud kembali ke agama fitrah pada tahun 2014.

Rujukan :

1. YJC

2. Life In Saudi Arabia




Hakcipta iluminasi.com (2017)