Oleh pada 24 Aug 2022 kategori

Kredit: Facebook @DatoAliffSyukriKamarzaman 

 

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri mengejutkan ramai menerusi perkongsian sebuah foto beberapa biji pil perubatan dan dakwaan dirinya menghidap penyakit mental tahap dua.

 

Dengan mengemukakan tangkap layar sebagai bukti, seorang pemuda bernama Naufal Antezem melalui akaun Twitternya mendakwa pelantun lagu Baby Sayang itu sedang memperdayakan para pengikutnya dengan menggunakan foto ubat-ubatan miliknya yang dikongsi dua tahun lalu.

  

 

"Jika betul itu gambar pil yang dia muatnaik, aku boleh pastikan yang dia sedang menipu satu Malaysia. Itu gambar ubat aku yang aku muatnaik pada tahun 2020," coretnya.

 

Tanpa menyatakan secara spesifik jenis pil tersebut, pemilik restoran itu berharap tiada sebarang kejadian buruk menimpa Datuk Seri Aliff Syukri akibat perbuatannya yang menjadikan kesihatan mental sebagai suatu bentuk gimik.

 

"Aku doakan dia terhindar dari sakit yang ubat ini dikhususkan. Pastinya aku marah. Bukan sebab dia curi gambar aku, tetapi sebab tiada hati perut untuk memain-mainkan perkara seperti ini," sambungnya.

 

Untuk rekod, Janna Nick, Haqiem Rusli dan Chacha Maembong merupakan antara selebriti terkenal yang pernah terpalit dengan isu kemurungan atau depresi.

 

Komen Pilihan

aliff syukri sakit mental

 

"Orang seperti inilah yang menyebabkan masyarakat semakin meluat dengan mereka yang mempunyai penyakit mental. Penghidap sebenar akan lebih tidak mengakui penyakit mereka dan takut untuk berjumpa pakar psikiatrik.

 

"Saya pasti doktor ada beritahu awak supaya mengurangkan penggunaan media sosial dan publisiti," tulis seorang netizen.

 

Sumber:

1. Forum CARI

2. Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

3. Twitter Naufal Antezem 

4. Kosmo 

5. Oh! Media 

7. Sinar Harian 

8. Berita Harian 

9. Utusan 

10. mStar 




Hakcipta iluminasi.com (2017)