Oleh pada 08 Aug 2017 kategori

"Karim, aku ada satu benda nak tanya tentang dakwah," tanya Radzi.

"Apa dia?" balas Karim.

"Kau sikit-sikit nak up Islam, kau tak bosan ke? Padahal, dunia ni bukan untuk orang Islam je kan?" tanya Radzi.

Karim mengangguk.

"Kau rasa kalaulah kau lahir bukan Muslim, kau nak ke masuk Islam ni?" tanya Radzi, bukan menghina tapi sengaja bertanya, untuk mendapat jawapan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

"Kau cuba cerita kat aku apa kau buat pada 2 haribulan September tahun 2012, boleh?" soal Karim semula.

"Mana aku ingat. Apasal dengan tarikh tu?" soal Radzi.

"Tak ada apa yang istimewanya," jawab Karim. "Tapi kau lalui hari tu kan?"

Radzi mengangguk.

"Kalau kau sendiri tak mampu ingat hari yang kau dah lalui, macam mana aku nak jawab soalan kau kalau aku sendiri tak pernah seumur hidup aku jadi bukan Muslim?"

Radzi terdiam. "Come on bro, hipotesis saja tak boleh ke? Kita agak-agak saja."

"Kau nak kata kat aku, kau yang dah lahir Muslim, mampu hipotesis diri kau sebagai seorang bukan Muslim, hanya kerana kau suka berfikir?" tanya Karim.

Radzi mengangguk lagi.

mohamad saeed kodaimati muslim terrorist 620x349 618x348 560

"Aku bukan nak kutuk kau, tapi besar kemungkinan dalam hati kau tu sendiri ada curiga dengan Islam, Radzi," terang Karim.

"Maksud kau?" soal Radzi.

"Macam mana seorang yang mengaku dirinya Muslim mampu berhipotesis jika dirinya bukan Muslim, 'adakah dia akan memilih Islam sebagai agamanya' ?" jawab Karim dengan persoalan.

Radzi sabar menunggu jawapan kawannya.

"Radzi, bukankah itu menunjukkan kau sendiri yang dah lahir Muslim, ada ruang dalam hati kau tak yakin Islam tu pilihan yang betul?" sambung Karim.

"Sehingga kau mampu bertanya soalan-soalan sebegitu pada orang lain macam aku dan mungkin juga pada diri kau sendiri." Karim tenang saja meneruskan hujahnya.

th 1

"Benar. Kadang-kadang aku tertanya jugak," Radzi mengakui.

"Tak salah nak bertanya dalam diri, tapi pastikan jawapannya, kau cari," kata Karim membuatjan Radzi mengangguk setuju.

"Masalahnya, zaman sekarang ini, orang yang banyak mempersoal bukan untuk mendapatkan jawapan tetapi sekadar nak menimbulkan lebih banyak persoalan," kata Karim.

Lalu Karim menyambung, "Kita sendiri tak peduli tentang jawapan pada soalan yang kita persoal, sehinggakan masyarakat kita sekarang ni, ramai benar yang rajin bertanya, untuk sesat jalan."

Tersentak Radzi.

"Harap aku dengan kau tak jadi macam tu lah," kata Karim.




Hakcipta iluminasi.com (2017)