Negara China sememangnya terkenal dengan perkara-perkara pelik yang ada kalanya tidak masuk akal.

Terbaru, para saintis disana sedang berusaha membangunkan baka buah mangga yang lebih baik dengan membawa buah mangga ke angkasa lepas. Kumpulan saintis tersebut telah menghantar buah mangga ke angkasa lepas pada bulan November lepas melalui misi Shenzhou-11. Dalam kajian itu, para angkasawan kemudiannya telah membiarkan buah-buah tersebut dalam keadaan persekitaran yang berlainan di angkasa dengan harapan buah-buah mangga itu dapat membentuk genetik baru yang lebih baik.

aerospace

Sekembalinya ke Malaysia, buah-buah mangga tersebut telah dibawa ke sebuah makmal di Hainan. Para saintis tersebut berharap agar buah mangga yang dihasilkan kelak mempunyai kualiti yang lebih baik daripada mangga yang ada dipasaran sekarang.

Menurut salah seorang pengkaji tersebut, mangga yang dihasilkan kelak juga bakal membuah lebih ketanan terhadap seranggan. Walaubagaimanapun, tiada pengumuman rasmi daripada mereka bahawa spesis mangga baru itu akan dijual kepada umum atau tidak.

Kajian seperti ini sangatlah pelik dan kedengaran melucukan bagi kebanyakan orang awam. Walaubagaimanapun, para pengkaji tersebut mungkin mempunyai teori mereka sendiri sebab mengapa mereka mengambil keputusan untuk membawa buah mangga ke angkasa lepas.

laboratory




Hakcipta iluminasi.com (2017)