Oleh pada 12 Aug 2022 kategori

Kredit: Instagram @mohammadnohbinsalleh & @officialmizznina 

 

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh mengumumkan telah bercerai talak satu dengan pasangannya yang juga merupakan bekas penyanyi rap terkemuka, Mizz Nina setelah lebih sedekad melayari bahtera rumahtangga.

 

"Saya dan Nina mahu membuat sebuah pengumuman penting. Selepas berfikir secara mendalam dan membuat pertimbangan yang teliti, kami telah sama-sama bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.

 

"Alhamdulillah, kami bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan sebuah perkongsian hidup yang indah antara kami berdua selama 11 tahun yang penuh dengan jatuh bangun dan cabaran," tulis Noh.

  

 

Tanpa mendedahkan punca perpisahan, Noh mengakui ia berlaku secara baik dan berharap peminat mendoakan kesejahteraan buat mereka biarpun tidak lagi bergelar suami isteri.

 

"Jangan bimbang, kami masih berkawan dan mengharapkan yang terbaik buat diri masing-masing. Doa dari kalian diharapkan terutamanya semasa tempoh iddah.

 

"Kami juga menghargai jasa baik kalian supaya dapat menghormati privasi kami dan tidak membuat spekulasi atau menyebarkan anggapan yang salah tentang kami bagi mengelakkan fitnah," sambungnya.

  

 

Sekitar bulan lalu, kedua-dua pasangan ini menafikan khabar angin rumahtangga mereka dilanda badai selepas beberapa bulan mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Musa.

 

Komen Pilihan

komen noh isu perceraian

 

"Melalui tempoh sukar, mereka masih mampu memberi kita sebuah pengajaran berguna. Tiada permusuhan dan kebencian antara mereka, sebaliknya hanya perasaan saling hormat menghormati," tulis seorang pengguna Twitter.

 

Sumber:

1. YouTube TV3MALAYSIA Official 

2. Instagram Noh Salleh 

3. Berita Harian 

4. Harian Metro 

5. Twitter Nur Aimuni 




Hakcipta iluminasi.com (2017)