Setiap taman tema mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Ada peminat taman tema yang menggemari permainan roller coaster yang mencabar dan pelbagai permainan lain yang boleh membuatkan jantung mereka berdegup kencang.

Baru-baru ini telah tular sebuah video mengenai sebuah permainan atau tarikan di taman tema yang bukan sahaja menakutkan, tapi juga dianggap sangat merbahaya. Di laman sosial Facebook, ramai rakyat Malaysia yang turut berkongsi video tersebut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sekiranya anda pernah melihat video tersebut, anda pasti tahu betapa menakutkan permainan dalam video tersebut. Mulanya, penunggang akan diangkat sebelum dijatuhkan dimana tempat duduk penunggang terikat dengan tali kabel. Kemudian, permainan tersebut akan berputar laju menyebabkan penunggang akan terbang di udara.

Kabel yang menyambungkan tempat duduk penumpang kemudiannya akan dipendekkan dan kemudiannya tempat duduk penunggang akan dijatuhkan secara bebas ke bawah. Rata-rata yang menonton video tersebut pastinya akan bersetuju dengan kegilaaan permainan tersebut.

Namun, tahukah anda apa yang anda lihat itu sebenarnya video yang telah disunting? Benar! Mungkin sebab itulah kita jangan mudah percaya dengan apa sahaja yang dilihat di internet. Sekiranya dahulu gambar mudah dimanipulasi, kini telah wujud teknologi untuk meyunting video seolah-olah ianya sangat real.

Permainan Gyro Drop

Video permainan Gyro Drop sebenar

Bagi yang tidak tahu, permainan dalam video tersebut dikenali sebagai Gyro Drop dan merupakan satu tarikan utama di taman tema  Lotte World Adventure yang terletak di Korea Selatan. Ketinggian sebenarnya adalah 315 kaki, bersamaan hampir 100 meter.

Permainan ini sama seperti permainan kategori "Drop" yang lain dimana penunggang akan diangkat ke sesuatu ketinggian sebelum dijatuhkan pada kelajuan melebihi tarikan graviti. Tidak ada bezanya dengan Gyro Drop. Malah, Gyro Drop bukanlah sesuatu yang baru dan dikatakan telah beroperasi sejak tahun 1997 lagi.

Menurut laman rasmi taman tema ini, setiap penunggang perlulah melepasi syarat yang ditetapkan iaitu maksimum ketinggian 6 kaki 2 inci (bersamaan 188 sentimeter). Selain itu, penunggang mestilah tidak melebihi umur 65 tahun dan tidak mempunyai masalah kesihatan jantung dan tidak mengandung.

Permainan ini juga dilengkapi teknologi Virtual Reality (VR) yang boleh memberikan pengalaman yang lebih mengujakan buat setiap penunggang. Gyro Drop mempunyai cincin berputar yang besar dengan 40 tempat duduk yang menaikkan penumpang tinggi ke udara dan kemudian jatuh ke bawah dengan jatuhan bebas. 

Teknik Suntingan Video CGI

Video permainan Gyro Drop yang telah disunting

Pihak yang melakukan suntingan terhadap video tersebut tidak dapat dikenal pasti tetapi ianya mula tular daripada laman sosial Twitter. Video yang telah disunting ini mulanya telah dikongsi oleh beberapa akaun berpengaruh di Twitter (@Mewcg dan  @wonwoobabiesebelum) ianya mendapat ribuat Retweet dan mula tular ke laman sosial lain.

Sekiranya anda membuat carian mengenai Gyro Drop di halaman Youtube, video teratas yang dipaparkan adalah video palsu yang tular di laman sosial. Namun, video-video berikutnya adalah video permainan Gyro Drop yang sebenar.

Jika dibuat perbandingan, dalam permainan Gyro Drop sebenar penunggang tidak akan dijatuhkan dengan kerusi terikat pada kabel dan dibiarkan berputar diudara. Selain itu, kelihatan ketinggian Gyro Drop dalam video yang telah disunting itu adalah 1 kali ganda lagi tinggi daripada ketinggian sebenarnya.

Apabila melihat video sebenar Gyro Drop, ia tidaklah begitu menarik dan hanyalah permainan "Drop" biasa yang boleh didapati di taman-taman tema seluruh dunia termasuklah Malaysia. Cuma yang menjadikannya unik adalah penggunaan teknologi VR yang memberikan pengalaman lebih hebat buat setiap penunggang.

Tengok boleh, percaya jangan

teknologi deepfake

Apakah pengajaran yang boleh diperolehi daripada video palsu yang tular ini? Dalam dunia teknologi masa kini, bukan sahaja gambar boleh dimanipulasi dengan mudah malah video juga tidak terlepas daripada sebarang suntingan. Tidak diketahui apakah motif sebenar individu yang menyunting video ini tetapi besar kemungkinan hanya untuk membuat orang lain kagum atau hanya mahukan populariti daripada video yang viral.

Sebelum ini, pihak Iluminasi juga ada manulis mengenai teknologi Deepfake dalam penyuntingan video. Ia sunggah menakutkan dan sebab itulah kita perlu lebih berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu video agar tidak mendapat saham dosa menyebarkan sesuatu fitnah yang tidak benar.

Kredit:

Mashable

Gizmodo

CNN




Hakcipta iluminasi.com (2017)