Oleh pada 03 Apr 2017 kategori

Kucing telah banyak menemani dan bertakhta di hati sanubari ramai manusia, sama ada disebabkan oleh kecomelan mereka atau telatah mereka yang sering mencuit hati. Kucing juga mempunyai sifat yang penyayang dan kucing juga mempunyai ingatan yang lebih baik berbanding haiwan lain. Disini kami ingin tunjukkan kepada anda bertapa pintar dan comelnya dua ekor kucing ini yang hanya perlu menekan loceng untuk memesan makanan dari tuannya.      

       

BESARKAN TEKS     A-  A+

Comelnya kucing itu, kalau itu kucing saya kan best. Mesti ramai yang berkata begitu setelah melihat gambar telatah 2 ekor kucing yang berada di meja makan untuk menikmati sajian makan malam. Uniknya, seekor demi seekor kucing tersebut akan membunyikan loceng dan tuannya akan datang melayan dan menghindangkan makanan untuk mereka setelah terdengar bunyi loceng tersebut. Wow, dilayan seperti VVIP.

Ramai yang mengatakan bahawa sememangnya kucing tersebut sangat pintar kerana mampu memberi isyarat ketika mereka kelaparan dan ada yang mempercayai bahawa tuan kucing kucing tersebut telah melatih kucing itu dengan tekun. Video kucing kucing comel ini sekurang kurangnya telah dikongsi sebanyak beratus ribu kali dan kami juga akan kongsikan video yang comel ini untuk anda.

Mari kita tonton gelagat kucing kucing comel ini yang telah dikongsi di laman sosial oleh orang ramai sejak semalam. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)