Pernah tidak anda lihat rumah orang lain yang semak dengan barang-barang yang tidak digunakan, tapi tetap disimpan selama bertahun-tahun? Atau mungkin anda sendiri mempunyai perangai sebegini?
Kadang-kala, barang-barang yang tidak digunakan lagi seperti kotak, bantal lama, baju kanak-kanak yang tidak muat lagi dan sebagainya tetap disimpan rapi di rumah sampai semak jadinya. Alasan yang biasa diberikan:
BESARKAN TEKS A- A+
"Sayang rasa nak buang barang ni"
"Takpelah, simpan dulu. Mungkin berguna pada masa hadapan"
Kesudahannya, barang tersebut tetapi tersimpan rapi di rumah sampai penuh segala ruang yang ada dalam rumah. Beberapa kali pindah rumah pun, barang tersebut tetap di bawa bersama. Adakah anda mempunyai tabiat sebegini atau tahu kenalan yang mempunyai tabiat sebegini?
Ianya adalah sebuah masalah psikologi yang dikenali sebagai "Hoarding Disorder". Mengikut laman web American Psichiatric Association, masalah ini boleh didefinasikan seperti berikut:
People with hoarding disorder excessively save items that others may view as worthless. They have persistent difficulty getting rid of or parting with possessions, leading to clutter that disrupts their ability to use their living or work spaces.
Dalam bahasa Melayu, ianya boleh diterjemahkan sebagai kesukaran untuk membuang sesuatu barang yang dirasakan berguna pada mereka (walaupun pada pandangan orang lain ianya tidak).
Penghidap Hoarding Disorder ini tidak sama dengan "collector" atau pengumpul barang di mana collector hanya mengumpul sesuatu barang sahaja seperti jam, periuk dan sebagainya.
Kesan Buruk Hoarding Disorder
Anda mungkin menyangka Hoarding Disorder ini tidak mempunyai kesan buruk kepada anda. Salah.
Pertama, anda mungkin menghadapi masalah hubungan dengan pasangan anda sekiranya anda mempunyai masalah ini dan pasangan anda pula bersifat minimalis, tidak suka barang yang terlalu banyak di rumah sehingga menyemakkan pandangan.
Kedua, ruang bilik atau rumah anda akan sentiasa semak dan sempit. Kalau rumah besar dan tidak mempunyai ramai ahli keluarga, ianya mungkin tidak membimbangkan.
Antara Tips Untuk Atasi Masalah Ini
Sedekah atau jual - Orang yang mempunyai masalah ini sentiasa serba salah untuk membuang barang-barang yang disimpan walaupun ianya tidak digunakan bertahun-tahun. Oleh itu pujuk hati anda untuk sedekah atau jual sahaja barang tersebut.
Sekiranya anda memilih untuk bersedekah, niatkan dalam hati untuk mendapat pahala sekiranya barang tersebut memberi manfaat kepada penerimanya. Sekiranya anda memilih untuk menjual, katakan pada hati "Daripada aku simpan dan terbiar tidak guna, baik aku jual. Dapat juga duit".
Tetapkan Tempoh Masa - Selain itu, cuba tetapkan tempoh masa untuk sesuatu barang itu perlu disimpan. Sebagai contoh, letakkan tempoh masa 6 bulan untuk baju anda yang tidak lagi mahu pakai. Sekiranya dalam tempoh tersebut anda tidak lagi menggunakan barang (baju) tersebut, jual atau sedekah sahaja barang (baju) tersebut!