Oleh pada 10 Apr 2020 kategori

Bipolar Disorder atau dalam Bahasa Melayunya adalah gangguan bipolar yang juga dikenali sebagai kemurungan manik di mana pesakit akan mengalami kecelaruan emosi dan kebiasaannya pesakit akan mengalami dua fasa berbeza iaitu kemurungan atau gembira yang terlampau pada masa tertentu.

Perasaan gembira yang terlampau dikenali sebagai fasa 'mania' dan jika ia tidak begitu ketara, ia dipanggil 'hypomania'. Pada episod mania, pesakit akan menjadi terlebih riang, terlalu bertenaga dan mudah marah pada tahap abnormal. Individu yang mempunyai bipolar disorder ini sering membuat keputusan yang impulsif dengan tidak mengambil kira akibatnya.

artis selebriti yang menghidap penyakit mental bipolar disorder

Semasa tempoh kemurungan, individu bipolar disorder ini berkemungkinan menangis, mempunyai pandangan negatif terhadap kehidupan, dan tidak mempunyai 'eye contact' dengan orang lain terutama ketika berbicara. Individu yang mempunyai bipolar disorder juga tercenderung mencederakan diri sendiri dan ada juga yang berpotensi membunuh diri.

Namun, di Malaysia kita kurang prihatin atau peka terhadap masalah kesihatan dan ada ketikanya kita beranggapan bahawa individu tersebut inginkan perhatian atau 'attention seeker'. Tahukah anda, terdapat beberapa selebriti terkenal di dunia dan juga di Malaysia mempunyai bipolar disorder?

Mungkin pada luaran mereka nampak normal, tapi penyakit mental tidak mengenal sesiapa, termasuk selebriti terkenal, kaya raya mahu pun orang biasa. Jom kenali selebriti yang mempunyai Bipolar Disorder!

1. Kurt Cobain

Lagenda Grunge ini tidak asing lagi di kalangan peminat muzik genre ini mahupun muzik Rock. Ikon Grunge ini disahkan menghidap ADD (Attention Deficit Disorder) pada usia muda. ADD adalah kecenderungan penghidap untuk fokus, mengawal desakan diri dan dan mudah mengalihkan perhatian terhadap sesuatu perkara. Setelah dikesan menghidap ADD, kemudiannya Kurt Cobain disahkan menghidap Bipolar Disorder.

Berdasarkan temuramah bersama sepupu Kurt Cobain, Bev Cobain yang merupakan jururawat di bahagian kesihatan mental, "Sudah pasti Kurt tahu, penyakit bipolar boleh menjadi sangat sukar untuk dikendalikan, dan diagnosis yang betul adalah penting. Malangnya bagi Kurt, pematuhan dengan rawatan yang sesuai juga merupakan faktor kritikal."

Walaupun berjaya menempa nama dalam bidang muzik, Kurt Cobain akhirnya disahkan bunuh diri pada usia 27 tahun setelah kesukaran untuk mengawal kemurungan (depression) yang terlampau selepas keluar dari pusat pemulihan dadah. 

kurt cobain 302

PHOTO BY FRANK MICELOTTA

2. Mariah Carey

Singer-Songwriter ini yang terkenal dengan lagu-lagu "My All", "We Belong Together", "When You Believe" dan lagu-lagu top chart di Billboard dan seantero dunia antara selebriti yang mempunyai Bipolar Disorder.

Mariah Carey dikesan mempunyai Bipolar Disorder pada tahun 2001 namun Mariah hidup dalam penafian dan pengasingan diri selama beberapa tahun seperti yang diceritakannya pada People Magazine.

Walaubagaimanapun, Mariah telah menjalani beberapa siri rawatan dan berpendapat, "Saya mendekatkan diri dengan orang yang positif di sekitar saya dan saya kembali melakukan apa yang saya suka, iaitu menulis dan membuat lagu".

mariah carey 2 491

48th Annual GRAMMY Awards | Getty Images

3. Demi Lovato

Bagi yang melihat persembahan Demi Lovato di Grammy 2020 dengan lagu "Anyone" di mana pada persembahan tersebut memperlihatkan Demi Lovato telah pun mula menangis semasa verse pertama dinyanyikan sehingga persembahan tersebut terhenti seketika.

Demi Lovato kemudiannya sambung dan menghabiskan persembahan tersebut. Persembahan tersebut adalah persembahan pertama Demi selepas kejadian overdose dadah pada 2018 yang hampir meragut nyawa beliau di mana lagu tersebut menceritakan beliau sebenarnya menangis memohon pertolongan.

People Magazine telah menemuramah Demi pada tahun 2011, "Saya tidak pernah tahu saya mempunyai masalah Bipolar Disorder sehingga saya menjalani rawatan," katanya kepada majalah tersebut.

Demi juga menceritakan bahawa beliau mengalami depresi semenjak usia muda. "Saya tidak tahu bahawa terdapat ketidakseimbangan kimia di dalam otak saya, "katanya. "Saya tidak memberitahu orang apa yang saya perlukan, akhirnya saya self-medicating dan hidup dengan tabiat yang tidak sihat."

demi lovato 555

KEVIN WINTER/GETTY IMAGE

4. Sinead O'Connor

Pemenang Anugerah Grammy Award yang berasal dari Irish, Sinéad O'Connor terkenal di era 1980an dan 1990an di mana beliau memperjuangkan lagu-lagu yang berkonsepkan Alternatif Rock. Pada seusia beliau awal 20an, Sinéad mula mengalami kemurungan setelah semakin popular.

Kemurungan Sinéad O'Connor semakin teruk, termasuk pernah berfikir untuk bunuh diri pada harijadinya yang ke-33, sehingga beliau akhirnya dikesan mempunyai gangguan bipolar pada usia 37 tahun.

Beliau bercakap secara terbuka tentang hidup sebagai pengidap bipolar disorder ini di The Oprah Winfrey Show pada tahun 2007. Walaubagaimanapun, Sinéad O'Connor atau sekarang dikenali sebagai Shuhada' Davitt telah memeluk agama Islam pada Oktober 2018 dan penampilan beliau sangat berbeza dengan awal kemunculannya di industri muzik.

Sinéad O'Connor telah menerangkan bagaimana dia merasakan seperti "kembali ke rumah" selepas membaca Al-Quran dan seterusnya memeluk agama Islam.

sinead o connor 777

5. Yasin Sulaiman

Yasin Sulaiman yang dahulunya dikenali sebagai anggota kumpulan nasyid Brothers dan kemudian bergerak solo dan merangkul Lagu Terbaik Anugerah Juara Lagu pada tahun 2001 dengan lagu "Mimpi Laila".

Siapa sangka wajah setenang Yasin yang sentiasa terlakar senyuman pernah mengalami Bipolar Disorder. Ketika temubual bersama Zayan, Yasin menerangkan, “Ok lah, hari ini saya bersifat terbuka sedikit. Antara ujian yang paling hebat saya alami apabila saya di diagnose dengan Bipolar Disorder. Itu antara ujian buat saya yang paling berat sepanjang hidup saya sebagai manusia.” 

Yassin juga menambah, “Pada episod pertama saya diserang penyakit ini dengan sangat teruk sekali. Saya ditahan di hospital selama 2 minggu iaitu tempoh maksimum. Kali kedua saya diserang penyakit ini selepas 4 tahun dan ditahan di hospital selama 4 hari.

Dan kali ketiga, saya diserang penyakit ini namun saya pulih dengan sendiri.” Yasin juga menerangkan walaupun perkara ini terlalu besar ujian-Nya namun beliau percaya pada qada' dan qadar Allah. Katanya lagi, ujian ini mengajar seseorang menjadi lebih manusia dan mengenal Tuhannya.

yasin sulaiman 1559955617 69

Foto Aziah Azmee | beritaharian.com.my

Adalah penting bagi kita masyarakat Malaysia untuk memahami kesihatan mental dan berani untuk bersuara atau meluahkan kepada yang terdekat atau mendapatkan nasihat pakar untuk menangani masalah gangguan mental ini.

Jika masalah mental dijadikan bahan gurauan atau dipandang enteng, pasti seseorang individu tersebut takut untuk berhadapan atau pun penafian terhadap kesihatan mental. Sama-sama kita mengubah cara dengan mengambil tahu, dan bertanyakan perihal seseorang yang mempunyai gelala masalah mental ini. 

Kredit :

1. webmd

2. Everydayhealth

3. zayan.my



Hakcipta iluminasi.com (2017)