Oleh pada 30 Aug 2017 kategori

Kredit asal: Instagram.com/ctdk

Baru-baru ini, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah mencemar duli ke kediaman penyanyi Datuk Siti Nurhaliza.

Menerusi Instagram, Datuk Siti Nurhaliza sempat berkongsi kunjungan hormat daripada baginda itu dengan memuatnaik sekeping foto menggunakan kapsyen “Menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah sudi mencemar duli ke teratak Patik. Tengku Puan inspirasi wanita soleha & kesayangan rakyat jelata. Ampun Tuanku @tppahang” .

rumah datuk siti nurhaliza dikunjung tengku puan pahang

Antara individu lain yang terdapat dalam foto berkenaan adalah ahli keluarga Datuk Siti Nurhaliza sendiri iaitu ibunya, Siti Salmah Bachik dan dua orang kakak iparnya, Rozi Abdul Razak dan Datin Zaiton Mohd. Jiwa.

Untuk makluman, Tengku Puan Pahang cukup dikenali dengan kemesraan dan jiwa rakyat yang dimilikinya selain sering mencemar duli bertemu dengan rakyat jelata dengan penuh kesederhanaan.

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)