Oleh pada 23 Apr 2019 kategori

Rosli dilahirkan pada 18 Mac 1932 di Kampung Pulo, Sibu, Kerajaan Sarawak dan merupakan anak kedua dari empat beradik dalam keluarganya.

Bapanya, Dhobi bin Buang, dikatakan berasal dari Indonesia dan keturunan Raden. Ibunya, Habibah binti Haji Lamit berasal dari keluarga di Mukah.

Sedikit yang diketahui tentang kehidupannya yang terdahulu walaupun rakannya menganggap Rosli sebagai orang yang boleh didekati walaupun beliau merupakan seorang yang pendiam.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Beliau mempunyai kakak sulung dan adik lelaki, Fatimah dan Ainie.

Kehidupan awal

Rosli merupakan seorang yang suka berdikari, patuh kepada ibu bapa dan tidak suka menyusahkan orang lain.

Beliau dididik sejak kecil agar mencintai agama dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupannya.

Rosli belajar mengaji daripada ayahnya sendiri dan dididikan sebegini membentuk peribadi serta watak beliau ketika remaja.

Beliau juga dikatakan seorang yang suka melontarkan senyuman dan peramah. Rosli sangat disenangi kerana amat menghormati orang lain.

Rosli memulakan kerjayanya sebagai seorang guru dan berhenti pada tahun 1947 untuk mengajar di Sekolah Rakyat Sibu.

pejuang yang berjuang bersama sama rosli dhoby

Sebelum itu, beliau bekerja di Jabatan Kerja Raya Sarawak dan Utusan Sarawak. Rosli dikenali sebagai seorang nasionalis dan seorang penyair.

Menggunakan nama samaran Lidros, Rosli menerbitkan puisi kebangsaan yang bertajuk 'Panggilan Mu yang Suchi' yang diterbitkan di Utusan Sarawak pada 28 Februari 1948.

Penggunaan nama samaran adalah berleluasa pada masa itu sejak Pihak Berkuasa Kolonial British bersungguh-sungguh memantau apa-apa percubaan untuk menyebarkan kata-kata terhadap mereka.

Beliau menyertai Pergerakan Pemuda Melayu Sibu di bawah kepimpinan Sirat Haji Yaman.

Rosli menyertai Rukun 13 pada Ogos 1948. Beliau diperkenalkan kepada organisasi oleh seorang sahabat lama, Awang Rambli.

Pemerintahan British di Sawarak

james brooke

Keluarga Diraja Brookes telah memerintah Sarawak sejak tahun 1841.

Keluarga ini telah menjanjikan kemerdekaan kepada Sarawak melalui Perlembagaan Sarawak 1941.

Namun begitu, Charles Vyner Brookes telah bertindak melanggar perlembagaan tersebut apabila beliau menyerahkan Sarawak kepada British pada 8 Februari 1946 sebagai tanah jajahan.

Faktor berlakunya hal ini adalah kerana keluarga Brookes tidak mampu untuk membangunkan Sarawak, sekaligus menyediakan ia untuk pemerintahan sendiri, serta desakan dari pihak British sendiri untuk memperoleh Sarawak.

Jelas bahawa tindakan ini telah membawa kepada reaksi masyarakat yang sangat menentang penyerahan ini, dan bermulalah Gerakan Anti Penyerahan Sarawak.

Berang dengan keadaan ini, Rosli Dhobi melibatkan diri dalam kumpulan anti-penyerahan yang dikenali sebagai Pergerakan Pemuda Melayu Sibu.

Daripada pergerakan ini, 13 ahli akhirnya membentuk kumpulan rahsia yang dikenali sebagai Rukun 13.

Mereka pada mulanya merancang untuk membunuh gabenor British ketika itu, Charles Arden-Clarke namun telah dipindahkan ke Ghana sebelum mereka sempat berbuat demikian.

Pembunuhan Duncan Stewart

sir duncan stewart

Pada 4 Disember 1949, Sir Duncan Stewart tiba di Sibu. Dia baru sahaja dilantik menjadi Gabenor Sarawak yang baharu menggantikan Charles Arden-Clarke.

Semasa hari kejadian, Sir Duncan Stewart sedang berjalan untuk bertemu penduduk Sarawak untuk lawatan rasminya yang pertama.

Pada ketika itu, 4 ahli Rukun 13 iaitu Rosli Dhoby, Morshidi Sidek, Awang Ramli dan Bujang Sutong berada di lokasi kejadian.

Menurut laporan, Morshidi Sidek telah mendekati Sir Duncan Stewart untuk mengambil gambar dan semasa Sir Duncan sedang bergambar bersama Rosli Dhoby, beliau telah bertindak menikam Sir Duncan Stewart dengan satu pisau beracun.

Rosli kemudiannya cuba untuk melakukan tikaman kedua namun telah dihalang oleh seorang pegawai polis. 

Kedua-dua Rosli dan Morshidi telah ditahan di lokasi kejadian sementara Sir Duncan Stewart dibawa ke sebuah hospital di Kuching.

Sir Duncan Stewart kemudiannya dibawa ke sebuah hospital di Singapura sebelum mati kerana luka tikamannya. 

Kesan selepas peristiwa

rosli dhoby selepas ditangkap

Selepas penahanan Rosli Dhoby dan Morshidi Sidek, pihak British telah menjalankan penyiasatan mengenai Rukun 13.

Bujang Sutong dan Awang Ramli turut ditahan beberapa hari kemudian. Kematian Sir Duncan Stewart telah menjadikan kes ini sebagai satu kes pembunuhan dan pihak British telah mengambil tindakan keras terhadap ahli-ahli Rukun 13 ini.

Walaupun Rosli Dhoby masih remaja semasa peristiwa tersebut iaitu berusia 17 tahun, tetapi beliau tidak dibicarakan sebagai pesalah juvenil.

Setelah perbicaraan, British telah menghukum kesemua ahli-ahli yang terlibat dengan pembunuhan Sir Duncan Stewart dengan hukuman gantung sampai mati.

Surat Rosli Dhoby kepada keluarganya

gambar rosli dhoby 623

Rosli Dhoby telah dipenjarakan di Pusat Penjara Kuching untuk tempoh beberapa bulan. Ketika menjalani hukuman ini, beliau sempat menulis surat kepada ibu bapanya, yang berbunyi:

“Menjelangi Yang mulia ayahanda dan bonda kita, Kg. Pulo, Sibu, Sarawak

Ayahanda,

          Dengan segala hormatnya anakanda menyatakan pada ayahanda dan bonda serta ahli-ahli kita sekalian yang ada; iaitu anakanda adalah di dalam selamat dan sihat. Pasal makanan anakanda di sini serta minuman sama ada tidur dan mandi semuanya cukup belaka. Dari itu anakanda harap kepada ayahanda dan bonda janganlah bersusah hati terhadap hal kesihatan anakanda di sini.

        Dan anakanda harap mudah-mudahan anakanda selamat dan panjang umur berkat doa kita siang dan malam, sampai kita boleh berjumpa dan diam lagi semua dengan aman seperti sedia kala; jika dengan takdir dan izin Yang Maha Berkuasa Allah Subha nahu Wataalah.

        Dari itu anakanda mohonkan perasaan hati ayahanda dan bonda serta semua ahli-ahli kita hendaklah disenangkan dan disabarkan supaya tidak jadi melarat. Doakanlah anakanda siang dan malam.

  Pasal keputusan anakanda bolehlah didengarkan sedikit bulan lagi. Insya-Allah selamat!!! Dan jangan lupa ayahanda minta ahli kita sembahyang hajat.

          Sekianlah dapat anakanda huraikan untuk maklum ayahanda dan bonda serta semua ahli-ahli kita. Dan wasalam peluk cium anakanda kepada ayahanda dan bonda; serta ampun dan maafkanlah mana-mana kesalahan anakanda dan sampaikanlah salam hormat dan bahagia anakanda kepada semua ahli-ahli kita; dan kawan anakanda. Adik Ainnie jangan lupa suruh pergi sekolah hari-hari dan jangan mengikut langkah saya.

Sesampai surat ini, suruhlah ahli-ahli dan kawan-kawan saya membaca. Dan surat saya yang dua ini tolong berikan dengan Wan Mahsen, bilang dengannya suruh sampai dengan orang yang anakanda telah alamatkan, dan adanya. Menunggu jawap dari ayahanda dengan yakin.

Wasalam yang taat dan setia”

Berdasarkan kandungan surat ini, tujuan utama Rosli adalah untuk mententeramkan perasaan ayah dan ibunya agar tidak perlu bimbang dengan keadaannya di penjara.

Beliau meminta ayah dan ibunya bertenang, bersabar dan tidak susah hati. Perkara yang menarik dalam dalam surat itu ialah sikap optimisnya.

Rosli berpegang kepada semangat di sebalik prinsip Dum Spiro Spiro – Berharap Selagi Bernafas. Beliau masih menaruh harapan bahawa dia tidak akan dikenakan hukuman gantung.

Beliau meminta kaum keluarganya berdoa dan mengadakan sembahyang hajat, dengan harapan mereka dapat terus hidup seperti dahulu.

Ketika surat itu ditulis, Rosli tidak menduga sama sekali bahawa dia sebenarnya tidak mempunyai masa yang lama lagi.

Beliau percaya rayuannya akan mengambil masa beberapa bulan, berdasarkan ayat, “ Pasal keputusan anakanda bolehlah didengarkan sedikit bulan lagi.”

Ayat ini merujuk kepada rayuannya ke Majlis Privy. Dan, beliau berharap beliau akan selamat, dengan izin Allah SWT.

Di dalam surat iaitu, Rosli juga berpesan kepada adiknya Ainnie agar tidak ponteng sekolah, sebaliknya perlu ke sekolah tiap-tiap hari, dan agar Ainnie tidak mengikut jejak langkahnya, iaitu membunuh.

Detik akhir penggantungan Rosli Dhoby

lakaran kejadian pembunuhan sir duncan stewart oleh rosli dhoby

Pada pagi 2 Mac 1950,bilik gantung Penjara Kuching diselubungi suasana yang sangat senyap sepi.

Rosli dipindahkan dari bilik tahanannya ke bilik akhir, bersebelahan bilik gantung. 

Rosli telah meminta pen dan kertas sehari sebelumnya untuk melakarkan ‘Warkah terakhir’ yang ditujukan kepada kedua-dua orang tuanya.

Malah, beliau langsung tidak mempedulikan hidangan terakhir yang bernilai sekitar $1. Apa yang dirasakan oleh Rosli adalah beliau tidak kesal dengan tindakannya kerana serta kejadian yang menimpa dirinya.

Beliau sedar dan percaya bahawa tindakannya itu adalah satu pengorbanan demi membebaskan Sarawak daripada cengkaman penjajahan. 

Sekitar jam 5.00 pagi, Rosli dibawa keluar daripada biliknya dengan kepala diserkup untuk menjalani hukuman diiringi oleh pegawai dan warden penjara.

Pada pagi tersebut, Rosli tidak meminta untuk dipasangkan kot atau tali leher, sebaliknya beliau hanya memakai pakaian biasa berwarna putih. 

Proses melaksanakan hukuman ini daripada saat Rosli di bawa keluar dari bilik menunggu ke bilik gantung dan digantung serta disahkan meninggal dunia hanya mengambil masa kira-kira 15 saat sahaja.

Segala alat untuk melaksanakan hukuman ini diimport dari Singapura. Malah, tukang gantung berbangsa Inggeris juga diterbangkan khas dari Penjara Changi Singapura.

gerakan anti penyerahan

Ini kerana pada ketika itu, Sarawak masih belum memiliki tukang gantung yang mampu melakukan tugas tersebut. Ini melihatkan Rosli sempat memohon sesuatu daripada tukang gantung tersebut.

Beliau dikatakan meminta supaya hukuman dijalankan selepas selesai membaca kalimah. Suntikan bius diberikan kepada beliau dan tangan serta kakinya diikiat bagi mengelakkan beliau meronta-ronta.

Akhirnya, pintu perangkap dibuka menandakan hukuman ke atas hero Sarawak ini terlaksana. Tubuh beliau dibiarkan tergantung untuk seketika dan kemudiannya dibawa turun untuk pengesahan kematian.

Walaupun tindakan ini dikritik kerana beliau hanyalah seorang remaja pada ketika itu, namun hukuman ke atas Rosli dan 3 orang rakannya tetap dijalankan.

makam rosli dhoby

Bimbang akan reaksi keras penduduk tempatan, khususnya orang Melayu di Sibu, kerajaan British tidak membenarkan jenazah Rosli dan Morshidi dibawa balik ke kampung halamannya.

Justeru, keputusan tegas diambil untuk mengebumikan jenazah Rosli dan Morshidi di kawasan Penjara Kuching. 

Selepas 46 tahun bersemadi di kompleks penjara, jenazah Rosli Dhoby dipindahkan dari Penjara Pusat Kuching untuk dikebumikan di Makam Pahlawan Sarawak berhampiran Masjid Kampung Sibu di pekannya Sibu pada 2 Mac 1996.

Untuk menghormati perjuangan dan pengorbanannya, beliau diberikan pengebumian kerajaan oleh kerajaan Sarawak.

Legasi Rosli Dhoby

sekolah bersempena nama rosli dhoby

Sebuah sekolah di Sibu, Sekolah Menengah Kebangsaan Rosli Dhoby (SMKRD) telah dinamakan sempena beliau.

Pada tahun 2009, sebuah siri mini yang merangkumi tempoh dari beliau menyertai Rukun 13 sehingga hukuman mati beliau diterbitkan oleh studio penerbitan Malaysia KL Motion Picture Co. yang bertajuk "Warkah Terakhir" yang dibintangi oleh Beto Kusyairy sebagai Rosli.

Akan tetapi, terdapat kesalahan fakta dalam drama ini.

Dalam drama tersebut, Rosli kelihatan melarikan diri selepas menikam Sir Duncan. Hal ini bercanggah dengan kenyataan menurut waris Rosli Dhoby, Lucas Johny yang melihat sendiri kejadian tersebut.

Lucas memberitahu bahawa wira ini menikam Duncan sebanyak 1 kali sebelum cuba untuk melakukannya sekali lagi namun dihalang oleh pegawai polis. 

Kesilapan fakta ini melihatkan Rosli seolah-olah seorang yang pengecut, walhal tindakan yang dilakukan menentang penjajah olehnya adalah sesuatu yang patut dipuji.

Rujukan:

1. Sarawak Voice [1] [2] [3]

2. Arcgis

3. Executed Today




Hakcipta iluminasi.com (2017)