ronaldinho kelate tolak tawaran model kerana bola

Permainan bola sepak seringkali dimonopoli oleh kaum lelaki. Namun seiring dengan peredaran zaman, kaum wanita turut mula menceburi bidang sukan tersebut. Seorang gadis bernama Nur Syahindah Mohamad Kamal yang berusia 20 tahun baru-baru ini menjadi tular di internet kerana minatnya pada permainan itu.

Bertuah kerana dikurniakan paras rupa yang menawan, gadis kacukan Melayu dan Cina yang lebih selesa dipanggil dengan nama Nur Indah ini mewakili pasukan bola sepak wanita Sri Sador Glow Glowing FC. Dia juga meraih perhatian lelaki bujang di luar sana yang tertarik dengan ciri-ciri yang terdapat padanya.

Saya sebenarnya rasa tak selesa apabila gambar saya menjadi viral. Mula-mula ok tapi bila dah banyak kali viral, saya bimbang. Saya mahu orang lain tengok saya melalui kualiti permainan bukan kerana paras rupa semata-mata.

Saya agak terguris hati sedikit apabila ada cakap-cakap di luar sana yang kata 'kalau orang lain skill hebat tapi muka pecah... tak ada pula nak viral.' Tapi saya tak nak fikir sangat kerana kecaman takkan pernah habis," 

ronaldinho kelate tolak tawaran model kerana bola 1

Turut menarik perhatian ialah Nur Indah juga mengekalkan penampilan sopannya sebagai seorang Muslimah semasa menggelecek bola. Tidak hairanlah jika dia dikhabarkan sedang diintai beberapa pengeluar jenama tudung dan syarikat barangan sukan untuk dijadikan sebagai duta.

Namun, Nur Indah yang juga dikenali dengan gelaran 'Ronaldinho Kelate' ini terpaksa menepis tawaran berkenaan demi statusnya yang masih bergelar pelajar serta pemain bola sepak.

Sebelum gambar saya jadi viral lagi saya memang ada dapat tawaran untuk jadi model tudung. Selepas itu, ada yang offer saya jadi duta produk barangan sukan. Tapi saya tolak kerana saya tidak berminat apatah kerjaya ini memerlukan komitmen yang tinggi selain memenatkan.

Ramai yang kecewa kerana saya tolak tawaran itu. Memandangkan saya kini di tahun terakhir pengajian saya dan perlu berlatih bersama pasukan, jadi keutamaan diberikan kepada kedua-dua perkara ini terlebih dahulu. Kedua-duanya lebih penting ketika ini.

ronaldinho kelate tolak tawaran model kerana bola 2

Sumber berita dan foto: mStar Online & hanasuva.com


tags : , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)