Revolusi Perancis adalah peristiwa yang telah mengubah sejarah Eropah moden yang bermula pada tahun 1789 dan berakhir pada akhir 1970an.
Dalam tempoh ini, rakyat Perancis memusnahkan dan membentuk semula landskap politik negara mereka, menggulingkan institusi yang berusia beratus tahun seperti kuasa monarki mutlak dan juga sistem feudal (sistem taraf rakyat).
BESARKAN TEKS A- A+
Pergolakan ini disebabkan oleh ketidakpuasan hati yang berleluasa terhadap raja-raja Perancis dan dasar ekonomi Raja Louis XVI yang teruk.
Walaupun revolusi ini gagal mencapai semua matlamatnya dan pernah menjadi perang yang sangat huru-hara, namun Revolusi Perancis memainkan peranan yang penting dalam membentuk negara-negara moden dengan menunjukkan kepada dunia betapa kuatnya kuasa yang wujud oleh kehendak rakyat.
Krisis monarki Perancis
Di hujung abad ke-18, penglibatan Perancis dalam Revolusi Amerika yang menelan kos yang tinggi dan perbelanjaan mewah oleh Raja Louis XVI dan isterinya Marie Antoinette telah menjadikan Perancis berada di ambang muflis.
Bukan sahaja wang simpanan diraja telah habis, malah hasil tuaian yang teruk selama dua dekad, kemarau, penyakit lembu dan kenaikan harga roti telah menyalakan ketidaksenangan di kalangan petani dan penduduk miskin luar bandar.
Ramai yang menyuarakan keterdesakan dan kebencian mereka terhadap rejim yang mengenakan cukai yang tinggi namun gagal dalam menyediakan sebarang bantuan.
Malah, sistem cukai regresif membebankan rakyat bawahan manakala pelbagai jenis pengecualian diberikan kepada bangsawan dan paderi. Demi menunjukkan rasa tak puas hati, mereka kemudiannya melakukan rusuhan, rompakan dan serangan.
Pada tahun 1786, jeneral kepada Raja Louis XVI iaitu Charles Alexandre de Calonne telah memberikan cadangan pakej pembaharuan kewangan yang termasuk cukai tanah universal, di mana rakyat kelas atasan tidak lagi dikecualikan cukai.
Untuk mendapatkan sokongan ke atas cadangan ini dan menghalang pemberontakan aristokratik yang semakin melonjak, Raja Louis XVI memerintahkan agar diadakan Estates-General, satu perhimpunan "Third Estate" (3 golongan rakyat iaitu paderi, bangsawan dan orang biasa Perancis), buat kali pertama sejak tahun 1614.
Mesyuarat tersebut dijadualkan pada 5 Mei 1789, yang mana perwakilan dari 3 golongan ini perlu menyenaraikan segala masalah dan keluhan untuk disampaikan kepada raja.
Kebangkitan Third Estates
Populasi Peracis telah berubah dengan mendadak sejak tahun 1614. Rakyat biasa daripada Third Estate kini mewakili 98% daripada penduduk Perancis, namun masih kalah kepada lagi 2 badan lagi (bangsawan dan paderi), disebabkan status mereka.
Ketika hampir kepada mesyuarat 5 Mei, Third Estate mula menggerakkan sokongan untuk mendapatkan hak perwakilan yang saksama dan penghapusan kuasa veto bangsawan. Dengan kata lain, mereka mahu undi dikira mengikut kepala dan bukan oleh status.
Walaupun ketiga-tiga golongan dalam Third Estate mempunyai keinginan yang sama iaitu pembaharuan fiskal (cukai) dan kehakiman serta bentuk pemerintahan yang lebih baik, namun golongan bangsawan enggan melepaskan keistimewaan yang mereka nikmati di bawah sistem tradisional.
Sumpah Gelanggang Tenis
Ketika mesyuarat Estates-General tersebut diadakan di Versailles, perdebatan umum mengenai proses pengudian telah meletus menjadi permusuhan antara 3 golongan itu, melampaui batas tujuan asal pertemuan itu dan kuasa orang yang mengadakan pertemuan itu.
Pada 17 Jun, Third Estate bertemu secara secara sendiri dan secara rasmi menggunakan gelaran "Perhimpunan Nasional", yang mana 3 hari kemudian bertemu di gelanggang tenis berdekatan dan mengangkat sumpah "Tennis Court Oath".
Mereka bersumpah untuk tidak berpecah sehinggalah pembaharuan perlembagaan dicapai.
Dalam masa seminggu, majoriti timbalan pengkeranian dan 47 bangsawan liberal menyertai mereka, dan pada 27 June Raja Louis XVI dengan berat hati menyerap Third Estates ke dalam Dewan Undangan.
Serangan Bastille dan ketakutan yang dahsyat
Pada 12 Jun, ketika Perhimpunan Rasmi terus diadakan di Versailles, ketakutan dan keganasan telah berlaku di ibu kota itu. Walaupun bersemangat dengan perpecahan kekuasaan diraja yang baru sahaja berlaku, penduduk Paris menjadi panik apabila khabar angin mengenai rampasan kuasa tentera mula tersebar.
Pemberontakan memuncak pada 14 Julai apabila para perusuh menyerbu kubu Bastille dalam usaha untuk mendapatkan serbuk senjata dan senjata. Ramai yang menganggap peristiwa ini sebagai permulaan kepada Revolusi Perancis.
Gelombang kebencian semangat revolusi dan histeria berleluasa dengan cepatnya meresap ke bahagian luar bandar. Memberontak terhadap eksploitasi selama bertahun-tahun, golongan petani melakukan rompakan dan membakar rumah-rumah pemungut cukai dan tuan tanah.
Dikenali sebagai Great Fear, pemberontakan petani-petani ini mempercepatkan penghijrahan orang bangsawan dari negara ini dan menginspirasikan Perhimpunan Kebangsaan untuk menghancurkan feudalisma pada 4 Ogos 1789, menandatangani apa yang ahli sejarah menamakan sebagai "sijil kematian pemerintahan lama".
Pengisytiharan hak manusia dan warganegara
Pada 4 Ogos, Perhimpunan tersebut menggunapakai Pengisytiharaan Hak Manusia dan Warganegara, satu pernyataan prinsip-prinsip demokrasi berasaskan idea-idea falsafaf dan politik pemikir Enlightenment seperti Jean-Jacques Rousseau.
Dokumen tersebut mengisytiharkan komitmen Perhimpunan untuk menggantikan Ancien Regime dengan sistem yang berdasarkan peluang saksama, kebebasan bersuara, kedaulatan rakyat dan wakil kerajaan.
Penggubalan perlembagaan rasmi membuktikan lebih bayak cabaran terhadap Perhimpunan Kebangsaan, yang mempunyai beban tambahan dengan berfungsi sebagai badan perundangan ketika saat ekonomi yang tenat.
Selama beberapa bulan, ahli-ahlinya bergelut dengan soalan asas tentang bentuk dan luasnya landskap politik baru Perancis.
Sebagai contoh, siapa yang bertanggungjawab untuk memilih perwakilan? Adakah pada paderi berhak setia kepada Gereja Katolik Roma atau kerajaan Perancis? Dan mungkin yang paling penting, berapa banyak kuasa yang akan dikekalkan oleh raja, selepas imejnya semakin lemah selepas percubaan melarikan diri ke luar negara gagal pada Jun 1791?
Digunapakai pada 3 September 1791, perlembagaan bertulis pertama Perancis menggemakan suara-suara yang lebih sederhana dengan mewujudkan monarki berperlembagaan yang mana raja menikmati kuasa veto diraja dan keupayaan untuk melantik menteri.
Namun kompromi ini tidak begitu disenangi oleh radikal yang berpengaruh seperti Maximilien de Robespierre, Camille Desmoulins dan Georges Danton, yang mula mengumpul sokongan untuk membentuk kerajaan yang lebih republik dan mahu mendakwa Raja Louis XVI atas kesalahannya.
Revolusi Perancis bertukar menjadi ganas dan berdarah
Pada April 1792, wakil Dewangan Undangan yang baru dipilih telah mengisytiharkan perang ke atas Austria dan Prusia yang mana dipercayai lokasi imigran Perancis sedang membina pakatan anti-revolusi. Mereka juga berharap untuk menyebarkan cita-cita revolusi di seluruh Eropah menerusi peperangan.
Sementara itu di Perancis, krisis politik menjadi semakin ganas apabila satu kumpulan pemberontak diketuai oleh ekstremis Jacobins (pergerakan politik revolusioner) menyerang kediaman diraja di Paris dan menangkap Raja Louis XVI pada Ogos 1792.
Bulan berikutnya, di tengah-tengah gelombang keganasan di mana pemberontakan Paris membunuh beratus-ratus individu yang dituduh sebagai anti-revolusi, Dewan Undangan diganti oleh Konvensyen Kebangsaan yang mengisytiharkan pemansuan monarki dan penubuhan republik Perancis.
Bulan berikutnya, di tengah-tengah gelombang keganasan di mana pemberontak di Paris membunuh beratus-ratus kontrarvolusioner yang dituduh, Dewan Undangan digantikan oleh Konvensyen Kebangsaan, yang mengisytiharkan pemansuhan monarki dan penubuhan republik Perancis.
Dan pada 21 Januari 1793, Konvensyen Kebangsaan telah menjatuhkan hukuman mati terhadap Raja Louis XVI kerana pengkhianatan dan jenayah terhadap negara.Beliau dihukum bunuh dengan hukuman pancung kepala menggunakan kaedah "guillotine".
Isterinya, Marie-Antoinette yang didakwa menghabiskan wang rakyat juga mengalami nasib yang sama 9 bulan kemudian.
"Reign of Terror"
Selepas kematian raja, peperangan dengan pelbagai kuasa Eropah dan pertelingkahan dalam Konvensyen Kebangsaan membawa Revolusi Perancis ke tahap yang paling ganas.
Pada Jun 1793, Jacobins merampas kuasa Konvensyen Kebangsaan daripada Girondins yang lebih sederhana, dan memulakan beberapa langkah radikal termasuk penubuhan kalendar baru dan pembasmian agama Kristian.
Mereka juga melakukan "Reign of Terror" (pemerintahan keganasan), tempoh 10 bulan di mana sesiapa yang disyaki menentang revolusi ini dihukum pancung. Lebih daripada 17,000 orang dibicarakan secara rasmi dan dibunuh semasa Reign of Terror, dan sejumlah yang tidak diketahui telah mati dipenjara atau tidak dibicarakan.
Rujukan:
1. History