Umum tahu bahawa kehidupan di Korea Utara adalah sesuatu yang sangat perit dan sukar dalam segala segi. Pemerintahan diktator keluarga Kim membuatkan ramai rakyat negara ini ingin melarikan diri, namun ia tak semudah itu.

Jika mereka melarikan diri dan membelot, hukuman yang tersangat berat seperti hukuman penjara dan bunuh akan dikenakan kepada ahli keluarga yang masih berada di Korea Utara.

BESARKAN TEKS     A-  A+

spy korea utara

Ini membuatkan membelot adalah sesuatu yang sangat diingini, tetapi sukar untuk dilaksanakan. Namun, ia tidak menghalang sebilangan daripada warga Korea Utara untuk bebas.

iluminasi.com kongsikan 6 kisah pembelot Korea Utara yang berjaya melarikan diri.

6. No Kum-Sok 

no kum sok

Salah seorang pembelot terawal adalah seorang juruterbang bernama No Kum-Sok. Pada 21 September 1953, juruterbang berusia 21 tahun ini tiba-tiba naik dan menerbangkan pesawat pejuang MiG-15 ke pangkalan udara Kimpo di Korea Selatan.

Selepas dia berjaya melarikan diri dari Korea Utara, dia menerima 2 berita yang sangat baik. Pertama, dia diberitahu bahawa ibunya berjaya melarikan diri ke Korea Selatan pada tahun 1951.

Kedua, dia mengetahui ganjaran sebanyak RM418,000 (kira-kira RM3.4 juta wang hari ini) ditawarkan oleh Amerika Syarikat untuk jika dia menyerahkan pesawat MiG-15 tersebut.

no kum sok 2

(No Kum Sok bertemu dengan Presiden AS Richard Nixon pada tahun 1954)

Dengan wang sebanyak itu, No Kum-Sok berhijrah ke AS dan menukar namanya kepada Kenneth Rowe. Dia kemudiannya menamatkan pelajara dari University of Delaware dan menjadi jurutera aeronautik, bekerja untuk beberapa nama terbesar dalam bidang tersebut.

Kum-Sok bersara pada tahun 2000, setelah menghabiskan 17 tahun bekerja sebagai profesor kejuruteraan aeronautik.

Sementara itu, pesawat yang digunakan untuk melarikan diri itu menjadi terkenal dan kini dipamerkan di Muzium Negara Tentera Udara Amerika Syarikat. 

5. Kim Shin-Jo 

kim shin jo

Tak semua orang mempunyai kejutan yang menggembirakan menunggu mereka di seberang sempadan.

Pada tahun 1968, Leftenan Kim Shin-Jo, bersama 30 lagi tentera elit Korea Utara telah menyeberang ke Korea Selatan dengan lengkap bersenjata dengan hanya satu objektif, iaitu membunuh Presiden musuh ketat mereka.

Mereka berjaya masuk beberapa ratus meter ke dalam Istana Biru, di mana Presiden tinggal pada masa itu. Akan tetapi, misi mereka terbongkar.

Insiden tembak-menembak berlaku yang membunuh 2 daripada mereka dan 16 lagi dari pihak Korea Selatan.

kim shin jo ditangkap

(Kim Shin-Jo berjaya ditangkap tentera Korea Selatan)

Anggota tentera yang lain berjaya melarikan diri ke sempadan, kecuali Kim yang ditawan.

Selepas dipenjarakan dan disoal siasat selama setahun, pihak Korea Selatan memutuskan bahawa Kim tidak melepaskan tembakan ketika pertempuran tersebut berlangsung.

Kim akhirnya dibebaskan dan pada tahun 1970, dia menjadi warganegara Korea Selatan. Namun, dia mendapat tahu bahawa semua anggota keluarganya yang lain di Korea Utara telah dibunuh atau dipenjarakan.

4. Sung Hae-Rang 

sung hye rim

Kisah Kim Shin-Jo mungkin kedengaran seperti satu filem aksi yang menarik, namun kisah Sung Hae-Rang pula lebih kepada drama.

Sung Hae-Rang adalah saudara perempuan kepada Song Hye-rim, salah seorang daripada isteri Kim Jong Il. Sung adalah antara individu yang mengenali Kim Jong Il dengan dekat.

Hari ini, dia tinggal di lokasi yang tidak didedahkan di Eropah bersembunyi dari kerumitan politik Korea Utara. Menurut kisahnya, penglibatannya dengan keluarga diraja bermula pada malam pada 10 Mei 1971.

Dia terbangun kerana terdengar bunyi kereta di luar rumahnya. Dia kemudiannya bergegas untuk melihat siapakah gerangan orang yang datang, namun berhadapan dengan Kim Jong Il sendiri, yang memberitahunya untuk masuk ke dalam kereta.

sung hae rang 648

(Song Hye-Rim, isteri Kim Jong Il dan kakak kepada Sung Hae-Rang)

Kim Jong Il kemudiannya menceritakan bahawa dia telah tinggal dengan kakak Sung secara diam-diam tanpa kebenaran bapanya, dan mendapat seorang anak yang diberi nama Kim Jong Nam.

Sejak itu sehinggalah ke saat pembelotannya, Sung tinggal bersama keluarga ini secara rahsia, membantu menjaga anak-anak mereka dan menjadi agak rapat dengan Kim Jong Il.

Pada tahun 1982, anak lelaki Sung melarikan diri ke Korea Selatan dan 10 tahun kemudian, anak perempuannya pula melakukan perkara yang sama.

Dengan tiada apa lagi yang tinggal baginya di Korea Utara, Sung akhirnya melarikan diri pada tahun 1996 ketika keluarga Kim Jong Il melawat villa mereka di Geneva, Switzerland dan kemudiannya bersembunyi.

Dia akhirnya dapat menjalani kehidupan yang tenang dan  menceritakan pengalamannya serta memberikan beberapa pandangan menarik tentang keperibadian dan perangai Kim Jong Il.

3. Kenji Fujimoto 

kenji fujimoto

Sung Hae-Rang bukanlah satu-satunya pembelot Korea Utara yang bercakap mengenai kehidupan peribadi Kim Jong Il. 

Kenji Fujimoto adalah nama samaran bagi seorang tukang masak Jepun yang mendakwa telah menjadi tukang masak peribadi dan kenalan rapat Kim Jong Il selama hampir 20 tahun.

Dia diberikan kebebasan untuk mengembara ke seluruh dunia dengan gaji yang besar untuk membawa pulang apa saja makanan asing yang dikehendaki oleh pemimpin yang dikasihi itu.

Mengesyaki bahawa dia sedang diintip dan bimbang hidupnya akan terjejas, Kenji melarikan diri pada tahun 2001.

Walaupun pakar-pakar bertengkar mengenai siapa yang akan menggantikan Kim Jong Il, Kenji menegaskan bahawa ia akan menjadi milik Kim Jong Un.

Dan jelas sekali, dia terbukti betul. Sealin daripada pandangan politiknya, Kenji memberikan maklumat peribadi Kim Jong Il yang sangat terperinci.

kenji dan kim jong un

(Kenji Fujimoto dan Kim Jong Un)

Dia mengesahkan khabar tentang tulang leher Kim Jong Il yang patah akibat terjatuh daripada kuda dan memberitahu tentang jamuan makan yang mewah berlangsung selama 2 minggu ketika mana rakyat Korea Utara sedang kelaparan.

Pada tahun 2012, Kenji kembali ke Korea Utara untuk melawat setelah dijemput oleh Kim Jong Un dan kali ini dia tidak kelihatan tidak mengatakan apa-apa yang buruk tentang Korea Utara.

Dia memberitahu ia adalah kerana negara itu telah banyak berubah tetapi kebanyakan orang beranggapan bahawa ia kerana isteri dan anaknya masih tinggal di sana. 

2. Kim Hyon Hui

kim hyon hui

Pada tahun 1987, sebagai ahli agensi perisik Korea Utara, Kim Hyon Hui dan rakannya mengebom Korea Air Flight 857, membunuh kesemua 115 orang di dalam pesawat.

Mereka ditangkap di Bahrain, di mana rakannya membunuh diri dengan pil sianida yang disembunyikan di dalam rokok. Dia cuba melakukan perkara yang sama, tetapi dihentikan pada saat terakhir.

Apabila mereka tahu bahawa Kim berasal dari Korea Utara, dia diterbangkan ke Seoul di bawah pengawasan ketat untuk dipersoalkan.

Kim fikir bahawa dia akan diseksa seperti yang diberitahu oleh pihak atasannya, namun dilayan dengan begitu baik serta dibawa melawat bandar itu.

kim hyon hui diberkas selepas mengebom pesawat korea selatan

(Kim Hyon Hui diberkas selepas mengebom pesawat Korea Selatan)

Tak lama kemudian, Kim menyedari bahawa banyak perkara yang dipercayai mengenai dunia luar adalah pembohongan semata-mata, membuatkannya sebak dan mengaku segala-galanya.

Pada tahun 1989, Kim Hyon Hui dijatuhkan hukum mati kerana peranannya dalam serangan pengganas. Namun, dia diampunkan oleh presiden Korea Selatan ketika itu, yang melihatnya sebagai mangsa yang dicuci otak lebih dan bukannya seorang pengganas.

Kim kemudiannya menerbitkan sebuah autobiografi dan juga berkahwin dengan salah seorang pegawai Korea Selatan yang menyiasatnya.

Hasil daripada buku itu dihantar kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dalam penerbangan tersebut. Hari ini, digelarkan sebagai pengkhianat Korea Utara, Kim tinggal di lokasi yang tidak dirahsiakan.

1. Hwang Jang Yop 

hwang jang yop

Pada 12 Februari 1997, Hwang Jang Yop dan pembantunya memasuki kedutaan Korea Selatan di Beijing dan mengumumkan bahawa mereka ingin membelot.

Apa yang membuatkan perkara ini sangat menakjubkan adalah bahawa Hwang Jang Yop mungkin menjadi pegawai Korea Utara yang berjawatan tertinggi pernah membelot.

Hwang Jang Yop merupakan salah seorang daripada pencipta utama Juche, ideologi di sebalik pemerintahan Kim Jong Il.

3 hari selepas dia masuk ke kedutaan itu, seorang lagi pembelot bernama Yi Han Yong (anak saudara Sung Hae Rang di nombor 4 senarai ini) ditembak mati di luar rumahnya di Korea Selatan dalam serangan yang dianggap sebagai tindak balas terhadap pembelotan Hwang.

Hwang dan pembantunya mempunyai banyak perkara yang ingin diperkatakan mengenai keadaan di Korea Utara, namun yang paling mengejutkan adalah pengumuman bahawa Korea Utara akan melakukan apa sahaja untuk menuntut semula Korea Utara.

Selain itu, Hwang tidak melepaskan sebarang peluang untuk mengatakan bahawa Kim Jong Il adalah seorang yang gila dan keperibadian dalam keluarga pemerintah Korea Utara tidak akan berakhir dengan baik.

Rujukan:

1. Guardian

2. NBC

3. Japan Times




Hakcipta iluminasi.com (2017)