biro 121 hackers elit korea utara 0

Di lorong-lorong bercahaya lampu lip-lap di bandar Shenyang, China, anda akan menjumpai restoran, hotel, karaoke dan perniagaan lain yang dimiliki dan dikendalikan oleh kerajaan Korea Utara.

Di sebalik perniagaan-perniagaan ini, anda juga akan menjumpai satu rangkaian ketenteraan Korea Utara, yang dikenali sebagai Biro 121.

Apa itu Biro 121?

biro 121 hackers elit korea utara 4

Biro 121 adalah agensi perang siber Korea Utara yang terdiri daripada sekumpulan pakar komputer dan penggodam elit Korea Utara. Ia merupakan sebahagian daripada Biro Peninjuan Am Tentera Korea Utara yang dikendalikan oleh tentera mereka sendiri.

Operasi siber dianggap menjadi cara yang menjimatkan kos bagi Korea Utara untuk mengekalkan pilihan ketenteraan dan juga cara untuk mengumpulkan pegawai perisikan. Sasaran utama Biro 121 adalah Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat.

biro 121 hackers elit korea utara 814

Ditubuhkan pada tahun 1998, penggodam Korea Utara ini beroperasi secara rahsia di Shenyang untuk beberapa tahun, yang berpindah dari satu lokasi ke lokasi yang lain bagi menyembunyikan aktiviti dan lokasi mereka.

Geng DarkSeoul

Kumpulan ini juga dikenali sebagai "Geng DarkSeoul". Kebanyakan daripada 6,000 ahli biro ini diambil daripada Universiti Automasi yang terletak di Pyongyang. Pada awal tahun 2015, BBC melaporkan kira-kira 2,500 pemohon baru yang memohon untuk menyertai pasukan ini.

biro 121 hackers elit korea utara 5

Mereka yaang diterima masuk wajib menamatkan pengajian selama 5 tahun untuk secara rasminya menjadi sebahagian daripada Biro 121. Namun, disebabkan Korea Utara merupakan sebuah negara terasing dan kurang pelaburan asing, infrastruktur mereka dikatakan tak maju yang mungkin menyebabka operasinya dilakukan di luar negara.

Walaupun penggodam-penggodam ini berada di luar negara, ahli keluarga mereka di Korea Utara menerima manfaat dan keistimewaaan.

Menurut seorang pembelot Korea Utara, Kim Heung-kwang yang juga bekas profesor sains komputer Pyongyang yang melarikan diri dari Korea Utara pada tahun 2004, Biro 121 memulakan operasi besar-besaran mereka di China bermula tahun 2005.

kim heung kwang hackers elit korea utara

Ramai bekas pelajar Kim sendiri menjadi penggodam untuk biro ini. 

"Pada siang hari, mereka bekerja kerap, tetapi selebihnya, mereka bertindak atas perintah dari Pyongyang," katanya.

Ahli pasukan biro ini memasuki China secara berasingan dalam kumpulan yang kecil iaitu 20 orang dalam satu masa. Ketika memasuki China, mereka menggunakan pangkat yang berbeza termasuklah pekerja pejabat, pegawai syarikat perdagangan malah sebagai pegawai diplomatik.

biro 121 hackers elit korea utara 6

Pada waktu siang, mereka mempunyai pekerjaan biasa seperti orang lain namun pada waktu-waktu lain, mereka bertindak menurut arahan dari Pyeongyang. Lama sebelum Korea Utara mempunyai akses internet sendiri, ia menggunakan server di Shenyang, utara negara Kim Jong-un ini.

Sehingga hari ini, hampir semua trafik internet Korea Utara masih disalurkan melalui China dan operasi Biro 121 di China telah dikecilkan sejak Korea Utara mempunyai akses internet berkelajuan tinggi sendiri.

Biro 121 sangat sukar untuk dikesan

biro 121 hackers elit korea utara 9

Setakat ini, penjejakan biro ini sangatlah sukar dan terhad. Ia membuatkan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu sukar untuk menilai sejauh mana kekuatan dan keberkesanan biro ini jika tidak mengetahui sama ada mereka ini melakukakan serangan siber atau tidak.

Para penyelidik memerlukan maklumat atas kertas untuk menyiasat biro ini yang dikatakan tersangat licik menutup jejak mereka.

Serangan dan tuduhan ke atas Biro 121

kim heung kwang hackers elit korea utara 12

Aktiviti Biro 121 menjadi perhatian awam pada tahun 2014 selepas Sony Pictures membatalkan tayangan pembukaan filem The Interview kerana komputer mereka telah digodam.

Amerika Syarikat menyalahkan organisasi Korea Utara ini walaupun tiada bukti yang kukuh dan disangkal sendiri oleh Korea Utara.

Satu lagi serangan berlaku setahun selepas itu, yang menyebabkan 3 pembaca berita Korea selatan dan sebuah bank tidak dapat mengakses komputer mereka dan sistem komputer tersebut disita sepenuhnya.

biro 121 hackers elit korea utara 8

Analisa serangan tersebut menunjukkan ia digodam oleh Darkseoul.

Kebanyakan aktiviti Biro 121 disasarkan kepada Korea Selatan. Sebelum serangan Sony, Korea Utara dikatakan telah menyerang lebih daripada 30,000 komputer di Korea Selatan yang menjejaskan bank dan syarikat penyiaran serta laman sesawang Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye.

Mereka juga dikatakan bertanggungjawab ke atas penyebaran aplikasi permainan yang menjangkiti beribu-ribu telefon pintar Korea Selatan pada tahun 2013.

kim heung kwang hackers elit korea utara 11

Serangan ini dikatakan dilakukan oleh Geng DarkSeoul dan syarikat keselamatan komputer, Symantec, menganggarkan hanya dilakukaa oleh 10 hingga 50 ahli dengan kemahiran unik menyusup dan menggodam laman sesawang.

Dakwaan lain terhadap penggodaman oleh Biro 121 termasuklah rompakan Bank Bangladesh pada Februari 2016, godaman perbankan SWIFT di antara tahun 2015 hingga 2016, dan serangan ransomware WannaCry pada Mei 2017.

1. CNN

2. Market Mogul

3. BBC

4. Reuters


tags : , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)