Oleh pada 25 Jan 2019 kategori

Dorayaki merupakan kuih yang berasal dari Jepun. Dorayaki tergolong sebagai kuih tradisional Jepun (wagashi) yang berbentuk bundar dan sedikit tembam.

Ia terdiri daripada dua lapisan kuih yang dilekatkan dengan mentega kacang merah. Dorayaki mempunyai tekstur yang lembut dan menyerupai kuih Jepun yang dipanggil Kastela disebabkan adunan yang mengandungi madu.

Di Malaysia, makanan ringan ini mula diperkenalkan melalui anime Doraemon. Makanan kegemaran watak robot Doraemon ialah dorayaki.

Dorayaki yang dijual di negara ini kebiasaannya telah mempunyai selera tempatan seperti dorayaki berisi coklat dan kaya. Dorayaki turut dipanggil dengan sebutan Obanyaki.

Di Jepun, Obanyaki lebih popular dengan nama Imagawayaki. Biarpun Obanyaki memiliki bentuk yang hampir serupa dengan Dorayaki, kuih Obanyaki lebih tebal dibandingkan dengan Dorayaki.

Obanyaki juga lazimnya dipanggang di hadapan pembeli, manakala Dorayaki sudah dipanggang terlebih dahulu dan dijual dalam bungkusan.

Pada asalnya, Dorayaki hanya mempunyai satu lapis kuih bundar dengan pinggir yang dilipat sedikit sehingga berbentuk segi empat. Di bahagian tengah kuih diberi salutan mentega kacang yang dipanggil azuki.

Pada tahun 1914, Dorayaki yang mempunyai dua lapis diperkenalkan oleh perusahaan Usagiya dengan menggunakan adunan yang hampir sama dengan adunan Kastela.

Dorayaki yang mempunyai dua lapis kuih dan berbentuk bundar kemudian menjadi terkenal di seluruh Jepun.

Menurut kisah yang dipercayai, kuih ini dipanggil Dorayaki kerana memiliki bentuk yang menyerupai gong (bahasa Jepun: dora). Menurut kisah lain, pendekar bernama Saito Musashibo Benkei merupakan pencipta Dorayaki.

Benkei menderita luka dan perlu dirawat di kediaman penduduk. Selepas sembuh, Benkei memanggang adunan dari campuran air dan tepung gandum di atas gong.

Hasilnya berupa kuih bundar berisi mentega kacang lalu diberikan kepada orang yang merawatnya sebagai tanda terima kasih.

Masih terdapat beberapa kisah lain berkenaan asal-usul Dorayaki sehingga susah untuk diketahui yang mana paling sahih.

 

Dorayaki

 

Bahan-bahan:

  • Telur (3 biji)
  • Gula (ΒΌ cawan)
  • Susu pekat manis (2 sudu)
  • Minyak masak (2 sudu)
  • Air (setengah cawan)
  • Tepung gandum (2 cawan) + serbuk penaik (1 sudu kecil)
  • Esen vanila
  • Inti - pemilik resepi guna mentega kacang (peanut butter) dan coklat

 

Nota: Semua sukatan dalam cawan kecuali minyak dan sudu menggunakan sukatan sudu.

 

Cara-cara:

1. Mixer telur dan gula sehingga gebu.

2. Tambah susu dan minyak. Mixer lagi sebati.

3. Tambah esen vanila dan masukkan tepung berselang seli dengan air.

4. Adjust adunan supaya tidak pekat dan tidak cair.

5. Panaskan pan dan sendukkan buat bulat-bulat.

Tips: Altenatif lain untuk dapatkan bulat yang sama dan cantik ialah gunakan sahaja piping bag yang boleh dibeli di kedai bakeri.

6. Masak sehingga perang dan terbalikkan.

7. Sejukkan dan boleh sapu apa-apa inti mengikut citarasa masing-masing.

 

Resepi Bonus: Ayam Karaage

ayam karaage

 

Bahan-bahan:

  • Paha ayam (2kg)

Nota: Dipotong kecil-kecil dengan saiz anggaran iaitu besar sedikit dari ibu kaki. Jangan terlalu kecil.

  • Garam (20g)
  • Telur (5 biji)
  • Air (100g)
  • Kicap (50g)
  • Tepung gandum (200g)
  • Tepung jagung (200g)
  • Halia (10g) - dikisar
  • Bawang putih (10g) - dikisar

 

Cara penyediaan:

1. Campur kesemua bahan tadi dan sebatikan ia.

2. Kemudian, masukkan ayam dan gaulkan sekali. Siap.

 

Sumber:

1. Aqema Fazri [1, 2]

2. Mat Nan [1, 2]

3. Wikipedia Dorayaki




Hakcipta iluminasi.com (2017)