Oleh pada 31 May 2019 kategori

Kek hijau atau juga dikenali sebagai kek ijo merupakan antara variasi kek lama Sarawak.

Dari segi rupa dan rasa, ia hampir seakan-akan kek lumut.

Perbezaannya ialah bahan dan tekstur kek dimana kek hijau lebih padat dan besar.

 

Kek Hijau (Kek Ijo)  

 

 

Bahan-bahan:

  • Unsalted mentega (254 gm) - seketul
  • Telur (6 biji) - telur gred A
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Susu pekat (1 tin)
  • Kaya (1 tin) - sukat menggunakan tin susu pekat
  • Pes pandan Koepoe (1 botol kecil ; 30 ml)
  • Horlicks (1 tin) *
  • Tepung gandum (1 tin) *

 

Satukan bahan berhuruf condong* dan ayakkan bersama.

 

Cara-caranya : 

1. Pukul mentega sehingga kembang dan kelihatan warna putih pucat.

2. Masukkan pula susu pekat, kaya, dan telur satu per satu. Putar sehingga kembang dan sebati. Masukkan pes pandan.

3. Perlahankan kelajuan mesin pengadun, masukkan tepung gandum dan Horlicks yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati.

4. Tutupkan mesin, kaub-balik adunan bagi memastikan adunan telah dipukul rata. Kadang-kadang ada tepung menempel pada dasar mangkuk mesin pengadun. Kalau biar, nanti kek ada ketulan-ketulan tepung.

5. Sediakan loyang. Sapu bahagian dalam loyang dengan mentega. Tabur sedikit tepung. Ratakan. Terbalikkan loyang, tepuk belakang loyang bagi membuang sisa tepung. Loyang juga boleh di alaskan, sekiranya tidak mahu tidak mengapa asalkan memadai dengan digriskan bahagian dalam loyang.

6. Tuang adunan ke dalam loyang. Hentak beberapa kali atau ambil lidi, lalukan lidi ke dalam adunan secara rawak (tidak buat pun tidak mengapa).

7. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil. Kukus dengan api sederhana sehingga masak. Pastikan air kukusan sudah mendidih. (Makcik pemilih resepi kata kukus selama 6 jam, tapi pemilik resepi hanya kukus dalam 4 jam lebih sahaja. Apabila sudah masak, terus tutupkan api). Cara mudah untuk mengetahui sama ada kek masak ataupun tidak, ambil sebatang lidi, cucukkan tengah kek dengan lidi. Cabut. Kalau masih ada sisa kek basah dan lembik melekat pada lidi tu maknanya kek masih belum masak.

8. Apabila kek masak, terus keluarkan dari pengukus, dan buka aluminium foil. Kek tu boleh dikeluarkan terus dari loyang , ataupun mahu tunggu sejuk terlebih dahulu baru dikeluarkan pun boleh. Potong kek selepas kek benar-benar sejuk. Sejukkan di ruang tamu dulu. Kalau pegang bawah loyang sudah tidak panas, boleh la keknya dipotong.

 

Nota:

✔ Gunakan loyang bersaiz 7" x 7" x 3.5 atau 8" x 8" x 3" dan sukatan bahan disukat menggunakan tin susu 500gm. 

✔ Pemilik resepi mengubah resepi asal dengan menambah esen vanila dalam adunan.

✔ Kek ini memang tidak dimasukkan gula. Kemanisannya datang daripada susu pekat, kaya dan Horlicks. 

 

Sumber: Noy Yullan [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)