Oleh pada 27 Aug 2020 kategori

Apple crumble merupakan sejenis pencuci mulut yang boleh dibuat menggunakan epal hijau. Keharuman hidangan ini datang dari bau epal masak dan mentega dalam adunan crumble.

Terlebih dahulu, anda perlu panaskan ketuhar bergantung kepada jenis ketuhar yang digunakan. Gunakan suhu 170'c untuk ketuhar berkipas dan 190'c untuk ketuhar biasa.

Apple Crumble 

Inti:

  • Epal jenis Granny Smith (6 biji)
  • Gula (3 sudu besar) - gunakan golden caster sugar jika ada
  • Madu (1 sudu besar)
  • Mentega (1 sudu besar)

Cara-cara membuat:

  1. Kopek serta buang tengah epal dan hiris nipis. Gaul dengan gula dan madu. Masukkan dalam bekas tahan panas (9x13) yang telah dilenser mentega. Letak ketulan mentega sedikit di sini-sana dalam adunan epal.
  2. Tekan-tekan lapisan epal agar mampat supaya lapisan crumble tidak masuk ke celah epal.

Adunan atas:

  • Tepung (350gm)
  • Gula (220gm)
  • Mentega sejuk (masin) (220gm)
  • Gula - gula perang lebih cantik
  • Oat (segenggam)
  • Badam hiris - jika mahu

Cara-cara membuat:

  1. Campurkan tepung dengan gula.
  2. Masukkan mentega sejuk yang telah didadu.
  3. Dengan hujung jari, hancurkan mentega. Gaulkan dengan tepung dan gula sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  4. Tuangkan adunan crumble ke atas lapisan epal. Pemilik resepi buat seperti bukit di tengah dan kemudian beliau ratakan dengan jari ke semua penjuru.
  5. Tabur sedikit gula (gula perang lebih cantik), oat dan badam hiris di atas.
  6. Bakar dalam ketuhar selama 40 minit.
  7. Hidangkan dengan ais krim vanila atau sos kastard.

Nota: Pemilik resepi tertabur gula lebih di atas. Namun, ia tidak menjadi masalah kerana kemudian beliau boleh torchkan menjadi karamel.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Ida Alina Salleh [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)