sukar untuk golongan b40 miliki kediaman sendiri

Salah satu masalah yang popular untuk dibincangkan di negara kita adalah berkenaan masalah yang dihadapi orang ramai dalam isu pemilikan rumah atau hartanah.

Bank Negara sendiri mengakui berdasarkan kajian yang telah dijalankan, apabila dibandingkan nilai jualan hartanah dengan kadar pendapatan rakyat Malaysia - berlaku ketidak seimbangan yang sangat ketara membataskan kemampuan orang ramai memiliki kediaman sendiri.

Persoalannya, seteruk mana masalah ini sebenarnya berdasarkan statistik sebenar?

Harga rumah memang meningkat tanpa kawalan

orang melayu miskin di selangor

Tahukah anda purata harga rumah di negara kita pada tahun 2009 adalah RM204,470 sementara pada penghujung 2017, nilai purata harga hartanah adalah RM404,345. Menakutkan bukan jumlah kenaikan itu kerana kenaikan itu boleh dikatakan menyamai kenaikan hampir dua kali ganda, dalam tempoh tidak sampai 10 tahun.

Secara purata untuk tahun 2017 sahaja, nilai hartanah di seluruh negara mengalami kenaikan nilai di antara 2.3% hingga 7.2%, dengan Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan tertinggi di antara semua negeri/wilayah.

Hanya Sabah mengalami penurunan purata nilai hartanah bagi tahun 2017, apabila puratanya menurun sebanyak -0.2% bagi tahun tersebut.

Lima negeri di mana nilai hartanah paling tinggi

bina rumah banglo

Negeri manakah yang mencatatkan nilai hartanah paling tinggi dalam negara kita secara purata? Berikut adalah senarai negeri-negeri tersebut dengan purata nilai hartanah bagi tahun 2017.

Kuala LumpurRM800,893
SelangorRM469,410
SabahRM432,655
Pulau PinangRM431,225
SarawakRM426,243

Lima negeri di mana hartanah paling mesra poket

rumah mampu milik agensi kerajaan

Bagaimana pula dengan negeri manakah yang mencatatkan nilai hartanah paling rendah dalam negara kita secara purata? Berikut adalah senarai negeri-negeri tersebut dengan purata nilai hartanah paling rendah bagi tahun 2017.

KelantanRM165,853
MelakaRM168,478
PerlisRM170,459
PerakRM197,634
Kedah RM203,365

Harga purata hartanah mengikut jenis

rumah banglo realiti harga hartanah kediaman

Berikut pula adalah nilai hartanah mengikut jenis yang telah dibangunkan secara purata. Sekiranya anda berminat untuk memiliki hartanah, harga purata yang dinyatakan boleh menjadi indikasi awal adakah pemaju telah meletakkan harga terlalu tinggi atau sepadan dengan nilai sebenar hartanah yang dijual.

Purata harga keseluruhan RM410,050
Jenis rumah teresRM360,262
Jenis rumah bertingkatRM348,216
Jenis rumah berkembarRM652,504
Jenis rumah sesebuahRM678,601
Kami harapkan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda memahami pasaran hartanah di negara kita dengan lebih jelas.

Selain daripada memahami nilai pasaran hartanah di negara kita, kami turut sama merasakan penting untuk anda memahami kenapa kita menggelarkan jenis-jenis kediaman dengan perkataan yang pelik-pelik seperti banglo atau apartment.

Nak tahu kenapa rumah sesebuah dinamakan banglo? Jom baca artikel ini.


tags : , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)