(Rumah keluarga bilionaire YTL)

Semakin bertambah hari, harga rumah akan semakin mahal. Berbanding dengan 30 tahun dahulu, harga rumah pada hari ini melonjak dengan begitu tinggi.

Lebih-lebih lagi di kawasan tumpuan dan mempunyai kemudahan awam. Dan seperti biasa kawasan elit di seluruh Malaysia menjadi tempat di mana rumah bernilai jutaan ringgit. iluminasi.com kongsikan 5 rumah yang paling mahal pernah dijual di Malaysia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Banglo, Bukit Damansara - RM12 juta

antara salah satu banglo di bukit damansara

Damansara Heights atau Bukit Damansara dianggap sebagai salah satu alamat yang paling dicari di Malaysia di kalangan pembeli rumah individu dan juga perniagaan.

Pada awal tahun 1970-an, kejiranan berbukit ini kebanyakannya terdiri daripada rumah-rumah penghubung di mana kakitangan kerajaan tinggal.

Banyak jabatan dan badan pengawalseliaan yang berpangkalan di sini sebelum ibu pejabat operasi secara rasmi dipindahkan ke Putrajaya.

Pada tahun 2017, Damansara Heights telah disenaraikan di antara 10 kawasan kejiranan paling hebat di dunia oleh Lonely Planet. Setiap kaki persegi banglo di Bukit Damansara berharga purata RM652.

Ia juga menjadi kediaman ramai tokoh terkenal termasuklah Dato Seri Anwar Ibrahim.

4. Kondominium, Serai Bukit Bandaraya, Bangsar, KL - RM12.1 juta

kawasan dalaman kondominium serai bukit bandaraya

Terletak di Jalan Medang Serai, Bangsar, kondominium Serai Bukit Bandaraya ini mempunyai 21 tingkat memuatkan 121 unit rumah dengan pemandangan sekitar yang tersangat indah.

Juga dianggap sebagai alamat kediaman "hotspot" di Malaysia, Bukit Bandaraya terutamanya disukai oleh ramai pekerja asing dan isi rumah menengah atas di Malaysia.

Harga purata setiap kaki persegi untuk kondominium di Bangsar adalah RM815, dan seunit kondominium ini terjual dengan harga RM12.1 juta sekaligus menjadi kondominium termahal di Malaysia.

3. Banglo, Bukit Tunku, Kuala Lumpur - RM12.6 juta

antara salah satu mahligai di bukit tunku

(Antara salah satu mahligai di Bukit Tunku)

Dahulunya dikenali sebagai Kenny Hill, Bukit Tunku adalah kawasan kediaman elit yang berbukit di Kuala Lumpur. Ramai tokoh-tokoh terkenal tinggal di kawasan ini.

Dinamakan bersempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman, yang juga pernah tinggal di kawasan ini, harga median bagi setiap kaki persegi untuk banglo di Bukit Tunku adalah RM422.

2. Banglo, Tanjung Tokong, Pulau Pinang - RM13.6 juta

tanjung tokong penang

(Tanjung Tokong)

Jalan Bunga Hinai adalah sebuah jalan sempit dengan panjang kira-kira 220 meter, dikelilingi oleh banglo, kondominium dan kehijauan alam semula jadi.

Terletak di Tanjung Tokong, bahagian utara jalan ini menuju ke jalan mati, manakala bahagian selatan menghubungkan ke Jalan Gajah, menuju ke jalan utama, Jalan Tanjung Bungah.

Bagi mereka yang suka rumah gaya retro (kira-kira tahun 1960-an-1970an), terdapat beberapa buah seperti ini di kawasan tersebut.

Harga purata bagi setiap kaki persegi banglo di Tanjung Tokong adalah RM854.

1. Banglo, Pulau Tikus, Pulau Pinang - RM14.5 juta

pulau tikus

(Pulau Tikus)

Jalan Utama adalah jalan yang terletak di pinggir bandar kelas atasan, di Pulau Tikus, Pulau Pinang. Kawasan ini mendapat namanya daripada bukit pasir dan batu yang menyerupai tikus ketika air surut.

Orang-orang Eurasia adalah yang pertama mendiami kawasan ini selepas ditubuhkan pada tahun 1786, setelah melarikan diri dari Siam untuk mengelakkan daripada penganiayaan yang dialami.

Banglo di Jalan Utama adalah rumah yang paling mahal pernah dijual di Malaysia dengan harga RM14.5 juta.

Harga purata bagi setiap kaki persegi untuk rumah banglo di Pulau Tikus adalah RM570.

Sumber:




Hakcipta iluminasi.com (2017)