Kisah-kisah dalam sejarah tentang keberanian dan kebijaksanaan wanita, kuasa dan ketabahan dalam dilihat dalam lembaran sejarah Mughal. Seorang wanita yang merupakan anak perempuan dan pernah menjadi gundik, telah memimpin pembangunan dan memenangi politik seterusnya mengambil alih kuasa di bawah pemerintahan sultan.

Tetapi salah seorang daripada mereka, Jalâlat-ud-Dîn Raziyâ mengubah sejarah dengan mengambil alih tampuk teratas, menjadi wanita pertama dan satu-satunya yang memerintah empayar Mughal sebagai Maharaja Delhi pada 1236 AD. Razia menjadi Sultan dan bukannya Sultana (isteri atau perempuan simpanan maharaja).

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dibesarkan untuk memimpin

razia sultana

Kenaikan takhta Razia mendapat perhatian dalam sejarah bukan hanya kerana beliau seorang pemerintah wanita, tetapi juga kerana beliau bukan berasal dari golongan bangsawan. Nenek moyangnya adalah hamba Seljuk Turki dan dinasti mereka dipanggil Dinasti Hamba, dengan itu menjadikan pemerintahannya sebagai subversi struktur kuasa sedia ada di banyak peringkat.

Ayahnya, Iltutmish telah tiba di Delhi sebagai hamba yang berkhidmat di bawah Qutb-ud-din dan melalui keberanian dan kemahirannya berjaya mencapai jawatan gabenor wilayah. Apabila Qutb-ud-din meninggal dunia, Iltutmish mendapat sokongan daripada golongan bangsawan Turki ketika itu dan menjadi sultan, yang pertama dari dinasti Hamba.

Razia ialah anak perempuan Sultan Iltutmish, dan saudara perempuan kepada sekumpulan anak lelaki namun tiada seorang pun daripada mereka yang difikirkan sesuai untuk mengambil alih takhta Maharaja selepas kemangkatan Sultan Iltutmish.

Sultan Iltutmish berpendapat kesemua anak lelakinya tidak mempunyai ciri kepimpinan dan mereka lebih suka bersenang-lenang menikmati pelbagai kemewahan dan layanan baik sebagai golongan bangsawan. 

Menyedari pelbagai kelebihan yang ada pada Razia, Sultan Iltutmish sejak dari kecil lagi telah melatih Razia dengan pelbagai latihan dan kemahiran bagi membolehkannya memerintah kerajaan dan menggantikannya di tampuk apabila dewasa kelak. 

Razia dibesarkan sebagai seorang gadis muda yang berani. Beliau telah dilatih dalam kemahiran ketenteraan dan peperangan profesional bersama-sama dengan abang-abangnya dan kanak-kanak lain dari kelas bangsawan dan mempunyai pengetahuan yang baik tentang pentadbiran negara juga.

Tentangan daripada saudara lelaki

Walaupun Sultan Iltutmish sejak dari awal lagi berhasrat menggantikan tempatnya apabila beliau meninggal, ianya tidak berlaku seperti yang diharapkan kerana hasrat itu mendapat tentangan daripada adik-beradik lelaki Razia yang lain. Mereka berpendapat Razia tidak sesuai menjadi Sultan kerana beliau seorang wanita.

Selepas kematian Iltutmish, anak sulungnya Rukn-ud-din Firuz telah dinamakan sebagai Sultan seterusnya oleh pihak istana secara sepakat. Hanya apabila dia dan ibunya dibunuh kira-kira enam bulan kemudian pada tahun 1236 Masihi, golongan bangsawan tidak mempunyai pilihan selain menerima Razia sebagai Sultan mereka.

Malik Ikhtiar-ud-din Altunia, gabenor Bhatinda yang adalah kawan zaman kanak-kanak Razia, adalah orang pertama yang memulakan pemberontakan terhadap pemerintahannya. Dia dengan berani memimpin tenteranya menentangnya, tetapi selepas kekalahan pahit telah ditawan.

Abangnya, Muizuddin Bahram Shah kemudiannya merampas takhtanya.

Kehidupan dan legasi

kubur razia sultan

Razia adalah yang pertama dan juga pemerintah wanita terakhir Kesultanan Delhi. Beliau berani menentang tradisi konservatif dan membuktikan buat kali pertama kepada negara bahawa jantina bukanlah penghalang dalam keupayaannya untuk memerintah. 

Semasa pemerintahannya sebagai Sultan, beliau dikhabarkan mempunyai hubungan baik dengan salah seorang hamba Habsyinya - Jamaluddin Yaqut. Ura-ura ini digunakan oleh lawannya untuk membunuh wataknya dengan menyebarkan khabar angin bahawa beliau sedang menjalin hubungan asmara dengannya.

Yaqut terbunuh dalam pertempuran antara Razia dan Altunia, manakala Razia ditangkap dan dipenjarakan di Lila Mubarak di Bathinda. Tetapi akhirnya, Malik Ikhtiar-ud-din Altunia yang merupakan kawan zaman kanak-kanak Razia berlembut dengannya dan mengajaknya berkahwin sebagai tukaran dengan nyawanya.

Razia dengan sokongan suaminya memutuskan untuk merampas kembali kerajaannya daripada abangnya tetapi dikalahkan dan melarikan diri dari Delhi. Pada bulan Oktober 1240 mereka dipercayai telah dirompak dan dibunuh oleh beberapa individu yang mempunyai konspirasi dengan saudara lelakinya.

Kredit:

  1. The Better India
  2. Feminism In India
  3. Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)