Kredit foto: Instagram.com/rajailya

Setelah melakukan persediaan sepenuhnya sepanjang tiga bulan dan berada di Amerika Syarikat selama dua minggu, Raja Ilya akhirnya memutuskan untuk tidak menyam­bung sesi pemilihan pelakon bagi mempertahankan prinsip diri dan masa depan kerjayanya.

Raja Ilya (32 tahun) berkata, dia menolak tawaran untuk berlakon dalam filem francais Marvel setelah memi­kirkan beberapa hal dan syarat ditetapkan studio berkenaan yang dirasakan tidak sesuai dengan dirinya.

Terdahulu, netizen mendakwa Raja Ilya cuba berbohong yang dia menepati kriteria untuk bergandingan bersama pelakon filem terkemuka Hollywood.

Sebelum ini, Raja Ilya berkata dia rela membuat transformasi pada dirinya dengan menjalani pembedahan untuk setaraf dengan bintang antarabangsa lain menerusi filem Marvel.

Dia kemudiannya dituduh melakukan penipuan untuk mendapatkan publisiti disebabkan pihak Marvel tidak pernah memberitahu tentang hal itu.

Bahkan, Ilya turut tidak pernah menjelaskan maklumat terperinci tentang wataknya menerusi filem terbitan Hollywood itu.

rajailyahollywood3

Kredit foto: Instagram.com/rajailya

Sementara itu, selepas menolak tawaran itu, aktres yang mula menempa nama dalam filem 'Appalam' itu bersemangat akan tawaran lain diberikan kepadanya daripada sebuah syarikat produksi di sana.

Jelasnya lagi, buat ketika ini, dia telah menandatangani perjanjian rahsia dan diminta untuk berdiam diri dan tidak memberikan apa-apa kenyataan lanjut.

Namun, dia memohon doa dari para peminatnya dan berjanji bakal berkongsi apabila sudah tiba waktunya.

Dalam pada itu, Raja Ilya sekarang berada di Malaysia untuk menamatkan penggambaran beberapa drama seperti 'Syurgaku Tak Sempurna 2' dan dua filem.

Selepas tamat semua itu, dia bakal pergi kembali ke Amerika Syarikat untuk menjayakan projek yang dipersetujui. Syarikat produksi berkenaan sanggup menanti sehingga kerjanya selesai.

Antara pengalaman yang sempat dikongsikan sewaktu menghadiri beberapa sesi pemilihan ialah Raja Ilya diperkenalkan dengan ramai pengarah, pelakon dan penerbit filem yang amat berdedikasi dan tidak kedekut untuk berkongsi pengalaman.  

Malah, Raja Ilya juga berkesempatan menghadiri acara parti selepas Anugerah Akademi.

Sumber berita:

1. myartis.com

2. Berita Harian  




Hakcipta iluminasi.com (2017)