Kredit foto: Pictaram Kay Ruel

Penyanyi Ani Mayuni mengakui lebih selesa memilih cara tradisonal untuk mengekalkan kecantikan.

Menurut Ani, cara tersebut bukan sahaja memberi kesan baik kepada rupa paras, malah tubuhnya lebih bertenaga menjalani rutin seharian. 

rahsia kecantikan ani mayuni 2

Kredit foto: Pictaram Kay Ruel

Alhamdulillah, tidak terfikir lagi nak lakukan pembedahan atau suntikan kecantikan untuk nampak cantik. Walaupun saya ini jahil tapi saya masih ingat tuhan, takut mati dan hormat hukum-hukum Islam. Rasanya dah cukup cantik dan saya selesa dengan kecantikan asli saya. Lagipun saya lebih suka cantik cara tradisional dengan mengamalkan jamu untuk kekal cantik dan sihat. Saya sendiri boleh rasa perubahan, badan jadi lebih segar dan ringan. Saya juga lebih aktif dan tidak cepat penat walaupun sibuk dengan kerja. Kadang-kadang kalau ada masa, saya akan buat jamu saya sendiri.

Sumber: Astro Gempak 

Ani membuat kenyataan tersebut ketika ditemui di majlis previu Ramadhan Citarasa Pantai Timur yang berlangsung pada Rabu lalu di Hotel Royal, Kuala Lumpur. 

Ani bakal bergandingan bersama hos selebriti Kelly Azman dalam sesi persembahan di hotel berkenaan sepanjang Ramadhan ini. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)