Kredit foto: gempak.com
Pelakon dan pengacara Qi Razali membuat pengakuan yang dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis berusia 21 tahun bernama Nia Atasha Rosli.
Menurut pemilik nama sebenar Qushairi Mohammed Razali itu lagi, dia mula rapat dengan Nia yang juga merupakan seorang pereka grafik ilustrasi sambilan itu sejak 6 bulan lepas.
Saya tertarik untuk mengenali dia kerana sikapnya yang selamba dan berjiwa seni.
Lagipun kami selalu bekerjasama kerana dia pandai melukis.
Qi turut menjelaskan detik perkenalan dengan gadis kelahiran Kuala Lumpur itu di sebuah acara anjurannya sendiri di Ipoh pada awal tahun ini.
Ketika itu saya langsung tidak menegurnya meskipun dia menjadi sukarelawan dalam acara yang saya anjurkan.
Selepas pulang ke Kuala Lumpur, saya mengikuti perkembangannya di Instagram dan Instagram peribadinya dan mula berkenalan.
Bukan mudah untuk mengajaknya keluar makan. Selepas beberapa kali mencuba, barulah dia sudi keluar makan bersama saya di sebuah restoran popular di Ampang.
Pernah menjadi kekasih kepada pelakon Nelydia Senrose sebelum ini, Qi nekad dengan keputusan untuk tidak menjadi terlalu terbuka soal percintaan dengan buah hati barunya itu.
Kalau ada yang bertanya, saya akan cakap. Namun untuk bercerita sendiri kepada umum, rasanya tidak.
Kali ini saya lebih selesa bersikap ‘low profile'.
Sumber berita: Harian Metro