Oleh pada 25 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @aishahazman8 & Instagram @syafienaswip

    

Isu aktor Syafie Naswip yang putus tunang dengan aktres Aishah Azman dalam pendedahan beberapa hari lalu, mendapat perhatian beberapa rakan artis.

Menerusi perkongsian di laman sosial, Syafie yang memuat naik kapsyen berkenaan ajal, maut dan pertemuan yang ditentukan Allah, mengundang kata-kata semangat berbentuk nasihat daripada aktres Rita Rudaini, Bella Dally dan Zarina Zainuddin.

Rita berkata, pelakon filem Mukhsin itu harus percaya tentang sesuatu yang berlaku akan digantikan dengan ganjaran lebih baik di masa hadapan.

"Ada sebab Allah beri sesuatu terjadi dan ada sesuatu yang lebih baik Allah ganti di masa depan," tulis Rita.

Sementara itu, Zarina yang kelihatan terkejut, sempat menitipkan doa agar urusan jodoh Syafie dipermudahkan di masa mendatang.

"Allahuakhbar.. Akak berdoa semoga dipermudahkan jodohmu dik, amin," katanya.

     

putus tunang syafie naswip dapat nasihat rakan artis 2 98

Kredit foto: Instagram @syafienaswip

     

Terdahulu, spekulasi pergolakan hubungan Syafie dan Aishah terjawab apabila aktor terbabit mendedahkan ikatan pertunangan mereka sudah terlerai.

Katanya, keputusan dibuat hasil kata sepakat dicapai. Ia berpunca daripada dugaan berat ditanggung ketika tempoh bertunang.

Namun Syafie menegaskan, tiada kaitan sama sekali dengan orang ketiga atau masalah keluarga.

Selebihnya, beliau menolak untuk memberi pendedahan lanjut, hanya mampu mengatakan ia barangkali berpunca faktor kematangan diri.

Mereka mengikat tali pertunangan pada 7 April lalu, dan mengikut perancangan asal, majlis nikah diadakan pada hujung tahun ini.

Krisis antara pasangan ini mula dikesan selepas keduanya berhenti mengikut satu sama lain di laman sosial, selain memadam pengkongsian gambar bersama.

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)