Oleh pada 29 Jan 2018 kategori

syafie naswip jawab isu bertatu

Kredit foto: Instagram Syafie Naswip

Dikecam kerana 'bertatu' di lengan tangan menerusi beberapa kiriman foto di laman Instagram, aktor Syafie Naswip enggan ambil pusing.

Lagi pula, beliau merasakan tiada penjelasan perlu diberi kepada peminat yang berbalah gara-gara isu itu.

Menurut Syafie, tindakan itu tidak mempunyai niat tertentu kerana dibuat atas dasar keseronokan sewaktu menikmati percutian di Bali.

Dalam masa sama, ia hanyalah inai dan bukanlah tatu kekal sebagaimana yang diperkatakan, malah boleh ditanggal dalam suatu tempoh tertentu.  

“Saja suka-suka sebab saya sedang bercuti di Bali, Indonesia. Lagipun itu inai sahaja. Tahan untuk seminggu," katanya memetik portal Utusan Online.

Aktor berusia 26 tahun ini memutuskan untuk tidak memberi sebarang penjelasan lanjut kerana mengatakan ia bukanlah satu isu.

“Memang tidak ada apa-apa untuk dijelaskan. Bagi saya tidak ada apa pun. Tiada isu. Saya tak ada sebarang kenyataan untuk itu,” katanya lagi.

syafie naswip jawab isu bertatu 2

syafie naswip jawab isu bertatu3

syafie naswip jawab isu bertatu 4

Kredit foto: Instagram Syafie Naswip

Sumber berita: Utusan Online


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)