Oleh pada 30 Jul 2019 kategori

namron buka mulut dakwaan bekas tunang terhadap syafie naswip 1

Kredit foto: Instagram @_nam_ron_ & Instagram @syafienaswip

    

Pelakon senior, Namron akui kecewa dengan tindakan segelintir netizen mengecam pelakon Syafie Naswip tanpa mengetahui kesahihan dakwaan tersebar.

Namron berkata, dakwaan bekas tunang Syafie iaitu aktres Aishah Azman mengatakan aktor itu menjalin hubungan songsang, tidak wajar dipercayai tanpa bukti yang kukuh.

“Kadang-kadang lelaki apabila berkawan dengan lelaki lain, ada ikatan yang membuatkan mereka jadi sangat akrab.

“Tapi tidak semestinya mereka ada hubungan songsang. Tidak semestinya mereka semburit.

“Jadi, jangan kita mudah sangat percaya dengan berita sebegini. Polis pun sedang menyiasat," katanya dalam sebuah rakaman video dikongsi di Instagram.

     

namron buka mulut dakwaan bekas tunang terhadap syafie naswip 2

Kredit foto: Instagram @_nam_ron_

     

Pelakon yang juga pengarah filem One Two Jaga itu beranggapan persahabatan rapat antara dua lelaki boleh mengundang spekulasi bukan-bukan di minda kaum wanita.  

“Kadang-kadang orang salah faham apabila lihat sesama lelaki terlalu rapat, sampai menimbulkan rasa curiga pada kaum wanita.

“Tidak kira sama ada lelaki dengan perempuan atau sesama jenis, kalau kita hendak bercakap perlu ada bukti bukan main baca dan terus buat anggapan.

“Sakit pula rasa hati apabila baca komen-komen warganet seolah-olah mereka ni benar-benar tahu yang pelakon lelaki itu ada hubungan songsang,” katanya.

Tambah Namron yang membahasakan dirinya sebagai 'Tok Ayah', sebagai rakan seindustri, dia lebih mengenali pelakon lelaki terbabit dan melabelkannya sebagai 'budak baik'.

“Tok ayah kenal pelakon lelaki ini, budaknya baik. Harap jangan terburu-buru dan kalau tidak pasti, jangan komen.

“Saya doakan kepada pelakon lelaki itu, supaya bertabahlah, tenang-tenang saja dan jangan ambil pusing sangat.

“Biarlah orang nak kata apa. Selagi belum ada bukti, kita tak bersalah,” katanya.

Terdahulu, Syafie atau nama penuhnya, Mohammad Syafie Naswip, 27, dilaporkan ditahan polis pada 27 Julai lalu kerana didakwa mencederakan bekas tunangnya.

Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan pihak polis keesokan harinya.

     

Sumber berita: MHE TV

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)