Kredit foto: Instagram Akim And The Majistret

Kumpulan ternama, Akim and The Majistret (AnTM) mengatur langkah berani apabila tampil dengan single tarbaharu berjudul Stereotype yang mana pada asalnya ditulis untuk penyanyi wanita.

Menurut Akim Ahmad selaku vokalis AnTM, naskhah itu akhirnya dirakamkan mereka atas sebab beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. 

"Lagu ini memang saya tulis untuk penyanyi wanita tetapi apabila perkara yang dirancang itu tidak berjalan seperti yang diharapkan, maka saya ambil dan jadikan ia lagu Akim and The Majistret.

"Karya ini sebenarnya menceritakan ego seorang lelaki yang merasakan dirinya paling hebat dan sentiasa betul. Umpama dunia berputar disebabkan dia. Saya percaya, semua orang pasti pernah bertemu dengan individu seperti ini," katanya menurut portal Harian Metro.

Percubaan kali menyaksikan AnTM membawa konsep muzik baharu iaitu retro rock EDM, sekaligus diharapkan dapat diterima baik oleh para pengikut mereka.

Single dan muzik video Stereotype yang dilancarkan pada Jumaat lalu di ibu negara, kini boleh didapati di semua platform digital seperti Spotify, iTunes , KKBox , Deezer dan juga Apple Music.

Manakala muzik video boleh ditonton menerusi laman Youtube.

Difahamkan, penggambaran video ini dirakamkan di Play K-Pop, Jeju Jungmun Resort, Pulau Jeju di Korea Selatan pada hujung tahun lepas.




Hakcipta iluminasi.com (2017)