lelakimalaysiamautdiphuket

Kredit foto: siakapkell.com (gambar sekadar hiasan)

Seorang Rakyat Malaysia, Lee Tzu Yuen (38 tahun) ditemui mati di dalam biliknya di Phuket, Thailand semalam. Pihak polis tempatan mengesyaki penggunaan alkohol secara berlebihan sebagai punca kematiannya.

Menurut Ketua Polis Patong, Lt Kol Jongserm Preecha, mangsa menginap di rumah tumpangan di Soi San Sabai dan tidak terdapat sebarang tanda pergelutan atau bilik itu digeledah.

Pekerja rumah tumpangan itu mengetuk pintu bilik mangsa beberapa kali untuk mengemasnya pada kira-kira 2 petang semalam.

Tapi, tiada jawapan sebelum meminta bantuan pihak pengurusan bagi membuka bilik itu.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan bogel sebaik pintu dibuka. Tambah beliau, kejadian itu juga sudah dimaklumkan kepada Kedutaan Malaysia di Thailand.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Patong untuk bedah siasat.

Sumber berita: Harian Metro


tags : , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)