Oleh pada 23 Oct 2017 kategori

rupanya ini punca sebenar hubungan kamal adli dan emma maembong bergolak

Kredit foto: tv14.my

Ternyata hubungan pasangan pelakon Emma Maembong dan Kamal Adli kini bagai retak menanti belah.

Dikatakan perselisihan faham itu mula timbul gara-gara Kamal 'kantoi' saling berbalas mesej dengan seorang pelakon wanita yang juga gandingannya dalam sebuah drama popular.

Dalam pada itu, Kamal dalam kenyataan terbarunya mengakui kesalahan wajar diletakkan terhadap dirinya meskipun kebenaran sebenar tidak seperti yang dianggap Emma dan kebanyakan pihak.

“Pusing-pusing balik memang salah Kamal walaupun perkara ini tidak berkait dengan isu curang. Sumpah demi Allah bukan isu curang. Semuanya salah faham," katanya memetik laporan portal Suria.

Kamal membuat kenyataan tersebut ketika ditemui di majlis sidang media Anugerah Skrin 2017.

Sementara itu, aktor berusia 31 tahun itu akui dia telah sedaya upaya menyelesaikan kemelut yang dihadapi dengan teman wanitanya itu.

Malah Kamal menegaskan betapa dirinya menyayangi Emma yang bersamanya tatkala susah dan senang.

“Saya menerima Emma sebagai Fatimah Rohani (nama sebenar Emma) bukannya Emma Maembong yang orang semua kenali.

"Saya sudah penat menghabiskan 14 tahun dengan alam percintaan (merujuk kepada hubungan terdahulu bersama bekas kekasih),” beritahunya.

Antara usaha yang dilakukan demi memujuk dan memenangi semula cinta pelakon wanita itu termasuklah terbang ke Sabah semata-mata bertemunya.

“Kalau nak Kamal pujuk, Kamal akan pujuk. Cuma Kamal minta supaya janganlah Emma pergi dari hubungan ini”, rayunya.

Sumber berita: suria.my

tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)