betulkan hidup dan lakonan dahulu dira abu zahar sound fathia latiff

Kredit foto: Instagram @pesakgantung & Beautifulnara

Exco Puteri UMNO Tangga Batu, Khaidhirah Abu Zahar atau nama popularnya, Dira Abu Zahar, menyelar aktres Fathia Latiff kerana sering bersuara lantang tentang isu politik di laman sosial.

Kata Dira, Fathia perlu hadir 'turun padang' jika benar mahu menangani isu yang dihadapi rakyat.

"Kenapa hendak percaya kepada dakyah-dakyah ringan seperti Fathia Latiff. Tidak perlu. Dia bukan tahu apa pun. Kalau betul hendak cerita pasal rakyat turun padang macam Puteri UMNO," ujarnya.

Dira menambah, aktres sensasi itu perlu membetulkan kehidupan dan karier lakonannya sebelum hendak bercakap tentang isu kerajaan.

"Setakat pegang telefon bimbit dan tekan-tekan dia boleh duduk diam-diam. Betulkan hidup dia dulu, betulkan lakonan dia dulu, tidak payah sibuk hal kerajaan," katanya lagi.

Terdahulu, Fathia mendapat pujian mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir, kerana keberaniannya menyatakan pandangan berkaitan isu politik semasa untuk kebaikan semua pihak.

Pujian Tun M itu dikeluarkan dalam sebuah rakaman video yang menjadi tular dan turut dimuat naik Fathia di laman Instagramnya.

Dira Abu Zahar adalah seorang pelakon dan hos wanita serta anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Ishnin yang menjawat jawatan itu dari 23 Mei 1997 hingga 2 Disember 1999.

Sumber berita: Astro Awani , Beautifulnara & Wikipedia

tags : , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)